Siang makin hampir merangkak ke penghujuang, cahaya sang suria juga semakin kurang teriknya. Besarnya hikmah makhluk bergelas sang suria, perubahan biasan warna, dan refleksi bebayang yang menjadi rujukan penentu waktu fardhu asar. Seperti sedia kalanya seketika selepas masuk waktu asar, akan terbiaslah redup petang yang memberikan peluang untuk insan insan termasuk warga kota cahaya untuk beriadah. Di tengah tengah padang, para pemuda bersama seronok dengan permainan bola sepak yang hampir saban petang mereka jadikan riadah menyihatkan badan. Yusof, ismail, bilal dan safwan tidak ketinggalan menyertai sahabat sahabat yang lain.
Di kiri kanan padang, ada juga beberapa pemuda bermain sepak raga. kanak kanak juga tidak ketinggalan beriadah dengan aktiviti aktiviti mereka tersendiri. Zubair, Nu'man, Udin dan Talhah tidak terkecuali. Petang itu mereka bermain futsal bersama kanak kanak yang lain.
" eh, perut aku rasa tak sedap ni. Aku kena balik dulu ni" tiba tiba Zubair bersuara.
" kau silap makan ke apa, bir..biar aku teman kau balik.." ujar Talhah.
"takpe Talhah, sakit nak ke bilik istirehat je ni…insya Allah lepas tu okay.."
Segera berlari meninggalkan padang, menuju penginapan Dar aytam yang memang bersebelahan sahaja dengan padang.
"perut..perut, masa aku tengah seronok nak jaringkan gol , masa nilah kau meragam…" Zubair berbicara dengan diri sendiri. Sampai di bilik, dia segera mencapai kain tuala dan bergegas ke bilik air. Setelah selesai menunaikan hajat, dia bersuci, berwuduk dan berjalan menuju ke bilik. Tiba tiba telinganya menangkap sesuatu.
" macam bunyi orang bercakap…siap dengan gelak gelak lagi…suara itu datang dari arah tingkat atas. Baik aku pergi tengok…"
Dek perasaan ingin tahu, Zubair dengan keadaan bertuala memanjat anak anak tangga menuju ke tingkat atas. Tiba tiba dia teringat tazkirah ustaz di masjid, jangan mengintip orang. Tapi ini bukan intipan, ini Cuma hendak tahu suara apa yang bercakap dari tingkat atas tu. Semakin hampir dia kepada suara itu semakin dia mengecamnya." Itu suara abang aman. Buat apa pula dia bercakap seorang diri di atas tu…takkan kena gangguan makhluk halus kot.."
Zubair duduk mencangkung, diselindungi penyejuk air. Dia terus memasang telinga mendengar percakapan Rahman.
" err. Dah la awak…dari tadi kita cakap dengan telefon ni, awak tak Tanya apa apa soalan agama pun…"
" eh bukan macam tu. Bukan tak sudi. Tapi lelaki dengan perempuan bukan boleh bercakap tak tentu fasal. Takut timbul fitnah…oklah…nanti kita sambung dekat chatting pula ya..assalamualaikum.."
Eh, dah siap cakap. Zubair perlahan lahan menuju anak tangga, agar kehadirannya tidak disedari Aman, kemudian dia cepat cepat turun menuju ke biliknya semula.
" Bir, lama betul kau dalam bilik termenung…tak baik berlama lama kat sana tau.." Udin menegur sebaik sahaja Zubair melangkah masuk ke bilik.
" ish, aku bukan berlama lama di situ lah. Aku jadi penyiasat sekejap tadi.."
" ha?? Macam menarik je tu. Ada kes misteri apa pulak ni??" Nu'man pula mencelah.
" ada la…jom kita gi bilik air…dekat sana baru boleh cerita.."
" kau ni memang dah kena penyakit suka duduk dalam bilik air dah ni…sampai nak bercerita pun mesti dekat bilik air…" ujar Talhah.
" isk bukan macam tu, tengok jam sekarang pukul berapa? Kalau cerita dekat sini, nanti lewat mandi…lewat semuanya…kalau buat dua kerja dalam satu masa…barulah sempat!!" jawab Zubair.
"betul betul betul!! Jom kita mandi!!"
Yusof yang kebetulan baru kembali dari padang melalui tepi bilik mereka, pelik melihat adik adiknya itu beriringan menuju ke bilik air dalam waktu begini. Awal pula diorang bersiap hari ni, detik hatinya. " assalamualaikum abang usop!!" salam diberi serentak ketika mereka berselisih. " waalaikumussalam…ha..kalau hari hari macam ni kan bagus, tak tunggu nak kena suruh dah pandai bersiap awal…".
"insya Allah bang…"jawab mereka. " ada kau orang nampak abang aman?" Yusof menyoal, memang dari tadi dia menyedari ketiadaan sahabatnya itu di padang seperti sedia kala. " ada bang, tadi dekat atas…" jawab Zubair. " oklah, pergi mandi cepat…abang nak naik ke atas..". yusuf berlalu meninggalkan mereka, mendaki anak anak tangga menuju ke tingkat atas.
Dari luar bilik dia sudah dapat mendengar suasana meriah rakan rakan dari dalam bilik. Mesti diorang tengah kenakan Aman la ni, detik hatinya sambil tersenyum.
"Assalamualaikum….meriah je bunyinya…dari luar aku dah dengar.."
"wa'alaikumussalam warahmatullah…ada kawan kita ni sop, dah jumpa cara baru beriadhah dah…riadah jari jemari je…" kata Ismail.
" maksud kau, SMS?" ujar yusof sambil menanggalkan kasut sukan dan stoking.
" hehehe kau memang bijak sop…tepat sekali.." Bilal mencelah.
" sekarang ni masa aku, takpe kau orang kenakan aku…bila tiba kau orang yang kena nanti, aku balas cukup cukup..hahaha.." kata Rahman.
" kita orang akan kena juga?? Berjangkit ke penyakit SMS kau ni Aman…isk..bahaya ni..ustaz yusop, sila buat laporan!!kena kuarantin ni…" celah Hazmin.
Mereka semua tergelak. Termasuk Rahman sendiri, tidak tahan mendengar jenaka Hazmin.
" tapi betul lah. Engkau ni Aman, sampai tak turun ke padang kau bermesej. Apalah yang kau mesej ni man…"soal Yusof.
" kiranya penting lah hal ni…tu lah sampai aku mengutamakan mesej dari Riadhah ni.."
" amboi..ustaz rozali yang paling sibuk tu pun sempat keluar petang tadi bawa anak anak dia…kau lagi sibuk dari dia nampaknya ni…"
Mereka tergelak lagi. Aman pun gelak sama. Dalam hatinya, berkata, kalaulah diorang tahu hal yang sebenar ni, lagi teruk la aku kena !!
*********************************************************************
Malam yang marangkak memakan hari berlalu seperti sedia kala. Hanya Bunyi cengkerik, diselangi bunyi si pungguk yang mengisi hening malam. Sesekali angin malam yang dingin menyapa tubuh tua pak cik Salam yang sedang duduk di bawah teduhan pondok di luar rumah tamu kota cahaya. Mujurlah dingin malam itu dihangatkan oleh rokok daun yang dibakar. Sesekali berkepul kepul asap dihembus mulut lelaki lebih separuh abad itu. Membebaskan bau tajam yang menusuk hidung, namun bau itu sudah lali dengan nya. Seekor kucing yang tadinya duduk di sisi pak cik salam mula beredar bila kepulan asap itu ditiup angina ke arahnya.
" minta maaflah Kucing…aku tau orang sini tak merokok…sebab tu kena sikit kau terus lari…." Ujar Pak cik Salam sambil tersenyum.
" assalamualaikum…" bunyi salam menyapa dari belakang.
"eh..waalaikumussalam.." pak cik salam segera menyampakkan rokok daun yang berbaki ke tanah. Lalu memijaknya hingga padam.
" minta maaflah sleman, aku ni merokok…tapi rokok pucuk aje la…"
Ustaz Sulaiman hanya tersenyum, meletakkan dulang kecil berisi dua cawan, seteko kopi dan sepiring biskut di atas lantai pondok."minum bang…" pelawanya sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.
" terima kasih la sleman…merokok rokok ni kering pula tekak.." ujarnya sambil tersengih, lalu menghirup kopi yang dituang ke dalam cawan.
