lama tidak menaip di ruang kecil ini...Ramadhan menjadikan diri ini jarang2 drp hari biasa utk online...berita2 harian pun agak lewat diterima x mcm sblm ramadhan asyik online heheh..kalau di rumah sempat juga la menonton berita di tv sblm ke msjd menunaikan isya dan terawih..di uia..masa byk dihabiskan "offline" di bulan ramadhan hehe..kbtln hr ini kelas sebelah pagi jd sblm balik ke teratak singgah sekejap di library utk online...
Kelana di bulan Ramadhan
Berkelana setiap minggu- pada mulanya satu aktiviti yang aku jangka tidak berlaku dlm bulan ramadhan ini…seperti yang aku lalui setiap bulan bulan lain… namun kita merancang, Allah pun merancang, sebaik baik perancangan tentulah perancangan Allah…alhamdulillah musafir di bulan ramadhan memberi peluang utk aku lebih memanfaatkan masa terluang, especially hari heri terluang yang yg x ada kelas, di desa tercinta…semoga kelana musafir bulan ramadhan terus dinaungi dan dipayungi rahmat Allah yang tidak terkira…
Tazkirah ringkas: Menjadi manusia yang bernilai di bulan ramadhan
“Qiimatu shaii’in ala ma khuliqa li ajlih”- nilai sesuatu benda itu bergantung
kepada tujuan ia dicipta.
Kata kata ini merupakan tazkirah yg dikongsikan seorg shbt, ketika kami di atas motor on the way ke bazaar membeli juadah berbuka.mari kita cuba memanfaatkannya.
Kita ambil kereta sbg contoh. Tujuan utama Kereta dicipta utk dipandu dan dinaiki bagi mempercepatkan pergerakan kita. Semakin laju pergerakan kereta itu, semakin bermanfaatlah dia. Buat apa beli kereta?? Dijawab: Senang cepat sikit bergerak nak ke mana mana…Nilai sebuah kereta itu memang bergantung pada tujuan ia direka…cantik mana sebuah kereta,jika ia tidak mampu menjalankan tujuan asalnya itu…akan kuranglah nilai kereta itu…boleh jadi hilang langsung nilainya…
Begitulah manusia…tujuan diciptakan manusia itu seperti yg disebut dlm al-quran: “ tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk mengabdikan diri kepadaku..”. nilai sebenar manusia terletak pada pengabdiannya kepada Allah Ta’ala..jika kita tidak mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala, dengan tunduk akan perintahnya dan menjauhi larangannya…di manakah nilai kita??
Biarpun nilai yg tinggi di mata duniawi itu mungkin pangkat..mungkin harta…mungkin..sijil…namun Quran telah menukilkan bahawa tujuan utama manusia itu dicipta –yakni yg menentukan nilai manusia-adalah pengabdian manusia kepada Tuhannya…
Sempena Ramadhan kareem, bulan ibadah yang dilimpahi rahmat, sama sama kita mencari nilai diri kita sebagai seorg insan…melalui pengabdian yg sungguh sungguh kepadaNYa..semoga apabila kita keluar dari tarbiyah ramadhan nanti,kita keluar sbg seorg hamba Allah yg bertambah nilai dan bertambah taqwa kpd Allah..
Siiru ala barakatillah..
18/9/08-2.05pm
0 komen:
Catat Ulasan