Ihtifal Taski Sungai Lar

Pada 15 november bersamaan 8 Zulhijjah@ Saudi dan 7 zulhijjah @ Malaysia, saya sekali lagi berpeluang menghadiri majlis Ihtifal@penyampaian hadiah@ convocation bagi pelajar pelajar sesi pagi dan petang Taski Kampung Sungai Lar. Tempat ini merupakan tempat bersejarah bagi saya sendiri, kerana di sinilah saya mula mula mendapat pendidikan Islam, iaitu tahun 1990 bagi sesi pagi, dan 1991-1995 bagi sesi petang.

Majlis ini juga menjadi medan pasukan kompang Surau sungai Jahit, yang terdiri dari pelajar dan pengajar kelas KECAQ, membuat persembahan rasmi kali ke-2. lebih menarik lagi, sebahagian pelajar dan juga tenaga pengajar kecaq merupakan bekas pelajar, dan ada pelajar yang masih belajar di taski ini.


khairil dan rakan rakan sedang menunggu arahan utk memulkan paluan
bergambar kenag kenangan sebelum memulakan khidmad
Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh pengerusi dan pengetua taski, merangkap imam besar masjid kariah kampung kuala gali, al-fadhil tuan guru hj Fathul Ariffin bin Mohd Salleh. Kemudian majlis dimeriahkan dengan paluan kompang.

kompang. Selepas itu, majlis diteruskan dengan :

- Bacaan al-Quran dan tafsirannya , dibaca oleh dua pelajar perempuan sessi petang

- ucapan pembukaan oleh ust fathul ariffin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah taski, yang pada tahun hadapan genap 25 tahun. Beliau juga dalam ucapannya menyebut harapannya agar tempatnya sekarang boleh digantikan orang lain, kerana factor usianya. Juga menyuarakan impian beliau untuk mendirikan maahad tahfiz di atas tapak tanah waqaf di mana taski berada sekarang.

- ucapan wakil ibubapa, oleh tuan imam Mohd Fhuzi b mat deli. Antara lain beliau berharap graduan graduan taski yang sudah berjaya dapat berkumpul kembali membantu menghidupkan dan meneruskan perjalanan institusi pendidikan islam ini.

- hafazan ayat lazim oleh kumpulan pelajar sessi petang

- cerita pendek oleh dua pelajar perempuan sessi pagi

- penyampaian hadiah bagi para pelajar atas kecermelangan akademik mereka

- doa penutup

akhirnya para tetamu sekali lagi diraikan dengan paluan kompang, sebelum dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti pulut dan rendang ayam, bihun goreng, pelbagai jenis kuih muih dan juga "sate buah".


ucapan pembukaan oleh pengerusi taski
pengerusi taski menceritakan sedikit sebanyak sejarah taski
ucapan oleh wakil ibubapa, tuan imam mohd fhuzi
abg ahmad irfan, salah seorg bapa pelajar merakamkan detik2 bersejarah anak anaknya
bacaan al-quran dan tafsiran
bacaan hafazan ayat ayat lazim oleh para pelajar sessi petang
ketua kampung kuala gali, Cikgu Abdullah sani, juga turut sudi meluangkan masa bersama rakyat
DI TEPIAN GELANGGAGNG...ketidaksamaan pendapat dalam sesetengah perkara tidak menghalang dua tokoh kampung ini dari duduk bersama. apa agaknya sedang dibincangkan tu ya :)

0 komen: