isu Ulama Muda masuk UMNO: komen saya

baru baru ini kita diberitahu melalui media tentang kemasukan sekumpulan- pada mulanya 100 ulama muda- yang menyertai UMNO, termasuk seorang tokoh ulama kotemporari yg agak tersohor. Sehingga saya menaip tulisan ini, jumlah yang disebut secara rasmi ialah seramai 40 orang ustaz yang terkenal dengan aliran sunnah (meminjam istilah ust Emran), dan bagaimanapun tokoh agama tersebut tidak termasuk di kalangan mereka.

dalam media cetak hinggalah media alternative seperti blog dan facebook, pelbagai ulasan telah pun dibuat oleh pelbagai pihak, ada yang membangkang secara terang terangan sambil beremosi, ada yang menyatakan ketidaksetujuan dengan cara bijak dan terhormat , ada juga bersetuju dengan bersyarat, ada yang menilai kedua dua positif dan negatifnya.

yang beremosi terlampau dengan selamba melempar gelaran "penjual agama", semudah melempar segenggam dedak untuk memberi makan ayam. Namun ada ketidaksetujuan yang digubah sebagai muhasabah, seperti tiadanya kepelbagaian pengalaman serta mad'u dalam dakwah, ketidakterlibatan dengan manhaj harakiyah. Ada juga yang lebih selesa mengambil sikap husnu zhonn, berbaik sangka selagi mana tidak terzahir kesalahan yang nyata.

. saya juga terpanggil akhirnya untuk memberikan sedikit ulasan dari sisi pandangan saya yang tersendiri alhamdulillah, saya bersyukur mengecapi nikmat yg besar, iaitu dikurniakan kefahaman oleh Allah untuk menilai sesuatu tidak berdasarkan kumpulan, pertubuhan mahupun jamaah dan aliran, tetapi ilmu itu dinilai dan ditimbang tara dengan firman Allah dan sabda Rasul. Alhamdulillah saya juga diizinkan Allah menimba ilmu dengan pelbagai guru dari pelbagai aliran, sunnah (dikenal sbhgaian org sbg salafi), mazhabi, sufi,haraki. Namun ia tidaklah pula menjadi penghalang untuk saya terkejut dengan berita yang saya sebut di atas. Saya sebutkan-terkejut- dan saya tidak sebut setuju atau membangkang.

saya suka meminjam istilah sahabat saya, ust Masri @lobaitampin, tindakan ustaz ustaz ini merupakan satu ijtihad dakwah. Mungkin ini merupakan istilah terbaik menggambarkan tindakan ini. saranan yang disarankan beliau juga-mengenai tindakan2 yg perlu dan tidak perlu dibuat- saya rasakan serasi dengan pendapat saya sendiri. (boleh rujuk blog beliau http://lobaitampin.blogspot.com).

namun saya tidak pasti adakah semua orang yang mengikuti isu ini mampu menahan geram dan marah, dan bersikap bersangka baik terhadap para ustaz tadi. Di sini saya suka mencontohkan isu ini secara praktikal ke dalam waqi' keadaan tempat saya berdakwah, dan suasana mad'u2 dan masyarakat yang saya hadapi. dalam masyarakat yg banyak terkesan dengan dakwah harakiyah dan hizbiyah, isu ini bukanlah sesuatu yang mudah ditangani terutama ustaz setahun jagung seperti saya. kebanyakan mereka, hanya mampu menerima pendapat2 ustaz aliran sunnah jika ia seiring sejalan dengan jamaah mereka.

dalam keadaan itu, orang yang berkeadaan seperti saya berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan apa yang benar, termasuk membela ustaz ustaz sunnah yang disalah fahami oleh sebahagian orang, juga membawa ustaz ustaz aliran sunnah menyampaikan dakwah mereka di tempat saya bagi memberi kefahaman sebenar. saya terkenang satu masa selepas zuhur, saya terpaksa "bertegas" seketika dengan seorang pimpinan sebuah jemaah di tmpt saya yang menuduh ustaz sunnah tidak berpendirian kerana tidak berjemaah. Bila tidak berjemaah mudah menjadi alat kepada umno Saya hingga mengatakan kepadanya, kita jangan tengok berdasarkan setempat kita. Saya belajar di kota, saya pernah belajar dengan ustaz2 sunnah, dan saya mengetahui pendirian dan gerakan mereka. Tidak semestinya tidak bergerak dalam satu jemaah yang berdaftar bererti tidak menyumbang dan bergerak untuk Islam. Bahkan saya katakana padanya, usaha ustaz2 sunnahlah yg mencambahkan minat generasi muda yang tidak mangambil jurusan agama untuk mendalami agama, kadangkala lebih baik dari yang mengambil jurusan agama sendiri!!

beberapa hari selepas isu ini dilaporkan media, seorang sahabat yang tua sedikit umurnya dari ibu saya bertanyakan saya, " macam mana isu ustaz sunnah masuk UMNO? Aku tunggu awak balik untuk Tanya, malas nak bergantung pada media sahaja…". Kami pun berbual dan berbincang ringkas. Antara ayat dalam perbincangan itu: "ustaz khairul macam mana? Dia masuk juga ke? " soalnya, memaksudkan ust Abu Syuaib Mohd Khairul Anwar yang mengajar matan arbaeen sebulan sekali di tempat saya. Soalan itu tidak berjawab sempurna oleh saya. Mujur di hujungnya ada ayat kelegaan: " aku tak kisahlah…yang penting ilmunya itu yang kita hendak…". Namun hujung lagi ada kerisauan: " tapi orang lain yang tak faham macam kita…."katanya.

kesimpulan yang dapat saya buat, setengah orang masih boleh menerima dengan baik seseorg ustz, walaupun dia tidak menyertai kumpulan mereka. Namun bilamana "ustaz " masuk UMNO, terpalitlah pelbagai tanggapan dan gelaran, juga tuduhan kepada ustaz ustaz tersebut.


A'la kulli haal, marilah sama sama kita berdoa agar isu yang berlaku ini tidak menjadi pematah semangat kita untuk meneruskan usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Doakan juga agar ia tidak memberi kesan buruk terhadap penerimaan masyarakat terhadap dakwah sunnah yang semakin bercambah subur, bukan saja di kampung saya, bahkan di Malaysia seluruhnya. Moga ijtihad dakwah yang dilakukan telah ditimbang tara masalih dan mafasidnya dengan sempurna.

Abu Zubayr,
29/7/10

1 komen:

نذر الأفندي بن عبد الغني berkata...

Takpe. Jom kita do'akan semua ulama' tersebut berjaya dalam dakwah mereka. Manalah tau, dengan kemasukan mereka, tak ada lagi org bukan Islam pro Kerajaan yang kata Ramadhan bulan pesta (tapi kalau kita tengok secara zahirnya, betul apa yang dia kata. Ramai sangat bersuka ria sebab bisnes yang berjalan lancar dan tawaran belian yang "hebat kuasa dua").

Kalau PAS berjaya tubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, harap2nya UMNO tubuhkan "Pergerakan Ulama' UMNO". :D