Nostalgia:alahai pengajian Islam


Nostalgia : Alahai pengajian Islam…

Tahun 1999, masih lagi terngiang. teringat budaya lompat “aliran” di kalangan pelajar sekolah aku. maksudnya pelajar di sekolah agama habis sahaja tingkatan tiga, mereka akan lompat ke sekolah sains, teknik, vakasional dsbgnya. Antara hantu yg ditakuti ketika itu ialah pepriksaan Sijil Menengah Agama atau SMA..memang jadi sistem peperiksaan tahunan di sekolah agama ketika itu, yang sangkut terpaksa mengulang..terpaksa belajar semula dgn pelajar2 junior..tapi jika sangkut peperiksaan akhir, kdg2 sekolah membantu juga menaikkan pelajar ke tingkatan yg seterusnya…namun jika sangkut SMA,tiada siapa nak tolong sbb SMA periksa yang diurus Jabatan agama negeri, bukan lagi sekolah…

Mungkin sebab ramai juga pelajar yang menukar aliran, satu hari al-fadhil ust Norazizi (skrg pensyarah USIM) membahagikan papan hitam kpd dua, dan menulis di setiap bahagian, mata pelajaran akademik aliran biasa dan silibes bu’uth (subjek agama dlm bhsa Arab). Panjang jugalah perbincangan ust azizi dengan kami satu kelas dalam membandingkan, bahagian sebelah mana yg kita paling banyak guna dlm kehidupan…

Aku teringat, satu petang ada seorg anak jiran berminat nak masuk sekolah agama. Bila balik ke rumahnya, memberitahu hajatnya, dijawab ibunya: awak dah pandai mengaji betul, nanti kalau sekolah agama tak lulus tak boleh naik kelas. “hantu tak lulus tak naik kelas” rupanya bukan sahaja ditakuti pelajar, ibu bapa pun takut!!

************************************************************************

Tahun 2001..usai SPM…sekali lagi kisah bersama ustz azizi..surat tawaran ke matrikulasi UIA membuatkan beliau bertanya…betul betul minat nak ambil undang undang? Jawabku: kalau undang undang syariah insya Allah…(tanpa aku mengetahui prosedur course undang undang di UIA).

Ust azizi ada meluahkan sesuatu…katanya, kalau boleh biarlah yang pergi ke mesir menyambung pelajaran dlm bidang agama mereka yg cemerlang dlm akademik…tidak seperti kebiasaan yg lalu..yang cemerlang utamakan tawaran universiti tempatan…yg tak dapat mana2 tawaran universiti barulah masuk tingkatan 6 ambik STAM kemudian pergi ke mesir….

Ustz cukup ambil berat dlm isu tukar aliran…mungkin ustaz bimbang…lps habis spm, ramai yg x berapa minat teruskan aliran agama di universiti tempatan…sekali lagi..lompat aliran..tapi kali ini x tahu apa hantu yg ditakuti..

**********************************************************************

Tahun 2002 –matrikulasi UIAM..semester pertama belajar undang undang…rupa rupanya dkt uia law biasa adalah major…lepas habis baru boleh sambung law syariah… berdepan dengan masalah pelajaran buat pertama kalinya dlm hidup aku…akhirnya selepas jumpa jabatan kaunseling, dan berbincang dgn pensyarah yang ajar syariah.. aku pun buat keputusan..yg aku rahsiakan dari keluarga…tukar course Islamic revealed knowledge @ ilmu wahyu…

Kepelikan berlaku ketika aku menghantar borang ke kuliyah ilmu wahyu…borangku x diterima ketua jabatan…katanya “ you must think properly…there are many student out there want to change from irk to law…then you want to change from law to irk?”…(memangla..masa tu pelik la kot..hanya aku dan abu yaqazah qomarudin hasan yg mintak tukar dr law ke irk). last2 aku malas layan dia aku bg je kat pekerja dalam ofis tu…payah sangat aih…

Ada juga ahli2 keluarga yg menentang bila dapat tau…penentangan hebat jugak tu…namun alhamdulillah ibubapa meredhai keputusan aku…

**********************************************************************
2004-2007- proses mendapatkan degree di UIAM..

Dlm akhir tahun pertama, atau tahun kedua pengajian, ada shbt2 mula menyeberang….dr irk ke human sciences dan econs… antara alasan yg didengar subjek2 irk di maincamp diajar fully Arabic..mmg ramai pensyarah bangsa arab..ada juga yg beralasan for future career…kami pun menghormati dan meredhai sajalah keputusan shbt2 kami ini…

Kalau balik ke kampung, ada yg bertanya..ambik bidang apa di universiti? Bila jawab bidang agama…lalu terdengarlah kata2: kerja ustaz lah awak nanti..kerja pjbt kadi je lah..”

Tahun tahun akhir pengajian kami, satu perkara menarik berlaku… graduan2 berpeluang memohon dlm ruang lingkup pekerjaan yg lebih luas…perlumbaan institusi bank dlm perbankan islam membuka ruang yg luas dan memerlukan graduan2 agama sbg penasihat syariah di bank…begitu juga industri makanan halal…memerlukan executive halal….syabas aku ucapkan buat teman2 yg skrg dah berjuang dlm dua bidang ini…sekarang agaknya barulah mereka yg selama ini memandang tak berapa tinggi pada graduan2 sprti kita celikkan mata…mungkin ada yg terbeliak kot matanya..

*******************************************************************
Selesai konvokesyen kami berkongsi kegembiraan…shbt2 ada yg dah jd executive halal..executive Islamic banking…ada yg masih menyambung master…

Ingat kan dah selesai la….rupa rupanya belum…ambik master sambung terus bidang agama pun jadi pertikaian juga… “kenapa ko ambik master dlm bidang tu jugak..tak jemu ke belajar benda yang sama…ambik la bidang lain pulak…” marilah sama sama menjawabnya dengan senyuman sahaja…

Walaupun kita belajar agama dr sekolah taski lagi, tapi benda yg kita belajar bukanlah tak berkembang. Di taski kita belajar solat, di sek rendah, sek men, ijazah, master pun memang solat diajar juga…namun tidaklah diajar solat di sek men sama ruang lingkup dgn solat di prgkt master…kemudian tiap2 marhalah tu adalah benda baru yg diajar yg x diajar di prgkt sblumnya….

Biarkan org bercakap…bak kata al-fadhil sheikh hafiz al-syubrowi ad-damsiqi al-malizi kita, skrg memang diorang ckp mcm itu. Satu hari nanti bila diorang dah sampai satu peringkat, diorang akan cari antum antum semua…antum antum semua inilah yg diorang kan cari…”


Akhirnya, tak kira apa pun bidang kita, jgn la memperkecil antara satu sama lain. Allah menciptakan pelbagai bidang itu utk kita bersatu bekerjasama…bukan bertelagah… meminjam kata2 shbtku, pejuang gigih al-fadhil ustz meor isfandi: “ buatlah apa saja (ikut ruang lingkup syara’) asalkan ianya membantu tertegaknya Islam!!!”

Allahu Akbar..Siiru a’la barakatillah….

Abu zubair, 11.33pm, 9/11/08

0 komen: