Salehudin al-Ayyubi,akademi nasyid dan anak2 muda


“ …awak kenal tak siapa salehuddin al-ayyubi?”. Dia menggeleng kepala. “..tak kenal kan..sebab tu awak tak faham..tapi saya rasa awak kena baca kisah salehuddin baru tau siapa..dia adalah seorang sultan yang bertaraf panglima…”

Dialog di atas bukanlah di antara seorang ustaz yang mengajar pendidikan Islam dengan anak muridnya di dalam sebuah kelas,tapi dialog antara seorang juri dengan seorang pelajar dalam program tv9 akademi nasyid yang saya tonton rakamannya yang dimuat turun dari laman web. kebetulan malam itu si pelajar menyanyikan nasyid berjudul Salehuddin al-Ayyubi, jadi si juri agak tidak berpuas hati dgn penghayatan si pelajar dlm menyampaikan nasyid,jadi dia pun bertanyalah begitu.

Saya tersenyum, mulanya rasa pelik juga peserta remaja itu tidak mengenali Salehuddin al-ayyubi. Tapi saya buangkan rasa pelik itu,kerana bukan semua orang mengharung zaman remajanya seperti saya mengharung zaman remaja saya.(mcm la saya dah tua sgt heheh). Itupun bertuah, anak muda itu berminat juga dengan irama irama yg ada mesej.

Allah telah mengilhamkan saya,dari apa yg saya tonton itu, untuk membawa jari jemari saya menaip papan kekunci ini. utk peringatkan diri saya sendiri, yang masih lagi seorang pemuda, dan juga pemuda pemuda di luar sana..

************************************************************************
Dalam perjalanan menuju medan Uhud, ketika berhenti di satu tempat bernama Syaikhan, Rasulullah s.a.w telah memeriksa barisan tentera. Baginda mendapati sekumpulan muslimin yang masih terlalu muda, umur mereka belum sampai taklifan jihad harbi, kemampuan tenaga mereka masih belum lengkap untuk menyertai peperangan hebat ini, lalu baginda mengeluarkan mereka dari barisan ketenteraan ini. antara mereka ialah Abdullah bin Umar, Zayd bin Thabit, Usamah bin Zaid, Amru bin Hazm serta Abu Sa’id al-Khudri.

Pemuda pemuda yang terlalu muda ini tentulah punyai kefahaman dan semangat juang yang tinggi, sehingga mereka sanggup menyelinap masuk ke dalam saf saf tentera dewasa untuk menyertai Jihad ke medan Badar. Namun atas kefahaman mereka juga, mereka akur dengan arahan nabi s.a.w agar tidak menyertainya,kerana belum tiba masanya.

Mereka anak anak para sahabat yang ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w. lihatlah bagaimana anak anak muda ini begitu memahami tanggungjawab mempertahankan agama.

************************************************************************
Saya tidaklah secara drastic menyuruh anak anak muda kita terus segera berubah mencapai tahap anak anak muda para sahabat. Sebagaimana lama dan jauhnya jarak zaman antara kita dan mereka, mcm tu jugaklah agaknya jarak keperibadian dan kefahaman dua generasi berbeza ini.

Cuma usaha perlu dijalankan. Yang tak boleh membaca al-Quran, perlu diusahakan untk dibolehkan baca. Yang lebih menghafal nama nama personality hiburan mahupun sukan dgn amat terperinci, kita usahakan agar dapat menggunakan nikmat ingatan mereka yg amat kuat itu utk hafal dan hayati nama2 sahabat, dan tokoh2 Islam serta kehidupan mereka.

Jangan biarkan sampai ke satu tahap, seorang mendendangkan lagu tantang para sahabat, lalu ditanya siapa, dia tersenyum menggeleng kepala. Ataupun berdendang nasyid tentang Nabi Muhammad, lalu ditanya siapa Muhammad itu, dia tersengih menampakkan gigi sambil mengangkatkan bahu tanda tidak tahu!!! Na’uzubillah min zalik..

12.17a.m 29 july 08

sketsa kehidupan: Laju vs Perlahan



life in campus this week agak perlahan...kelas2 pun agak perlahan juga...smlm ingatkan boleh hntar proposal subjek ijtihad dan fatwa, pergi2 kelas suami dr boughedda, dr yunus dah tampal notis... kelas x ada...dr sakit...syafahallah..
pg ni pun kelas ada...tp sekejap je Dr layeth suud breifing..dia kena keluar ada urusan

empat subjek semua dah ada bahath nya masing2...bahath selalunya tak slow sampai kpd kita...tapi dek masa menuju ke dateline tu yg dirasakan slow..maka kita pun slow slow jugak dlm nak menyiapkannya ....

bila agaknya nak laju ni...

server internet,berlainan pula dgn benda2 lain yg slow slow belaka...
baik dekat ITD maupun kat library....laju jer server...maka kerja2 mendownload pun tibe tibe je laju..bila dah laju tu paham2 je la yer..

gitu la kehidupan..kdg2 laju..kdg2 perlahan..yg penting..kena diteruskan...

IIUM-2.15p.m-24.7.08

bersatu



Bersatu

Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Buangkan yang keruh ambillah yang jernih

Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan


Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan


Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Yang berat sama dipikul

Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat

Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat


bersatulah...kita semua..itulah kekuatan kita

bersatulah kita semua..bersatulah kita semua...

Cerita Hati (Bukan lagu Hafiz Hamidon ek :) )






seperti biasa hari sabtu balik ke kg utk jlnkan tugas dan amanah...


pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu...kejap je dah seminggu




tugasan berlambak,masa banyak,tapi...

minggu ini tugasan2 terasa dah banyak...


subjek2 dah ada esainmen..yg satu subjek 2 esaimen pun ada...tu belum start ngan thesis lg tu..


tak masuk kerja yg ust sabri minta tolong...x siap2 translate buku tu lg...




adakah aku x ada masa???


blaja master ni mcm releks je...kelas sehari satu subjek je...3 jam je sehari...lagi 21 jam apa la yg aku buat ye hehehee...


byk masa free...cuma pengurusan masa aku la yg silap...mana yg kena dulukan..mana yg kena kendiakankan...wajib aku muhasabah diri ni...




apa apapun yg penting jgn kumpulkan tugasan2 sehingga tertunggak


walaupun dateline lmbt lagi...plg dkat dateline submit asgment sebulan lg...waa lamanya kannn...


aku ingat lg pesan ustz shaikhan masa awal2 ting 4...mse nk amik SMA


ust pesan ansur2 hafal apa yg patut..jgn tundakan ke mlm2 sblm peperiksaan je..


kalau x jd mcm bil air..elektrik..makin tertunggak makin banyak...


last2 x mampu bayar kena potong perkhidmatan...




elektrik naik pulak dah




cakap pasal bil, tarif elektrik dah naik...


rumah ni dah start berjimat elektrik...


nak pakai pelita? the minyak tanah is mahal than petrol tau..


jd apa2 pun keadaan dah berlaku..kenalah hadapi,di samping cri jln penyelesaian..




lagi apa mau tulis...x de dah kot...okla...sampai situ je ek..kita jumpa lagi di lain mukasurat blog...


ape2 pun Siiruu ala barakatillah!!


12.51a.m-20/7/08

ada apa dengan "Azhan"


agak lama juga diri ini x cakna tentang industri nasyid tanahair...
hinggalah minggu lepas teringin menulis pasal nasyid...pasal album memori the zikr..

mcm mana yg kita tahu..kt tv9 ada lah satu rancangan akademi nasyid namanya..lps akademi fantasia..akademi quran..kini akademi nasyid..slot terbaru ni subjektif, ada positif dan negatifnya..soal peserta wanita-suara mereka aurat dlm keadaan menyanyi-, dan keadaan serta penampilan sesetengah peserta mgkin jd isu negatif...

sy berani komen sbb setakat ini rajin juga mengikut perkembangannya..bukan melalui tv9 secara langsung,kerana mlm sabtu ada kerja yg jauh lebih aula utk dilakukan...tp menontonnya melalui rakaman yg dibuat oleh beberapa shbt...


dlm rancangan ini, yg ringkasnya AN, ada seorg peserta yg menarik minat saya,namanya Azhan Atan dr johor. dilihat dr zahir, azhan pemuda yg tergolong dlm golongan org istimewa. di sebalik kekurangan dlm nikmat pancanindera penglihatan, tersirat kelebihannya yg x ada pd org yg sempurna.


tak hairanlah slps konsert pertama dia dpt undian tertinggi..mgkin org akan kata ianya undi simpati...bg saya tidak..azhan punyai suara yg bagus..persis jamal abdillah..atau mungkin mawi..(sy bukan peminat keduanya)...setengah part lagu itu pula diubah ikut lenggok suaranya sehingga jadi lebih sedap pulak dr lagu asal cheewah..


satu lagi yg menarik minat saya,dia bernasyid dgn penghayatan, sampai ke hati. saya pernah mendengar lagu kau yg satu, kau kekasih awal dan akhir, kepadamu kekasih...tp bg saya lagu ini x menyentuh sgt bila dinyanyikan oleh penyanyi asalnya..tp bila azhan menjadikannya "nasyid" ramai yg tersentuh dgn lirik2 ini..perkara ini juga diakui oleh para juri An..antaranya berkata nasyid x perlu glamour,yg penting ikhlas dan penghayatan yg menyampaikan mesej pd pendengar..


rasanya cukuplah setakat itu..nanti org ckp aku ni memancing undi An utk dia plak..huhuhu..tak ada niat lain, melainkan menyeru kita semua mengingati Allah Ta'ala dengan merenungkan kelebihan yg diberikannya kpd seorg insan yg bernama Azhan Atan...


17july2008-2.30p.m-iium




Teratak baru


mlm td menumpang di teratak akhi al-Qaradhawi jr, berbetulnya dia kembali ke nilai, utk bertugas di USIM. dlm dok memikirkan yg bilik x dpt2 lagi tu, terlenalah diri ini...

pagi tadi, sbb hari ni rabu x ada kelas, maka "tersambung" la tidur..hehehe..tiba tiba henset pun bergegar keluar bunyi nasyid as-solatuwassalam raihan secara live...em..kalao mesej,lagu air mata keinsafan nazrey johani...lalu angkatlah...

" assalamualaikum..bro Abu_zubair(dia x sebut la abu zubair,dia sebut nama sbnr..).ini dr STAD..masih tak dapat bilik kan..sila dtg ke STAD..."

alhamdulillah setelah nak dekat sebulan akumerempat di bumi UIA ni akhirnya dptla gak hehehe...terus bangun siap2,mandi..mengatur langkah kaki ke STAD..(agaknya dok jln kaki ni berat badan aku turun kot..sbb mngu lps semua seluar terpaksa ditalipinggangkan kerana asyik nak lucut masa berjalan hehehe)

sampai ke STAD diberilah mahallah Uthman..nampaknya kena duduk uthman lagi..aku tanya ali, dia kata x ada kosong..pas tu terus berjalan kaki lg ke mahallah uthman plak...akhirnya buat proses register jap dpt la blik baru...

dlm kol 11 berjumpa al-akh syawal setelah dia bermurah hati utk menolong punggah barang...

sekarang bilik dah ada...apa lagi Abu zubayr..jgn asyik dok ngadap internet jer...siapkan esaimen yg dah mula menyerang tu hehehe

abu zubair-UIAM-16/7/08-3.34p.m

Ku Tak Kan Berpaling



Ku Tak Kan Berpaling


Tubnaaaa ila Allah
Wa Roja’na ila Allah
Ku takkan berpaling
dari agamaMu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrahkan dan bersujud

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Tuhan… berikanlah hidayahMu
Oh Tuhan… ku bersyukur atas rahmatMu
Oh Tuhan… limpahkan kurniaMu
Kuatkan lah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkan lah hatiku
Ampunilah dosaku Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Maha Tahu…

Amin…Ya Rabbal Alamin
[nasyid asal album akhil hayy, didendangkan semula oleh azhan atan dlm konsert ke 4 akademi nasyid tv9]

Air Mata ukhuwwah






Air mata ukhuwah-puisi khas buat shbt2ku yg amat dihargai lagi dikasihi




Nikmat umumnya dirai dgn gembira,ceria,senyuman
Namun adakah di sana nikmat
Yg dirai dgn tangisan dan keharuan?

Ukhuwah persahabatan
Tika kita belajar bersama
Tika kita berkumpul
Tika kita bergurau mesra
Tika kita beraktiviti
Tika kita masih bersama
Bagai x terasa...
Terasa macam biasa....

Namun
Tika tibanya saat yg bergelar Perpisahan
Tika itulah memori mengimbau
Tika itu nostalgia terbayang
Lalu sedih dan keharuan lantas hadir

Kelopak mata yg sudah lama kering
Entah kenapa pagi itu
Kembali dibasahi air mata
Terharu...sebak..sedih..
Dalam mengimbau satu nikmat Tuhan

Terima kasih shbt...
Kerana kalian amat memahami
Kerana kalian menerimaku seadanya..
Semoga ukhuwah kita lestari abadi
Semoga ukhuwah kita tanda halawatul iman
Yg membawa kita ke satu pertemuan di syurga

Abu Zubair-1.06a.m-14Julai2008-kg sg jahit

Lama jugak x menulis di sini..nak kata x online x juga…selalu online,Cuma x menulis di blog ni. Perbezaan suasana dan keadaan menjadikan agak sukar utk tulis blog ketika di kampus. Sbb masa di rumah, di kampung, selalunya aku tulis blog ketika dah x ada kerja...keluarga sume dah tido(sbb deme ni tido awal). Di kampus, x ada keadaan begitu...member2 tido lebih kurang sama time…jd kami sibuk beraktiviti bersama..mcm2 aktiviti la..

Minggu2 awal sbg Masterians di UIAM agak menarik jugak. Ketika baru nak mula kelas, member2 DPLI plak dah nak exam final…pas ni diorang dah nak praktikal…rasa sedih dan terharu terus hadir bila terkenang perpisahan yg akan kami depani..nak nak bila sorang demi sorang shbt2 ni balik ke negeri masing2..dr shah kelik klate sampailah shahrin pulang ke Sabah bah..masa abis degree dulu x berapa terasa,sbb tau akan jmpa semula…apa apa pun semuanya harus ditempuh dgn tabah… bak kata isey teruslah berhubung di hujung jari…

Sem ni dimulakan dgn empat subjek..Dirasah fi ifta wa ijtihad-Dr Boughedda Ghalia, Qiraah Nassiyyah fi kutub at-tafaasir-Dr Layeth suud Jaseem, Fiqh Muqaranah-Dr Syed Sikandar Syah dan Qiraah Nassiyah min syuruh kutub as-sittah-Dr Muhammad Abu Lais.

Seronok dpt menuntut ilmu dgn syeikh Abu lais dan sheikh Layeth suud semula..dah lama x ambik subjek dgn kedua2 syeikh ni…

Alhamdulillah kuliah2 di kg juga setakat ini dpt diberikan komitmen dgn baik…penat terasa juga berulang alik, namun x mengapalah…mengharap senang dlm berjuang itukan bagaikan merindu rembulan di tengah siang…kalau dilihat dgn sentuhan mata, Nampak pangkalnya dah jauh,tp hujungnya belum tiba…

Semoga Allah terus memberkati hidupku ini, dan mengurniakan istiqomah agar terus tabah menempuh segala onak duri dlm kembara perjuangan…

12.26a.m-14julai2008-kg sungai jahit

sembang sembang pasal nasyid


Santai santai kejap..kita sembang pasal nasyid. Baru baru ini syarikat kumpulan inteam mengeluarkan satu lagi album nasyid nostalgia, iaitu nasyid2 lama yg disuntik nafas baru dan dirakamkan semula. Sebelum ini Akhil Hayy yg selalu muncul dlm album2 begini, dgn nasyid2 klasik sprti selimut putih,perjalanan dan sebagainya.

Yg terbaru ini, bukan akhil hay yg keluar. Tapi saudara Nazrey Johani, x-vokalist kump Raihan. Sebab apa nazrey??sbb album nasyid nostalgia kali ini mengembalikan semua kepada memori nasyid kumpulan the zikr,iaitu Raihan sebelum menjadi Raihan, zaman era nasyid OVA-odeo video arqam. Dia ni juga vocalist utama kump the zikr ni sblm berubah jadi raihan. Jadi dialah yg dipilih.

Bagi yg pernah melalui zaman nasyid era sblm Raihan, tentu perasan akan bezanya kan. Sentuhan liriknya agak berbeza.lebih menyentuh. Bak kata Amin inteam-nasyid yg ada ruh-. Jadi inteam record ni ambik inisiatif keluarkan album nasyid yg ada ruh ini…jadi akhirnya keluarlah album : “nasyid nostalgia-NAZREY JOHANI: memori The Zikr”…


Nasyid sebagai hiburan Islam ?


Seorg Islam mestilah mengingati Allah Ta’ala dlm setiap gerakannya. Jd dlm berhibur pun, kena mengingati Allah. bak kata Hijjaz, hiburan mendidik jiwa. Atau kata Raihan, Berhibur tak salah,salah memilih hiburan yg membuatkan kita jadi bersalah.

Bila dah lagu.dlm zaman sekarang,mesti ada nuzik/alat muzik?? Perbincangannya dlm fiqh panjang lebar, ringkasnya : Pendapat paling tegas semua alat muzik x boleh, hatta alat ketukan pun hanya dibolehkan dlm keadaan2 yg disebut dlm hadis. Pendapat paling terbuka-semua boleh, selagi x melalaikan insan.

Ya atau tidak-kepada statement- nasyid adalah hiburan Islam- bergantung kpd pendapat mana satu yg diyakini utk dipegang.

Ruh dlm nasyid?

Mungkin ada yg x setuju dgn benda ni. Kalau mahukan ruh Islam, pergilah baca al-Quran..mendengar kuliah kuliah agama, atau bacalah buku buku agama… dr satu sudut, memang benar, Quran,kuliyyah,dan kitab2 memang memberikan ruh yg lebih jauh berkesan dr ruh nasyid itu.

Dr satu sudut yg lain masyarakat kita hari ini jauh berbeza dgn masyarakat generasi al-Quran yg ditarbiah oleh Rasulullah., dan kita wajib berusaha utk meningkatkan kefahaman dan praktikal Islam msyarakat kita.

Masih ramai yg tidak tahu membaca al-quran, apalagi menghayatinya. Berapa kerat sangat org yg rajin pergi mendegar kuliah,jika dibandingkan dgn yg tidak menghadirinya. Berapa kerat yg baca kitab2 berbanding yg baca mangga,urtv,d sbgainya..Bahkan berapa kerat yg mendengar nasyid, berbanding mendengar lain lain hiburannya.

Mungkin dgn terdengar lirik nasyid, seorg itu tertarik utk mengetahui yg sebenarnya,lalu dia bertanya kpd ustaz, dan mungkin akhirnya dia akan tertarik utk mendengar ilmu dan ruh islam dlm bentuk yg lebih serius, bukan sekadar hiburan!! Siapa tahu??

Tetapi tidaklah pula sampai menjadikan nasyid shj sbg rujukan utama dlm beragama. Sbb yg menulis liriknya pun tak semuanya ustaz ustaz. Sedangkan ustaz2 pun kdg2 tersampai juga hadis2 dhaif jiddan dan maudu’ dan tersampai cerita2 israiliyat yg x thabit…inikan pula penulis lirik..

Kesimpulan saya, mendengar nasyid yg berfaedah, ada nilai,ilmu,lebih baiklah dr kita mendengar hiburan kosong yg x ada apa2. jika nasyidnya x ada nilai,ilmu,atau ruh itu tadi,maka mendengarnya samalah dgn mendengar lagu2 lain,sekadar halwa telinga.dan mendengar dan menghayati bacaan al-Quran, kuliyah dan membaca kitab2 agama jauh lebih baik dari semata mata menjadikan nasyid sbg sumber “Ruh Islam” itu tadi..

7/7/08-12.05a.m-kg sungai jahit

2 in 1 = success




ALHAMDULILLAH DLM keadaan sibuk dgn breifing library dkt lab arab hs ni smpt lg mengambil kesempatan utk mgunakan kemudahan yg ada di sini utk membloggerkan dri skejap...

syukur,proses registration subjek utk sem ini alhamdulillah dpt dijalankan dgn baik.projek 2 in 1 pun dpt diteruskan dgn izinnya..dgn "sedikit"-sikit ke heheh-rombakan pd kuliyah2 di kg..

jd utk jadual kuliyah, ada dah diupgrade di sebelah kanan blog..drpd 6 hari seminggu skrg cuma 4 hari..ala kulli hal wajib bersyukur, kerana harapan dan doa dimakbulkan Allah Ta'ala..

jd skrg seminggu dibahagi dua, jumaat-isnin di kg, selasa -khamis di UIA...

semoga Allah terus memberikan petunjuk,serta nusrahNYA dlm membantu hamba yg lemah ini meneruskah langkah perjuangannya..