1. Saya masih dalam proses menyiapkan thesis sarjana. Masih di peringkat yang awal. Musyrif banyak membantu terutama dalam bahasa, ia penting sebab thesis saya tak dibuat dalam bahasa ibunda, tetapi dibuat dalam bahasa turunnya Quran dan Hadis. Thesis saya berkait rapat dengan "ayam". Segalanya bermula dari makanan ayam, suntikan yang diberi kepada ayam, status ayam yang diberi makan dan disuntik.
2. saya dan teman teman masih berusaha menguruskan surau warisan, surau sungai jahit. antara yang kami cuba buat menjana ekonomi, juga melalui ayam. Tanah terbiar di tepi surau kami terangkan, kami beli anak anak ayam kampung secara berperingkat, mengikut kemampuan kami. Alhamdulillah hampir tiga bulan usaha ini kami jalankan, walaupun masih belum menuai hasil lagi.
anak anak ayam yg kami beli-kalau dah nama ayam kampung kecil2 dah memanjat2
yang ni dibeli ketika sudah berbulu pelepah,maknanya umurnya lebih dari yang kecil tadi
3. masih lagi tentang ayam. ayam ayam kampung peliharaan penduduk kampung sungai jahit majoritinya terbiar, tidak bereban, tidur di atas pokok. Apa penyelesaiannya? Melihat kepada kami yang sedang menjalankan projek ayam, ada yang menyuruh kami menangkap anak anak ayam sebelum menjadi mangsa haiwan lain. ada yang dapat ditangkap dengan ibunya sekali, kami bina reban khas menempatkan ibu dan anak anak ayam.
ini gambar ayam peliharaan peribadi saya-saya bela dari dia berumur kurang seminggu-alhamdulillah
4. sebahagian yang lain menyuruh kami menangkap ayam ayam "terbiar" ini untuk dijadikan lauk bagi santapan setelah selesai majlis ilmu. Maka bermulalah "kerjaya" kami sebagai pemburu malam. Dari rumah ke rumah, pokok ke pokok kami menjejak ayam. Selain dari dapat menjamu selera bersama sama setelah mendengar kuliah, dapat juga "berpeluh" menyihatkan badan terutamanya bagi orang macam saya!hehehe…selain dimakan, ayam ayam ini turut kami jual untuk menjana pendapatan surau, walaupun ayam ayam yang sudah tua agak rendah nialainya berbanding ayam ayam muda.
Sekian coretan dari saya untuk kali ini…insya Allah kita ketemu di lain lembaran ya!
Salam perjuangan!!
1 komen:
kalu ada ms tulislah lagi ...suka nak membaca tulisan awak... mel pandai menulis....hahahahaha
Catat Ulasan