" kamu beruntung duduk di sini sleman. Suasana elok sungguh. Tak ada langsung benda benda tak baik. Kucing pun tak kenal asap rokok, sampai lari dia kena asap rokok pucuk aku tadi…"
" takpe la bang. Saya pun dulu merokok. Tapi alhamdulillah, sejak duduk di sini, persekitaran yang baik, dapat saya berhenti merokok…"
" aku la sleman, sepanjang aku belajar sikit sikit, ada la juga dengar pasal merokok ni. Ada yang kata makruh, ada yang kata haram…tapi selalunya orang macam aku pegang yang makruh la kan…"
" memang ada perselisihan di kalangan ulama..tapi sebahagian besar meletakkannya haram, atas macam macam bahaya dan mudarat yang datang dari rokok ni…"
" itulah. Aku ada dengar yang makruh yang ulama sebut tu sebenarnya rokok pucuk, rokok daun yang tak isi apa apa selain tembakau. Bukan rokok rokok yang ada sekarang ni, yang bercampur macam macam benda…"
" itulah abang. Saya pun ada dengar dan baca tentang itu. Tapi kalau masa saya di kampung dulu dulu, orang tanam tembakau, jarang lah dipagar beriya riya macam tanaman lain…katanya sebab binatang tak kacau…"
" sungguh la tu sleman…memang lembu kambing tak usik…manusia berakal macam aku ni ha yang beriya riya nak hehehe kamu doakanlah aku sleman…supaya dapat aku ikut jejak kamu berhenti.."
"insya allah…"
Pak salam mencapai sekeping biskut. Direndam sekejap ke dalam kopi panas, dan cepat cepat disuapkan ke mulutnya. Kemudian dia kembali menyambung bicara.
" kalau aku tau ada tempat elok begini sleman…dari dulu lagi aku bawak keluarga aku tinggal di sini…mungkin tak jadi begini…"
" tak mengapa abang. Duduk di luar tu pun, kalau orang macam abang ni, insya Allah lagi banyak pahalanya dari kami di sini. Sebab abang menjaga iman dalam keadaan yang mencabar, pelbagai dugaan. Kami di sini keadaan memang sedia tenang. Tak mencabar macam di luar sana…"
" betul la sleman, tapi itu kalau dapat tempuh cabaran, dapat menang ujian. Kalau tidak, hanyutlah dengan arus deras di luar tu…aku cukup tenang duduk di sini..segalanya baik…kanak kanaknya hinggalah ke orang tuanya…"
" alhamdulillah abang, kurniaan Tuhan buat kita semua…moga kita terus jaga anugerah ini…"
" budak budak muda pun aku tengok, elok benar perangainya. Tak adalah yang berperangai tak semenggah macam di luar sana.."
" zihirnya begitulah bang. Tapi bukan tak pernah berlaku masalah di sini. Tapi taklah banyak…" ustaz sulaiman teringat kisah Ikram dan Yasin, tapi dia tak mahu menyebutnya. Lagipun, Ikram sudah selamat kembali ke rahmatullah, betul betul selepas dia bertaubat.
" maknanya ada juga pengaruh tak baik masuk ke dalam ya…"
" Syaitan tak pernah berhenti mencari jalan menyesatkan anak adam… hari ni, zahirnya insya Allah boleh kita kawal. Belakang kita, dengan internet, dengan chatting, dengan sms, tak dapat jamin bang…nak kita sekat, benda benda itu ada juga manfaatnya..jadi hanya iman yang teguh dapat menjamin terselamatnya dari godaan syaitan ni.."
"betul juga kata kamu tu. Tapi aku harap sangatlah, biarlah anak anak muda kota ni dipelihara imannya oleh tuhan, janganlah berlaku benda benda tak baik pada mereka. Bukan apa sleman, mereka pewaris bila kamu semua tak ada nanti…"
" iye bang, sama sama kita berdoa…"
Awan hitam di langit gelap membawa Rintik rintik hujan, ia menimpa atap pondok menghasilkan bunyi tersendiri. Angin malam semakin menjadi jadi dinginnya bila hujan renyai mula turun membasahi bumi. Pak Salam dan ustaz sulaiman bingkas bangun dan bersegera menuju ke rumah tamu kota cahaya, sebelum hujan yang lebih lebat tiba membasahi mereka.
*********************************************************************
bersambung.....
11.30am-18januari2010
2 komen:
Mungkin satu hari nanti boleh dibukukan untuk manfaat semua.. jazakallahu khair.
suatu kesah yg boleh dijadikan teladan untuk semua lapisan masyarakat umumnya dan pada golongan remaja khususnya..barakallah
Catat Ulasan