Kuliah Fiqh Shafi'ie- Ahkam janaiz –
apa yang perlu dibuat pada orang yang sudah mati
Rujukan utama:
Al-majmu syarh al-muhazzab 5/119-127
Soheh fiqh sunnah – 1/612-614
1. memajamkan mata
jenazah
عن أم سلمة رضي الله
عنها قالت " دخل رسول الله صلي الله عليه وسلم على ابى سلمة وقد شق بصره
فاغمضه ثم قال ان الروح إذا قبض تبعه البصر
Daripada Ummu Salamah r.a, rasulullah
s.a.w telah masuk untuk melihat jenazah Abi Salamah, yang matanya dalam keadaan
terbuka. maka baginda memejamkan matanya (Abu Salamah). Kemudian baginda
bersabda: sesungguhnya ruh itu apabila dicabut ia akan dituruti oleh mata.
(riwayat Muslim).
Menurut para ulama, jika dibiarkan mata
jenazah terus terbuka, ia akan menimbulkan pemandangan yang kurang elok.
Kata Abu zubair: hadis ini juga telah
menepis dakwaan sesetengah orang ke atas orang yang meninggal dalam keadaan
matanya terbuka, seperti tidak ditunaikan hajatnya. Sedangkan menurut hadis
ini, situasi ini berlaku kerana mata akan menuruti ruh ketika dicabut keluar
dari tubuh. Maka ia sesuatu yang normal, bukan sesuatu yang pelik!!
2. Meletakkan pemberat di atas perut jenazah
أن مولي
أنس مات فقال أنس رضي الله عنه " ضعوا علي بطنه حديدة "
Bekas hamba Anas telah mati, lalu Anas
berkata: "letakkan kepingan besi di atas perutnya. " – riwayat al-Baihaqi- sunan al-baihaqi 3/385.
Antara tujuan
amalan sahabat ini ialah untuk mengelakkan perut jenazah dari
mengembung/buncit, lalu menyebabkan pandangan yang tidak elok. Pada pandangan
saya-abu zubair- ia mungkin juga menimbulkan sangkaan sangkaan buruk dari
sebahgian orang apabila melihat jenazah dalam keadaan begitu.
Antara pemberat2
lain selain kepingan besi ialah pedang, cermin, dan gunting. Walaubagaimanapun,
mashaf al-Quran, dan kitab kitab tebal janganlah pula dijadikan pemberat di
dalam hal ini.
3. menutup jenazah dengan kain
روت
عائشة رضى الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم " سجى بثوب حبرة "
رواه البخاري ومسلم
Aisyah r.a telah
meriwayatkan bahawa jenazah rasulullah s.a.w ditutupi dengan kain Habrah.-
riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Menurut ulama,
sebaiknya ditutup tubuh jenazah dengan kain yang ringan dan tidak memberatkan
jenazah. Hujung kain diletakkan di bawah kepala, manakala hujung satu lagi
diletakkan di bawah kedua kaki jenazah supaya kain tidak terselak.
4. terdapat
beberapa perkara lain yang dianjurkan oleh para ulama fekah, yang berkaitan
dengan maslahah jenazah, iaitu:
- mengampu
bahagian dua rahang jenazah dengan kain, dari bawah dagu dan diikat pada
bahagian kepalanya. Ini supaya mulut jenazah tidak terbuka, lalu dapat
mengelakkan pandangan yang tidak elok, juga mengelakkan mulut jenazah daripada
dimasuki benda halus seperti serangga dan sebagainya.
- melembutkan
sendi sendi dan jari jemari. Ini bagi memudahkan proses mandi dan mengkafankan
jenazah.
- menanggalkan pakaian jenazah, kerana
pakaian boleh menyebabkan tubuh jenazah cepat rosak
- meletakkan
jenazah di atas katil, atau papan, supaya ia tidak terkena kelembapan tanah
yang boleh mempercepatkan kerosakan jenazah
5. memperkatakan yang elok elok sahaja tentang
jenazah, dan mendoakan jenazah
دخل رسول الله صلي
الله عليه وسلم علي ابى سلمة وقد شق بصره فأغمضه ثم قال ان الروح إذا قبض تبعه
البصر فضج ناس من أهله فقال لا تدعوا علي أنفسكم الا بخير فان الملائكة يؤمنون علي
ما تقولون
Rasulullah s.a.w masuk melihat jenazah abi
Salamah, yang matanya terbuka, lalu baginda menutupkannya. Kemudian baginda
bersabda: sesungguhnya ruh apabila dicabut akan dituruti oleh mata. Maka
menangislah keluarga nya. Lalu baginda bersabda: janganlah kamu menyeru atas
diri kamu melainkan yang baik baik, sesungguhnya malaikat mengaminkan apa yang
kamu katakana.
ثم قال اللهم اغفر لابي
سلمة وارفع درجته في المهديين واخلفه في عقبه في الغابرين واغفر لنا وله يا رب
العالمين وافسح له في قبره ونور له فيه " رواه مسلم
Kemudian baginda berdoa: Ya Allah ampunkanlah
Abi Salamah, dan tinggikanlah darjatnya di kalangan orang yg mendapat
petunjuk….dan ampunkanlah kami dan dia wahai tuhan sekalian alam, lapangkanlah
kuburnya dan terangkanlah dia di dalamnya - riwayat Muslim.
5. menyegerakan pengurusan jenazah- mandi,
solat, kafan dan kebumi
Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa rasulullah
s.a.w bersabda:
" bersegeralah kamu dengan jenazah. Jika
si mati baik, kamu telah menyegerakan dia kepada kebaikan, dan jika sebaliknya,
kamu telah meletakkan keburukan dari atas bahu kamu". –riwayat al-bukhari
dan muslim.
روى علي رضى الله عنه ان رسول الله صلي الله
عليه وسلم قال " ثلاث لا تؤخر وهن الصلاة والجنازة والايم إذا وجدت كفؤا
"
Saidina Ali r.a meriwayatkan, bahawa
rasulullah s.a.w bersabda: 3 perkara yang tidak boleh dilewatkan: solat,
jenazah dan anak dara apabila telah menemui yang sekufu.- riwayat at-tirmizi di
penghjung kitab jenazah, dan al-baihaqi di dalam kitab nikah, dan beliau
mengisyaratkan kepada kelemahan hadis ini
- menurut syuaib arnout ianya daif – al-musnad
1/105, hasan menurut al-iraqi –al-mughni an hamli al-asfar 1/364, menurut
al-albani- daif- silsilah daifah wal mauduah 12/555.
akan datang- jenazah dan hutang
0 komen:
Catat Ulasan