Jale Jale gi bekwoh

04 June 2011- Jale Jale gi Bekwoh

Hari ini awal awal pagi bersiap untuk bermusafir ke Kelantan untuk menghadiri walimah sahabat baik saya, Hadlisham bin Muhammad- salah seorang ahli "team" teman sejati di UIAM gombak- di rumah isterinya, di Kota Bharu yang merupakan teman sekerja kakak saya sekolah Darul Hikmah,. Saya Tidak dapat hadir ke rumah beliau di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai, yang diaturkan keesokannya, kerana bertembung dengan tiga undangan walimah di kampung saya.

Perjalanan memakan masa agak lama daripada biasa, kerana hari cuti memang ramai anak Kelantan pulang ke desa. Alhamdulillah selamat sampai ke sana awal petang, Seingat saya kali terakhir ke Kelantan ketika di bangku sekolah menegah. Jadi banyak sekali perubahan wajah yang berlaku pada pandangan saya. sampai di rumah pengantin, kami menjamu selera-gulai daging, ayam goreng, sup daging yang sungguh menyelerakan- dan saya bersembang panjang dengan hadlisham kerana sudah lama tidak berjumpa.

Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Rusdan Keropok Losong di Ketereh untuk membeli keropok pelbagai jenis untuk keluarga dan adik adik di kampung. Lebih kurang jam sebelas lebih, kami selamat sampai di Kg Sungai Jahit.

0 komen: