Projek Kendiri: Darah kampung yg mengalir








Cuti yang panjangnya sebulan 5 hari telah pun 5 hari berlalu. Sebenarnya aku amat berterima kasih dengan ustaz abu abd hakim@budding mujaddid, atas istilah -Projek kendiri – yang diasaskannya. Sampai sekarang masih lagi menjadi amalan setiap kali cuti menjelang, biarpun sebahagiannya terbengkalai, di samping ada yg terlaksana..

Sebahagian shbt2 mmg suka menjadikan program-kem,daurah,tamrin dan seumpamanya-sama ada sbg fasi atau peserta, sbg pengisi masa cuti…tapi ditakdirkan aku bukan jenis begitu…liat utk berpogram..rasanya diri ni lbh berminat utk menghirup udara nyaman desa tercinta …

Alhamdulillah amanah amanah menyampaikan ilmu berjalan dgn baik…satu projek kendiri berkaitan dgnnya juga dpt dijalankan…dgn membuka kelas hadis2 pilihan dari kutub sittah..

Sebenarnya ada projek kendiri kedua, projek ternak la mcm biasa. Tapi sekarang Tapak mini ternak ayam kampung dan puyuh masih kosong. Sangkar sangkar arnab pun kosong, hanya tinggal sepasang. Tank tank rodensia pun semuanya dah diletak di luar rumah, berkat breeding controlled musim memelihara hamster dah tamat. Cuma tinggal sepasang gerbil je dlm bilik.

Hajat di hati tu memang nak memulakan projek ayam kampung semula.juga puyuh.tapi teragak2 sebab terakhir, kematian puyuh2 masih menjadi misteri. Tp insya Allah akan diteruskan juga. Ada juga hajat nak memulakan kempali projek arnab, sebab tu sepasang arnab tu dah aku satukan semula, setelah lama mereka berasingan.

Petang semalam ronda2 di sekeliling kampung, nampak sebidang tanah yang sedang diterangkan..rupa rupanya che din ngan org rumah dia terangkan. Aku Tanya che din nak tanam apa, rupa rupanya projek penternakan juga..alhamdulillah..lepas ni tak lah penat sgt ke sana ke mari mencari haiwan qurban akikah atau kenduri,kerana che din & the gang nak buka projek ternak lembu kambing…kalo aku ada duit leh je aku join venture hehehe…

Mungkin setengah org rasa pelik dengan minat menternak ni…takpelah..kalo korang org kampung yg ori, hehehe korang faham la…darah kampung mengalir dalam tubuh ni…

Cukup takat tu dulu ye…siiru ala barakatillah…ilalliqo..
12.35am-17/11/08

0 komen: