Batasan Penampilan Wanita



Batasan Penampilan Wanita. Selamat Membawa Wahai Perempuan Beriman!

1. Bulu kening- Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian- “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada- “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31


5. Gigi- “Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan Tangan- “Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan- “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


8. Mata- “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


9. Mulut (suara)- “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.


10. Kemaluan- “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


11. Pakaian- “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.


12. Rambut- “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
Riwayat Bukhari dan Muslim.
syukran jaziilan ala al-akh Abu Usamah atas artikel bermanfaat ni

beginikah Kempen sebahagian golongan mahasiswa ??



baru sahaja tamat pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu, pilihanraya kampus di uiam pula mengambil tempatnya. mulanya saya berasakan yg suasananya tidak sehebat suasana pilihanraya ketika saya masih di bangku degree dulu.baik kempen, poster, rasanya semuanya berkurangan berbanding dulu.


tengah hari, ketika keluar dari bilik kuliah di aras 1, saya ternampak helaian2 handbill...saya lantas memungutnya lalu membacanya..


JOM PAKAT PAKAT KALIH


JANGAN HANYA KERANA ISLAM

KITA MENGGADAIKAN KEBEBASAN KITA

KEPADA (menyebut pihak yang tertentu)


astaghfirullahalaziim..


mcm2 komen saya terima dr yg membaca...ada yang beristighfar..ada yg berkata ia taktik pihak tertentu...sama ada untuk mengalahkan lawan atau mengaburi pihak pengundi..


pada saya, untuk apa pun tulisan ini dibuat, dan siapapun yang membuatnya, ia adalah perkara yang tidak patut ditulis oleh seorang Muslim.saya katakan -apa juapun tujuan. menulis perkara sebegini adalah dilarang sama sekali untuk dijadikan sebagai kempen.


janganlah kerana kuasa, dibolehkan semua perkara.


kepada yg menulis,merancang benda ini segeralah bertaubat dengan taubah nasuha kepada Allah Ta'ala...


p/s: cerita di UM punya PRK jug hebat dr UIAM...hingga melibatkan perkara najis..anda tanyalah sahabat2 dari sana..saya tidak mahu mengulasnya di sini


Rawatan kecantikan:apa hukumnya??


Kecantikan merupakan perkara yang dikira penting bagi wanita, sehinggakan diwujudkan cogankata kecantikan hak milik setiap wanita. Kerana kecantikanlah, muncul pelbagai jenis rawatan untuk menghilangkan benda benda yang tidak memuaskan pada wajah dan tubuh badan.

Sebenarnya rawatan kecantikan bukanlah sesuatu yang baru yang muncul pada zaman ini, malah ia telah bermula dulu lagi, yang akhirnya berkembang sehingga ke peringkat yang ada pada hari ini. antara rawatan kecantikan yang wujud sejak dahulu: membalut gigi dengan emas , menyaluti hidung dengan emas dan perak, serta tatu.

Zaman rasulullah juga merekodkan satu peristiwa, di mana seorang sahabat bernama Arfajah bin As’ad r.a cedera teruk di bahagian hidungnya, lalu nabi s.aw memerintahkannya mengambil hidung daripada perak. (rujuk nas hadis dari Sunan Tirmizi, 4/240).

Dr Husamuddin as-saifi di dalam kitabnya Qadaya Fiqhiyah Mu’asirah menyebutkan beberapa jenis rawatan kecantikan, yang umumnya dibahagikan mengikut tujuan ia dilakukan, dan setiap jenis mempunyai hukum yang berbeza.

rawatan kecantikan yang bertujuan untuk mengekalkan/ mengembalikan kecantikan

Salah satu daripada rawatan kecantikan yang popular sekarang ialah rawatan kecantikan yang bertujuan untuk mengekalkan kecantikan agar tidak luput dimakan usia, atau mengembalikan kecantikan zaman muda buat kali kedua, setelah ianya berkurangan, atau luput dimakan usia. Rawatan ini dijalankan atas anggota anggota yang sedia sihat, bagi menghilangkan kesan yang timbul akibat peningkatan umur.

Perbuatan ini sebenarnya merupakan satu ketaksuban dan kelampauan dalam mengejar kecantikan, berlawanan pula dengan ketetapan Allah Taala yang telah menjadikan setiap peringkat kehidupan itu dengan ciri dan sifat yang tertentu. Oleh itu ia dikira mengubah ciptaan Allah Ta’ala, dan termasuk di dalam perkara perkara yang dilarang oleh syara’.

Ibnu Mas’ud pernah meriwayatkan bahawa nabi s.a.w pernah bersabda: “ Allah melaknat orang yang bertatu dan membuatkan tatu, orang yang mencabut/mencukur bulu kening serta tukang cabut/cukurnya, orang yang menjarangkan gigi, untuk kecantikan, mereka ini pengubah kejadian Allah. (Riwayat Muslim).

*Penjarangan gigi- imam an-nawawi menerangkan di dalam syarah Muslim,bahawa jarak yang sedikit antara gigi hanya terdapat di kalangan anak perempuan muda, lalu perempuan berusia melakukannya agar mereka dianggap masih muda.

