Sketsa kehidupan



Sketsa 1




satu hari dalam kelas, seorang pembentang membentangkan tentang harakah mailto:islamiyah@gerakan islam. dia telah memasukkan salafiyun sebagai salah satu daripada aliran gerakan islam. beberapa teman mengkritik perbuatannya itu, kerana tanzim yg selalunya ada dlm gerakan islam tidak wujud dalam aliran salafi. akhirnya ia membawa kepada pelajar lepasan universiti di arab saudi itu menceritakan pengalamannya sewaktu di sana, tentang apa yg berlaku di antara aliran salafi dan haraki di universiti tersebut.

dia memberikan satu gambaran, buku buku tulisan tokoh gerakan termasuk dr yusuf al-qardhawi, walaupun tulisan umum seperti al-halal wa al-haram fi al-islam- semuanya hanya boleh didapati dan disimpan secara rahsia, senyap senyap. hatta di pameran buku sekalipun, dia berkata ia dijual secara senyap senyap.

Satu lagi pengalamannya, beliau sendiri bercerita yang beliau terpaksa menangguh hasrat untuk berguru dengan sheikh sheikh yang dikenalpasti sebagai beraliran haraki, sehingga memperolehi pengesahan ijazahnya, bimbang akan diambil tindakan oleh pihak pentadbiran. sehinggalah beliau mendapat sijilnya barulah beliau dapat meneruskan hasratnya.






sketsa 2




saya menziarahi seorang sahabat yg balik sebentar dari mesir untuk bercuti. sempat juga bersembang pasal kitab. tiba tiba terpacul dari mulut sahabat saya, " kalau nak beli kitab kena hati hati, jangan beli tahqiq wahabi...!!". saya buat buat bertanya, " siapa antara pentahqiq yg termasuk dlm golongan itu?" dia menyebut beberapa nama seperti ibn baaz, ibnu uthaimin. saya bertanya:"habis tu nak beli yg tahqiq siapa". setelah berfikir lama dia menyebut kitab tahqiq syeikh2 azhar pun banyak.








sketsa 3




seorang sahabat menceritakan pengalamannya solat subuh di sebuah mosalla. ketika itu kebetulan sekumpulan pelajar luar datang ke situ untuk solat subuh. ketika yang lain bersolat subuh, kumpulan tadi didapati menunggu sahaja jemaah selesai bersolat. setelah selesai mereka ditanya, kenapa tidak solat bersama, sebaliknya solat selepas jemaah selesai solat. kata mereka,


" kami tak boleh ikut imam tu, imam wahabi, nanti solat kami tak sah!!"




2 komen:

نذر الأفندي بن عبد الغني berkata...

Kenapalah manusia mahu buat had untuk belajar?... Taksub emosi atau terpaksa ikut "hakikat" kefahaman masyarakt. Atau main "bedal" saja...

Abu_Zubair berkata...

entahlah...yg sedihnya org yg byk ilmu pun buat tabiat serupa....