Kebenaran tetap kebenaran, kebatilan tetap kebatilan. Namun terdapat golongan manusia yang berdegil tidak mahu menerima kebenaran. Ia muncul sejak zaman berzaman, dan generasinya masih wujud sampai ke hari ini.
Al-Quran telah merakamkan tentang perangai sebahagian besar ahli kitab, yang menolak kebenaran yang sudah lama mereka tahu. Mereka mengenali sifat sifat nabi Muhammad s.a.w secara terperinci, lebih daripada mereka mengenali anak anak mereka sendiri,kerana disebutkan di dalam kitab mereka, tapi bila nabi Muhammad diutuskan, mereka mendustakannya.
Demikian juga lembaran sirah telah menyingkap, betapa masyarakat jahiliyah dan pimpinannya mengenali Muhammad sebagai seorg yang tulus,jujur,amanah,tidak pernah berbohong, tetapi mereka tetap mendustakannya kerana mengejar habuan dunia. Imam at-tobari ketika mentafsirkan ayat 33 surah al-an’am membawakan satu riwayat, di mana al-akhnas telah bertanya kpd abu jahal,ketika mereka berdua duaan, “wahai abu al-hakam, beritahu aku tentang Muhammad, dia berkata benar atau pembohong? Beritahulah, tidak ada orang lain yg mendengar perbualan kita.”. lalu abu jahal menjawab: “ celaka kamu, demi Allah, Muhammad itu org yg benar, dia tak pernah berbohong, tapi jika Bani Qusay yang memegang panji, mereka juga menjaga kelambu kaabah, mereka juga penjaga minuman, sekarang kenabian juga daripada mereka, jadi apa yang tinggal untuk orang Qurays yang lain??”
Hari ini, masih berbaki generasi pewaris perangai ini. benda yg nyata tiada asas dalam agama, bertentangan dengan nas, dilarang oleh sunnah, namun tetap ditegakkan. Jika yang menolak kebenaran itu si jahil yang tiada ilmu, bolehlah diajar si jahil ini agar dia memeahami kebenaran dan menerimanya.
Tapi bagaimana jika si penentang kebenaran itu org yg berilmu, mengetahui dan memahami kebenaran, tapi dek kerana kepentingan tertentu, benang yg basah sanggup bertegang urat mahu ditegakkan. Katanya, Kita tahu semua itu benar, tetapi jika kita lurus dlm hal ini, masyarakat akan membenci kita, masyarakat tidak akan menyokong kita di kala kita memerlukan sokongan mereka!!
Perlukah kita mengikut telunjuk mahkluk dlm beramal dgn kebenaran. Kebenaran itu pasti terserlah biar tanpa sokongan majoriti.. Kerana ia janji Allah.baka ibnu mas’ud r.a, jemaah itu berada di atas kebenaran, walaupun yg mempertahankan kebenaran itu kamu berseorangan. lihatlah Rasulullah s.a.w, mulanya penuh sukar, sendirian, kemudian dengan keyakinan kpd yg Maha Esa baginda berjaya.
Susurilah jalan Allah dalam beramal dengan kebenaran dan mempertahankan kebenaran…
11.41pm-18-11-08
2 komen:
Kebenaran tetap kebenaran...abadi sifatnya...tapi tak ramai yg berani menegakknnye...takut kehilangan dunia yg tidak kekal...huhuhu
ya benar...
Catat Ulasan