penternakan adalah perniagaan

intro:


dah lama juga saya meninggalkan medan nukilan ini kosong tanpa update. walaupun capaian semakin mudah untuk internet, mungkin tandus idea untuk menulis membuatkan saya terhenti. alhamdulillah malam ini dapat mengupdate sedikit.





Penternakan adalah perniagaan








14 februari yang lepas, saya berpeluang mengikuti satu kursus penternakan yang dianjurkan oleh pihak perwakilan pelajar kolej kediaman saya di UIA. Kursus yg pada asalnya mahu menumpukan kepada penternakan ayam, akhirnya menjadi kursus umum penternakan.

Peserta peserta kursus bukan hanya terdiri daripada pelajar, staf staf UIA, dan pensyarah juga turut berminat menyertai kursus, tidak ketinggalan juga orang luar. Pakar pakar dalam bidang penternakan, baik dari sudut pengurusan ternak, mahupun kewangan,dijemput membentangkan pembentangan mereka. Mereka termasuklah pegawai daripada jabatan perkhidmatan vaterinar, syarikat AYAMAS, pegawai AGRObank,serta usahawan usahawan ternak bumiputera yang berjaya.

Antara yang menarik ialah penternakan ayam pedaging secara kontrak, yang dibentangkan oleh wakil AYAMAS. Antara kelebihan system ini, kita tidak perlu mencari pasaran, kerana ayam2 yg diternak memang akan dibeli oleh pihak ayamas. Anak ayam serta makanan ayam formula khas ayamas dibekalkan oleh pihak ayamas sendiri. Apa yang perlu ada di pihak penternak ialah sediakan modal, untuk membina kelengkapan seperti reban dan peralatan berkaitan. Bekalan ayam dan makanan akan dibayar secara penolakan harga ketika ayam ayam dijual semula kepada ayamas.

Pembentangan oleh pegawai jabatan vaterinar pula banyak memberikan kami maklumat baru, terutama berkaitan industri penternakan di Malaysia. Antaranya betapa kurangnya pengeluaran kambing dan lembu tempatan, yang majoritinya bergantung pada import. Statistic juga memberitahu bahawa, haiwan ruminant yang paling banyak diternak di Malaysia adalah babi!!! Statistic pengeluaran hasil ternak menunjukkan, babi di tempt ketiga selepas ayam, dan telur!!

Sembang sembang bersama usahawan ternak, yg menjadi program terakhir hari itu juga tidak kurang menariknya. Kagum dengan kesungguhan usahawan usahawan ini, mana tidaknya, mereka sanggup meninggalkan pekerjaan mereka seperti pegawai MAS, Telekom dan jurutera kemudian menceburi bidang berkaitan penternakan.

Pada 15 Februari pula, lanjutan dari kursus, kami pergi melawat ladang ladang penternakan. Pada mulanya, rancangan hanyalah untuk melawat sebuah ladang ternakan ayam daging secara kontrak di felda jengka, tetapi di saat saat akhir ditambah satu lagi ladang untuk dilawat.

Asalnya kami sepatutnya bertolak jam 8 pagi, namun atas masalah teknikal hamper jam 10 baru dua buah bas UIA tersebut dapat berlepas. Kira kira pukul dua belas tgh hari kami sampai ke felda jengka sebelas, dimana terletaknya salah satu ladang ayam kontrak untuk syarikat ayamas. Kami disambut mesra, dan disediakan minuman ringan. Selepas sedikit taklimat, kami dibawa melawat sekitar ladang ayam yang menempatkan kira kira 160 000 ekor ayam pedaging. Ladang konsep tertutup ini hamper keseluruhannya dijalankan oleh mesin secara automatic. Sebagai orang kampung, kadang kadang saya merasa pelik juga dengan gelagat sebahagian peserta, reaksi mereka melihat ayam daging. Mungkin mereka org Bandar yang sebelum ni x pernah mendekati ayam secara dekat macam ni agaknya, detik hati saya…tidak seperti orang kampung macam saya yang dah biasa bergelumang dengan ayam yang berumur sehari sampailah ayam dewasa..terutamanya ketika saya menjalankan projek mini ayam kampung saya satu ketika dulu.
Dari jengka, kami melangkau daerah maran dan jerantut, sehingga sampai ke daerah lipis. Destinasi seterusnya ladang kambing mutual farm yg letaknya di kampung Chat, Benta, dalam daerah Lipis. Oleh sebab jalannya dua kali lima dengan jalan kampung saya, bas hanya boleh berhenti di tepi jalan. Maka tak pasal pasal kami kena berjalan sejauh 1/2 km untuk ke ladang hehehe…dalam keadaan letih dan lapar itu tuan punya ladang menyediakan makanan la pulak..lemang, rending dan kuih muih. Saya masih ingat seorg teman tiba tiba bercakap- tiba tiba x rasa penat pulak…hehehe bila tgk makanan hilang rasa letih rupanya…

Selesai makan, dan sedikit taklimat, kami dibawa masuk ke ladang.Ladang ini seluas dua ekar memuatkan kira kira 300 ekor kambing, yang pada pemerhatian saya mungkin dari tiga spesis yang berbeza. Menariknya, penjualan daging kambing bukanlah tujuan utama ladang ini, tapi hiliran dari kambing tersebut..iaitu tinja kambing-atau bahasa senang paham taik kambing- yang dibuat baja organic secara komersial. Menurut tuan ladang, dia hanya akan menjual kambing2 jantan yang tidak dipakai sebagai bapak kambing sahaja..yang lain dikekalkan dalam ladang.

Selain kambing kambing yang amat mesra dengan manusia, terdapat juga biri biri dalam ladang ini. Selain itu terdapat bangsal yg menenmpatkan cacing kompos, yg juga pemeliharaannya berasaskan tinja kambing juga. Selepas taklimat (sebenarnya sebelum dan semasa taklimat pun hehehe) ramai yang berkomunikasi dengan kambing-bagi makan kambing, usap2 kambing, dokong2 anak kambing, dan yang menunggang kambing pun ada juga….isk3x mcm la shbt2 dan sahabiah2 yg mengikuti rombongan ni…

Usai jamak taakhir zohor dengan asar di masjid kampung, kami pun beransur pulang. Kira kira jam 9 mlm kami selamat sampai di UIAM gombak.

3 komen:

نذر الأفندي بن عبد الغني berkata...

"Pertanian adalah Perniagaan"? Itu Agrotek punya "tagline". He 3x. Agak-agaknya, Sheikh Shamil turun 10kg lepas berjalan jauh kot. He 3x. Jangan marah...

Abu_Zubair berkata...

hahaha agrotek pertanian..aku penternakan....haha..best apen rugi x pergi.

sofea berkata...

~selamat maju jaya~
smile sokmo lar
may Allah bless you sokmo