E-mart- destinasi terakhir di bumi kenyalang

Selepas mengunjungi Zoo, kami berhenti rehat dan solat seketika di masjid sebuah kampung berhampiran, sebelum menuju ke destinasi seterusnya, e-mart. Tujuan utamanya untuk membeli ikan terubuk Sarawak yg popular.

Emart merupakan pasar besar di Sarawak, sama seperti Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan, dan pasar besar Kepayang di Terenggani. Selain Pakaian, beg dan barangan cenderahati di bahagian dalam bangunan , di luarnya terdapat pasar yg menjual pelbagai makanan mentah dan dimasak, kering dan basah, seperti ikan terubuk, ketam cina, buah isu yg menyerupai durian, dan pelbagai jenis buah buahan dan sayur sayuaran tempatan.

Emart merupakan destinasi terakhir saya di bumi kenyalang ini.selepas itu kami terus pulang semula ke taman bumiko, utk membuat persiapan utk pulang semula ke bumi semenanjung.

antara barang barang kering yg dijual di e-mart..antara yg dicari ramai beras perang dan beras padi huma

inilah yg kita cari..ikan terubuk yg masik segar...digaramkan di situ juga

ikan diletakkan harganya berdasarkan saiz...dari semurah 3 ekor rm10 hinggalah rm30 seekor


ini bukan durian, ini buah isu dan yg sebelah lagi saya x ingat. bagi saya buah isu ini serupa dengan durian hutan, atau durian daun di tempat saya, sama ada dari segi baunya dan rupanya. ust isey ada beli dua biji, dan masa tu dia sorang je yg cuba makan. saya x berani, baunya saja memeningkan saya...mungkin kita kena tanya ustaz alan dan ust daus, apa kesudahan dua biji buah ni di rumah mereka..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ustaz Isey, ust alan dan ust Daus yg sudi menanggung perbelanjaan penerbangan saya pergi balik dari KL ke Miri, yg merupakan pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang hehehe. ustaz alan dan ust daus juga telah menyediakan penginapan dan makanan yg sungguh memuaskan Ustz alan juga wajar diucapkan terima kasih sekali lagi di atas kenderaan comelnya MyVi SE warna oren yg menjadi kenderaan rasmi percutian ini.. x lupa buat teman serumah mereka umar dan lutfi yg mesra dgn kami walau pertama kali bersua. Semoga allah memberkati kalian atas semua ini. Amin.

2.50pm-24/11/09

0 komen: