Pagi Rabu itu, saya menyelongkar kotak khazanah saya di setor belakang rumah. Asalnya saya mahu mencari maklumat berkaitan jihad, yang saya ingat perkara itu pernah diterangkan oleh guru kami Dr Sayyed Sikandar Syah al-afghani ketika mengajar madah "fiqh siyasah".
Kotak khazanah ini sebenarnya mengandungi kertas2 dari pelbagai jenis- nota2, muzakirah, lembaran2 fotostat- yang dikumpul semasa menuntut di UIA. Ada juga yang tidak berkaitan dengan pengajian tersesat masuk, contohnya "manuskrip komik" yang juga saya jumpa terselit dalam kotak khazanah ini. yang peliknya dialog komik yang ini dalam bahasa inggeris yang tatabahasanya tentulah berterabur kalau disemak semula oleh pakar bahasa Inggeris.
bawah: inilah manuskrip komik yg saya maksudkan heheh
Alhamdulillah, setelah beberapa ketika membelek belek kertas kertas yang ada, saya menjumpai apa yang saya cari. Dan alhamdulillah, saya juga menemui beberapa maklumat penting yang lain yang saya tidak berniat mencarinya, tetapi ianya diperlukan oleh saya ketika ini.
Nota oh nota
Kadang kadang bila kita menyimpan lembaran lembaran kertas begini, hendaknya sehingga jumlahnya boleh dikira dengan kotak, ada yang mungkin berasa pelik. Kenapalah rajin sangat menyimpan benda benda begini. Tinggalkan sahaja di bilik hostel dahulu, supaya ada orang yang memerlukannya untuk dijual sebagai kertas guna semula boleh mengambilnya.
Saya masih ingat satu budaya. Habis sahaja peperiksaan akhir semester, bila keluar dari dewan saya dapat melihat kertas kertas nota bertaburan ditinggalkan. Pada pendapat saya, sikap begini melambangkan sikap kita terhadap apa yang kita pelajari, dan mungkin juga boleh memberi petanda kepada niat kita terhadap ilmu!!
Kitab kan ada…cukuplah tak usah simpan nota. Bagi saya, tidak semua benda dapat dicari dalam satu kitab sahaja. Walaupun hampir setiap madah ada kitab silibesnya, ataupun sekurang kurangnya muzakirah, ataupun slide2 powerpoint, ada maklumat yang disebut oleh guru guru kita tidak ada dalam bacaan tersebut. Terkadang ada ilham dan ingatan yang terlintas di saat mengajar, disebut terus dan tidak ada dalam bacaan tersedia. Bahkan mengikut pengalaman saya, kadang kadang yang tidak tercatat dalam bacaan itu juga boleh keluar sebagai satu soalan besar dalam peperiksaan!!
Saat ia berguna "semula"
Mungkinkah ada yang menganggap ilmu ilmu yang kita catat di dalam lembaran lembaran kertas itu dirasakan tidak lagi diperlukan selepas peperiksaan. Kalau ada, tanggapan itu silap. Sekurang kurangnya adik adik junior yang sama kuliah mahukan ia sebagai rujukan.
Namun lebih lagi dari itu, kita akan perlukan lembaran lembaran ini di masa hadapan, apabila kita tidak lagi bergelar pelajar..apabila kita disoal sesuatu, atau diminta mengajar sesuatu topic, hati kecil kita berkata: aku dah pernah dengar benda ini..atau aku pernah belajar dah..tapi tak berapa nak ingat..
Bila lembaran lembaran ini ada, ia menjadi penghubung buat kita dengan rujukan rujukan lanjutan..dalam bab sirah : oh ini dr layeth suud pernah sebut dahulu semasa subjek fiqh sirah… dalam bab perkahwinan: yang ini pernah belajar dengan dr sayyid sikandar…bab mu'amalat: dr akram laldin dah sebut benda ini dulu..
Bagi saya contohnya, Sekarang saya sedang mengajar bab nikah di masjid. Jadi koleksi lengkap nota Fiqh Usrah bersama Dr Sayyid Sikandar amat amat berharga buat saya, untuk imbasan secara umum sebelum merujuk dalam rujukan2 lanjutan nanti..
muka depan nota fiqh usrah saya, bab nikah-gambar bawah pula sebahagian kecil notanya
Talaqqi vs Kelas Formal
tidak dinafikan pengajian bertalaqqi, atau menadah kitab, banyak juga kelebihan nya yang tersendiri. Sebahagian orang menganggap kalau tidak bertalaqqi tidak sempurna sesuatu ilmu yang dipelajari. Bahkan ada yang tidak mahu mengajar sesuatu tajuk jika dia tidak pernah bertalaqqi dalam tajuk itu.
saya tidak membahaskan secara terperinci tajuk itu di sini. tapi bagi saya, memang di Malaysia ini peluang untuk bertalaqqi tidak seluas seperti berada di timur tengah. Kadang kadang peluang ada, seperti pengalaman saya di UIA banyak juga kelas kelas pengajian menadah kitab ini, terutamanya pengajian di masjid selepas asar dan maghrib, serta pengajian di kelas2 dan dewan2 selepas isya, tapi mungkin kerana kesibukan ramai juga pelajar UIA sendiri tidak berkesempatan merebut peluang ini.
bagi yang mengambil aliran agama, atau mengambil subjek berkaitan nya, apa salahnya kita menjadikan kelas kelas formal ini sebagai kelas talaqqi kita??sekurang kurangnya separa talaqqi. Kesungguhan kita ,minat, dan usaha tidak memustahilkan kita mendapat ilmu yang tidak kurang banyaknya. Dengan syarat, kita perlu mengubah persepsi persepsi salah kita terhadap kelas formal.
Kesimpulannya, kita kena menghargai ilmu secara keseluruhannya. Ilmu itu sendiri, lembaran lembarannya, guru gurunya, semuanya patut diberi penghargaan oleh kita. Kita juga perlu faham dengan jelas tujuan menuntut ilmu itu sendiri..Yang penting, persepsi dan minda kita terhadap ilmu,pengajaran dan pembelajaran itu sendiri!!
11 mei 2011
Kg sg jahit
0 komen:
Catat Ulasan