Antara kesimpulan hadis, anggota anggota badan telah dijadikan dalam keadaan terbaik, keadaan asalnya, maka tidak boleh mengubahnya sama ada dengan penambahan ataupun pengurangan, kerana ianya mengubah kejadian Allah, serta menolah hikamah Pencipta yang telah menjadikan makhluknya dengan ciri ciri tertentu.

Ibnu al-Arabi menyebut: sesungguhnya Allah telah mencipta rupa, serta mencantikkannya mengikut bentuk yang asal,kemudian kecantikan ini beransur hilang mengikut peringkat, maka sesiapa yang mengubah kejadian allah dan menolak hikmahnya adalah dilaknat kerana telah melakukan larangan. (Akhbar as-siasah, 4/12/1987, majlis pengajian bersama Dr. Muhammad Uthman Shabir.)

Rawatan kecantikan lelaki untuk menghilangkan misai dan janggut

Antara rawatan yang dilakukan ialah menghilangkan misai dan janggut secara kekal, iaitu tidak akan tumbuh lagi. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan menyerupai orang perempuan, yang diharamkan oleh syara’.

Menyambung Rambut

Ia termasuk juga dalam rawatan kecantikan yang dilarang oleh syara’, berdasarkan riwayat yang diriwayatkan oleh imam Muslim, drpd Asma’ binti Abi Bakar, bahawa seorang perempuan telah datang kepada nabi s.a.w, lalu berkata: Wahai Rasulallah, anak perempuanku bakal berkahwin, dia ditimpa penyakit lalu gugur rambutnya, apakah boleh aku menyambung rambutnya?. Lalu bersabda baginda s.a.w: “ Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan tukang sambung rambut.”

Al-Laith bin Sa’ad dan alQadhi I’yadh menyebut bahawa sebab larangan ini ialah kerana ianya satu bentuk penipuan, dan ianya larangan khas menyambung rambut dengan rambut. Menurut mereka, menyambung rambut dengan kapas,benang, dan sutera tidak termasuk di dalam larangan ini, kerana ianya tidak mengandungi unsur penipuan.

Imam Nawawi pula menerangkan hal ini secara terperinci. Menyambung rambut dengan rambut manusia adalah haram, begitu juga menyambung rambut dengan rambut/bulu binatang,jika ianya najis turut diharamkan. Jika rambut itu daripada bulu yang tidak najis, dilihat: jika perempuan itu belum berkahwin, hukumnya haram. Jika sudah berkahwin, terdapat tiga pendapat:

- haram berdasarkan zahir hadis
- tidak diharamkan
- pendapat paling kuat- jika diizinkan suaminya, harus, jika tidak, haram.

Imam nawawi menyebut lagi: adapaun memerahkan muka dan pipi, dan hujung jari, ianya diharamkan bagi orang yang tidak berkahwin, dan tidak diizinkan suaminya, jika diizinkan suami, maka dibenarkan. (Syarah Sahih muslim, 14/104).

Hukum ini turut diguna pakai ke atas penggunaan rambut palsu yg dibuat dari rambut manusia,atau haiwan yg tidak suci, ianya haram.adapaun rambut palsu dari selain keduanya,dan mewarnakan rambut. Jika seseorang itu bersuami, dan diizinkan suaminya, hukumnya harus, jika tidak diizinkan, atau belum bersuami, hukumnya haram.

Kesimpulan yang dapat penulis buat, berdasarkan hadis serta pendapat ulama,:

- rawatan kecantikan yang berbentuk pengubahan kekal dan berat adalah haram, seperti tatu, penjarangan gigi, cabut bulu kening-yg disebutkan di dalam hadis, serta kes kes lain yg boleh dikiaskan, seperti menghilang misai/janggut secara kekal, botox dan suntikan seumpamanya. Illah atau sebabnya ialah mengubah kejadian Allah, serta melawan sunnatullah/fitrah.

- Rawatan kecantikan lain- sambung rambut, make-up, rambut palsu, mewarna rambut dan seumpamanya, hukumnya seperti yang disebutkan, berbeza antara yang belum dan sudah berkahwin, juga dengan izin dan tanpa izin suami.

Wallahu’a’lam bissowaab.

-disadur daripada buku Qadhaya Fiqhiyah Mu’asirah, Dr Hosamuddin as-sayfi, Universiti Islam Antara bangsa Malaysia, ms 124-129.
12.16 a.m- 19-01-09

Gaza itu memanggilmu- Dr MAZA

dipetik dr: http://www.drmaza.com

Untukmu Palestin


dari media kita terus mendengar saudara saudara kita di Palestin terus dibedil yahudi zionist israel laknatullah. solat jumaat di msjd uiam mgu ini menjadi medan menjelaskan betapa bertanggungjawabnya kita terhadap saudara2 kita di sana. dalm khutbah Jumaat lagi, prof dr Abdul Razaq sa'adi sudah menyentuhnya, kemudian beliau berdoa untuk saudara mara kita di atas mimbar.dlm solatnya pula, kami melakukan qunut nazilah.sesudah solat, ditunaikan pula solat hajat khas. disusuli talk, yang kemudiannya dihangatkan lagi dengan perhimpunan aman bermula di tengah dewan masjid, terus perkarangan masjid. minggu ini perhimpunan ini lebih terasa, dengan kehadiran anak anak muda palestin sendiri yg merupakan penuntut di sini. kagum dgn salah seorg shbt saya, Mustofa al-falastini yg mjadi salah seorg penggerak utama. timbalan rektor ustaz hamidon turut bersama dan memberikan sumbangan kata katanya..pensyarah2 turut kelihatan berdekatan kelompok utama..a,antaranya dr layeth su'ud dan dr jamal basyir badi'...pelajar2 pula dr pelbagai bangsa dan negara...bersatu...atas nama ummah islamiyah..
teruskan usaha kita demi menunaikan kewajipan kita terhadap saudara saudara kita di bumi al-Quds..Takbirr..Allahu Akbar!!


Untuk Mu Palestin

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestin kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Palestin

salam jihad fi sabilillah,
09/01/09- 8.12pm

Doa khusus utk Sultan dalam Khutbah Jumaat















Setiap kali khutbah jumaat dibacakan, di hujungnya ada doa. Menjadi kebiasaan khutbah yang disediakan jabatan agama, di dalam doa itu ada doa khas menyebut nama sultan yang memerintah negeri, sesetengahnya dengan pewaris takhta sekali. Jika tidak disebut pun, mungkin khutabah yang dibaca bukan khutbah yang disediakan jabatan.menggambarkan pentingnya doa kpd pemimpin ini, hingga Pernah disebut dalam media media alternatif, ada khatib yg diperintah menghadap sultan kerana tidak menyebut namanya dlm doa khutbah.

Kebetulannya kuliah pengajian fiqh manhaji saya telah pun sampai ke bab solat jumaat. Seperti biasa, saya membaca kitab kitab fiqh lain yg ada sebagai rujukan tambahan. Ketika saya membaca kitab al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’i. saya terjumpa satu perkara yang agak menarik untuk kita teliti.

“ adapun doa (yakni dlm khutbah), sebahagian ashab kami mengatakan ianya wajib, kerana al-muzni menyebutnya di dalam seringkas ringkas khutbah.

Sebahagian yang lain berpendapat: ianya disukai (mustahab), kerana ia tidak diwajibkan di luar khutbah, maka ianya juga tidak diwajibkan di dalamnya, sepertimana tasbih. Adapun doa untuk sultan, ianya tidak disukai, berdasarkan riwayat: telah ditanya A’ta’ tentang perkara ini, maka dia menjawab: ianya perkara baru, sesungguhnya khutbah itu adalah untuk memberi peringatan…”.

Di dalam notakakinya, Qasim Muhammad an-nauri menambah: “ athar Ata’ telah dikeluarkan oleh imam as-Syafii di dalam al-Umm (1/179-180) dengan sanad yang hasan, as-syafii berkata: jika berdoa untuk seseorang secara khusus, atau mendoakan atas seseorang..aku memakruhkannya, dan tidak perlu dia mengulanginya. Al-Faraqi menyebut: adapun di zaman kita: disukai bagi khatib membacanya, kerana ianya melindungi dari bahaya.

Berkata al-imam an-nawawi di dalam majmu’ (4/440): dari zahir kalam penulis ianya bid’ah, sama ada makruh ataupun khilaf aula. Ini jika doa itu khusus utk dia seorang. Adapun doa secara umum untuk para pemimpin Islam agar mereka berjaya, Bantu membantu ke arah kebenaran, menegakkan keadilan, dan untuk tentera muslimin, ianya disepakati mustahab.

Pendapat terpilih : tidak mengapa mendoakan sultan secara khusus sekiranya ianya tidak keterlaluan dlm mensifatkannya.


12.17a.m-6januari09




Wallahu’alam.

Bun bun's life







this is my beloved pet, bun bun. this year he is five years old.you can see he is drinking in the picture, and eating with his wife outside their cage. the pictures showing bun bun eating sawi is the latest picture, bun bun now move to larger cage with the other female bunny.

1 malam 2 Wajah

Lewat malam
Terdengar letupan Bunga api
Serta Derail sorak tawa
Memecah sunyi malam
Menyambut awal tahun masihi

Juga lewat malam
Juga terdengar letupan
Tapi bukan mercun dan bunga api
Tapi dentuman
Bukan sorak tawa
Tapi Deraian tangisan dan suara kesakitan

Esoknya
Kita menatap khabar di atas kertas
Saksi korban nyawa
Saudara yang Dicabul hak dan maruah
Di tanah air mereka sendiri

Di atas kertas yang sama
Kita menatap
Saksi korban nafsu
Membiarkan diri dicabul
Membiarkan maruah tercampak
menghina maruah sendiri
Di tanah air kita sendiri

Alahai insan….
Tidak cukupkah
Apa yg kita saksikan sebelum ini
Bilalah agaknya keinsafan itu
Bisa menjadi tamu kita…

12.17a.m-4 januari 2009