Iman, Islam dan perjuangan

Iman, Islam dan perjuangan

Makna Iman kpd Allah, kekhusyukan hati insan berhubung dengan Allah, tak dapatlah nak difahamkan kepada seseorang, melainkan dia itu sendiri menghayati makna berhubung dengan Allah.

Makna agama, sehingga seseorang itu merasa sayang pada agama, sehingga seseorang itu merasai agama melindunginya, sehingga dia berdoa, "Ya Allah, bahagi bahagikan kepada kami ketakutan kepadaMu,yang akan menyebabkan terhalang antara kami dan maksiat kepadaMu..

Bila iman masuk ke dalam hati, bila Islam itu dirasai melindungi diri, banyak pertimbangan akan berbeza. Perkara yg orang tengok elok, mungkin dilihatnya tak elok, walaupun sebelumnya nampak elok baginya sebelum itu. Kerana imannya bertambah.

Makna menghayatai, merasai nikmat Islam, sehinggakan walau sesuatu itu cantik, tetapi haram, dirasakan pengharaman itu adalah sebaik perkara. Walaupun sesuatu itu pahit bagi orang lain, tetapi bila diketahui di situlah iman, di situlah redha Allah, di situlah redha rasulNya, ia mampu ditelan dengan rasa yg manis.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.- al-fussilat:30

Malaikat tidak dapat dilihat olehnya, tetapi berkat istiqamah, berkat redha Allah, perkara yg jika diletakkan di atas bahu orang lain hancur, tetapi mukmin menanggungnya dengan ringan. Perkara yg jika diletak di atas bukit ia lebur, tetapi para anbiya, para pendakwah dan para mujahidin menanggungnya dengan penuh amanah. Inilah iman yang melindungi makna kehidupan. Maka sesiapa yang tidak merasai nikmat ini, dia kehairanan dan tidak faham.Tetapi orang mukmin, dia tahu apa yang sedang dilaluinya

0 komen: