
p/s: arnab kalau mogok lapar senang saja...jangan diberi makanan lain...nanti dia akan lapar dan makanlah dia...sekadar hiasan dan santai,tiada kena mengena dgn tajuk :P
Mogok lapar!!
terkini, timbul pula isu mogok lapar dalam kemelut politik di negeri kejor yop kejor.....mogok lapar..dan ada yg gabungkan mogok lapar atas nama puasa sunat...maka para ulama dan ilmuan tempatan - ustaz,mufti,bekas mufti,celup dan yg x celup[pinjam ust nik adli punya istilah] hehehe-memberi pelbagai pendapat berdasarkan ilmu masing2...
di malaysia ni seperti biasa, bila keluar pendapat akan ada yg kata ia bias kpd sesebelah pihak...sawaaun kaanat al-hukumah or the opposition's team..
antara ulasan yg dpt kita dgr:
Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain"
(saya petik dari: http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=58)
saya teringat sesuatu yg saya belajar ketika ijazah dulu...x silap sama ada dlm subjek fiqh janayah atau fiqh mu'asirah...tapi saya cuba mencari dlm masa begitu singkat tak ketemu. cuma yg saya ada dlm memori saya:
" mogok lapar, asalnya haram,terutamanya bila membawa kpd kematian, dan ia memudaratkan diri.tinggal lagi ada sebahagian ulama masa kini membolehkannya ketika tidak ada jalan lain yg hendak dibuat, dan diyakini mogok itu mampu memberi kesan, dgn syarat tidak membawa kpd kematian..."
di sini saya turut sertakan pendapat dua org ulama yg saya hormati lagi kagumi.
1. Dr yusuf al-qaradhawi
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :(saya petik dari: http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=58 dan saya belum memeriksa di qaradawi.net)
Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :
“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”
2. Dr mohd Asri Zainal Abidin
"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.sila baca artikel penuh di http://drmaza.com/home/?p=618#more-618
Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka...."
nampaknya ada perselisihan di dalam masalah ini.dan memori saya merakamkan satu pendapat yg menggabungkan kedua dua "khilaf " ini... :)
11.27pm-26mei2009
0 komen:
Catat Ulasan