Kuliah Hadis- 01/1- Malu Sebahagian daripada Iman ep.1
(hadis ke-20 dalam hadis 40 imam an-nawawi)
-kuliah hadis 40, setiap Ahad, slps asar, msjd dong jaya.
Rujukan utama:
- al-wafi fi syarh al-arba'in an-nawawiyyah- Mustafa bugha dan muhyiddin mistau, dar ibn kathir Beirut, cetakan ke 12- 2001 . ms.149-154
- hadis empat puluh- Mustafa Abd Rahman, Maktabah Hj Abdullah bin Muhammad Nuruddin ar-Rawi, cetakan the united press, penang. ms294-300
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Drp Abi Mas'ud, bersabda nabi s.a.w: bahawasanya setengah yang didapati manusia daripada perkataan nabi yang terdahulu, ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.
- riwayat al-Bukhari (di hujung kitab al-anbiya, dan kitab al-adab, bab إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ ), Abu Daud (kitab al-adab, bab fi al-haya), dan Ibn Majah (az-zuhd, bab al-haya).
Perawi Hadis
Nama sebenar Abu Mas'ud ialah Uqbah bin Amru al-Ansari. Dikenali sebagai Abu Mas'ud al-Badri kerana beliau berasal dari Badar. Beliau telah menyertai peperangan bersama rasulullah s.a.w bermula dari perang uhud, dan peperangan2 selepasnya.
Beliau merupakan salah seorang sahabat yang rapat dengan Saidina Ali r.a. ketika Saidina Ali mengetuai tentera ke medan siffin, Abu Mas'ud telah dilantik sebagai pemangku mentadbir Kufah. (Asadul Ghabah, 1/777).
Maksud: Buatlah apa yang kamu suka
Terdapat beberapa pendapat ulama dalam menghuraikan perkara ini.
1. ia merupakan ancaman, bukan suruhan. Ia lebih kepada satu sindiran. Iaitu jika seseorang itu tidak berasa malu, buatlah apa yang disukainya, tetapi ingat, Allah akan membalasnya jika perbuatan tersebut terlarang. Ia sama dengan firman Allah: ¨
اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
40. (Katakanlah kepada orang-orang Yang menyeleweng itu): "Buatlah apa Yang kamu suka, Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)".-fussilat
Ia bukanlah keizinan dari Allah buat hambanya membuat apa sahaja yang disukai, tetapi sebuah sindiran berbentuk ancaman, agar mereka berhati hati dalam setiap perbuatan, yang semuanya tidak akan terlepas dari pemerhatian dan pembalasan Allah.
2. ia merupakan satu perkhabaran. Bolehlah difahami sebagai: seseorang itu apabila dia tidak mempunyai rasa malu, dia akan melakukan apa sahaja yang disukainya. Sebab apa? Kerana benda yang boleh menghalangnya dari perkara terlarang- iaitu malu- sudah tidak ada dalam dirinya.
3. ia merupakan satu perintah atau suruhan. Pendapat ini dipilih oleh al-Imam an-Nawawi. Maksudnya: buatlah apa yang kamu suka selagi mana perkara itu tidak memalukan diri sendiri, dan orang lain. iaitulah perkara perkara ketaatan, dan adab yang baik. Perkara yang tidak memalukan di hati seorang yang normal, sekurang kurangnya ia harus.
Malu dan jenis jenisnya
Malu merupakan sifat yang mendesak pemiliknya meninggalkan perkara yang keji, dan mendorongnya melakukan perkara yang terpuji.
Punca sifat malu ialah Jiwa dan hati yang telah sedar, dan beriman dengan yakin dengan pengawasan Allah, yang menjadikan seseorang itu sentiasa bertaqwa di mana sahaja dia berada.
Begitu juga jika dia hidup dalam persekitaran yang tidak sihat. Dia jadi malu melakukan perkara terpuji. Perkara keji pula tanpa segan silu dibuat, kerana tidak dianggap salah!! Itulah bahayanya malu yang bukan timbul dari taqwa!!
1. malu yang asli/fitrah
Tabiat dan perangai normal sejak kita lahir. Malu untuk buat perkara tidak elok, malu kalau tidak buat perkara yang elok. Menjadikan kita berakhlak mulia.
2. malu yang dipupuk dan diusahakan
Malu yang berjalan seiring dengan iman, ia menaik dan menurun mengikut meter naik turunnya iman.
Juga boleh timbul dari keinsafan, dan merenung kelemahan diri sendiri, atau kesan sesuatu peristiwa.
Merasakan lemahnya diri, agungnya Allah, timbul rasa malu nak melanggar perintah Allah. Malu bisa jadi panduan hidup dan pembetul garisan, tanpanya timbul ketidaksopanan dan kemungkaran.
bersambung ...
0 komen:
Catat Ulasan