Kembara Daie:Muhasabah


  1. kadang kadang diri sendiri tidak sedar, lalu bermudah mudah menerima tugasan tugasan yang sebenarnya tidaklah larat dipikul, apatah lagi tugasan itu bukan pula bidang yang diketahui dengan baik.

  1. lalu ketika sudah sekerat jalan, terkadang baru tersedar kesilapan. Terutamanya bila masalah mula timbul.

  1. nampaknya ketidaktegasan saya dalam sesetengah perkara membawa kesan sampingan. Memang selalunya dalam hal hal yang saya tidak menguasainya, dan tidak tahu banyak, saya bersangka baik pada mereka yang saya rasa lebih tau. Sebab saya lebih suka bertegas di dalam hal hal yang saya ada ilmu kurniaan Allah di dalamnya, hal hal yang memang saya diberikan nikmat oleh Allah utk mendalaminya. Dan dengan orang yang kita ketahui sukar atau x boleh langsung menerima pendapat org lain,saya banyak mendiamkan diri, berpegang pada kata imam as-syafi'I, bahawa beliau sendiri tidak berjadal dgn seseorg melainkan di akhirnya nanti yg terzahir adalah kebenaran. Diam saya itu juga nampaknya diambil kesempatan oleh sesetengah insan.

  1. akhirnya saya nekad. Selepas menyelesaikan masalah itu nanti, saya akan undur diri. Berurusanlah pula kalian dengan orang yang memang arif dan alim dalam bidang itu nanti. Saya tak mahu yang dikendong berciciran, yang dikejar x dapat.

  1. jangan pula ada yang mem"futur"kan saya lagi nanti, kalau berlaku saya akan berhujah dengan hujah ilmiah walaupun mereka berhujah dengan emosi. Selepas ini saya akan tumpukan pada amanah menuntut ilmu dan menyampaikannya, dan mengurus Jahit's farm. Hanya Allah yang Maha Mengetahui nilaian setiap amal yang kita usahakan, dan setiap wasilah yang kita ceburi.

  1. banyak lagi yang saudara saudara kita di laur sana memerlukan penerangan dan panduan dari kita yang dikurniakan nikmat ilmu oleh Rabbul Jalil. Jadi tidak perlu berhenti lama, pening2kan kepala nak melayan kemuncup kemuncup dalam kembara ini.

ilalliqo, maas salamah.

gombak, 2.08am, 6/5/2010

0 komen: