Papp papp pap!! kompang...

ini kompang saya ketika menyertai pasukan kompang di matrikulasi UIAM PJ

Kompang

seingat saya, kali terakhir saya "memalu" kompang untuk "dipersembahkan" adalah ketika di matrikulasi UIAM petaling jaya, ketika menjayakan persembahan nasyid bersama Mat Nazrey untuk pertandingan syarahan bahasa arab sempena Arabic Awareness Campaign. majlis itu sudah berlalu kira kira enam tahun lalu..namun, baru baru ini tanpa disangka tangan saya kembali memalu kompang..kali ini bersama2 teman pengajar dan adik2 KECAQ..



Ceritanya begini. Pada 27 Mei2010, encik Zakaria Senik telah meminta saya untuk mencari pasukan selawat, dan kalau dapat, kompang sekali untuk majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung pada 29 mei.

Pada mulanya hanya terdapat dua kompang, kepunyaan ustaz Syafieq dan saya. kami berdua pernah terlibat di dalam pasukan kompang ketika menuntut di IPT. Dalam proses mengingat semula kod kod paluan kompang,yang sudah lama ditinggalkan, bakat terpendam seorang pelajar KECAQ tersingkap.

Sungguhlah ilmu itu mengangkat darjat seseorang dari yang tiada ilmu. Akhirnya, pelajar yang kami ajar mengaji menjadi "guru" kompang kami, alhamdulillah.

Sebagai "bidan terjun" latihan intensif dijalankan memandangkan waktu yang ada sangat sempit. Ia merupakan satu cabaran, terutama bagi adik adik yang mungkin tidak pernah bermain kompang.

Kembara meminjam kompang

Oleh kerana hanya ada dua biji kompang, kami memerlukan kompang lain. akhirnya kami meminjam kompang dari Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat di Ulu dong. Terima kasih kepada sahabat saya, cikgu adam shah yang merupakan guru sains yang merupakan tenaga pakar kompang yang melatih pasukan sekolah tersebut.

Latihan
Setelah kompang mencukupi, latihan segera pun dimulakan. Daripada paluan yang berterabur, kami bermula. Alhamdulillah, daripada paluan berpandukan kod di white board, akhirnya kami beransur mengingatinya. Jari jemari terasa sakitnya dek berulang ulang memalu kompang pada kod kod yang gagal dipalu dengan baik. Namun kami tekad, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

adik Erwan bersemangat mendengar penerangan dari abang abang



khairil- pada mulanya hanya bikin latihan diulang semula, namun akhirnya dia antara yang terbaik di antara teman temannya

Rafieq tekun menurunkan ilmu perkompangan kepada hariri


tengok sini, macam mana nak pukul!!


Pasukan kompang KECAQ

Mohd Rafieq Mohd Rashidi (Ketua- paluan menyilang)
Mohd Hariri Roslan
Mohd Zukry Sufian (tidak hadir hari persembahan, pergi dialisis)
Mohd Khairil Hakim Khairuddin
Erwan Syah Ahmad Safuan (simpanan-main mengganti zukry)
Ahmad Fariss Hakim Zamri (simpanan)

Ustaz Syafieq Shahuddin (pengalaman menyertai pasukan kompang di KIPSAS)
Ustaz Ahmad Shamil shahrin (pengelaman menyertai pasukan kompang di matrikulasi UIAM)
Raja Mohd Syakirie Raja Ali ( ketua pasukan kompang ketika di sekolah teknik, skrg mahasiswa universiti Malaysia perlis)


pada sebelah malam sebelum majlis, kami telah ke kompleks sukan, tempat kami bakal membuat persembahan sulung kumpulan kami. sebelah paginya juga kami tetap berlatih untuk menghasilkan sebaik boleh.


hari yang ditunggu tiba
sebelum buat persembahan, adik2 merakam detik bersejarah





inilah sifu kompang kami, adik mohd rafieq mohd rashid,13, yang telah melatih rakan sebaya dan ustaz2 memahami kod2 kompang dan mempraktikkannya


alhamdulillah dengan izin Allah persembahan pada majlis tersebut berjalan lancar



bergambar di surau setelah selesai persembahan.

0 komen: