Thumamah bin Uthal


Thumamah bin Uthal (ثمامة بن أثال)

            Thumamah bin Uthal al-Hanafi merupakan ketua Bani Hanifah, dan salah seorang pembesar Yamamah. Kisah pengIslaman nya yang mahsyur telah diriwayatkan oleh imam imam hadis dan sirah, termasuklah di dalam soheh al-Bukhari dan Muslim.

Menjadi tawanan

            Selepas selesai misi "memberi pengajaran" kepada musuh melalui operasi ketenteraan terhadap Bani quraizah, rasulullah s.a.w meneruskan misi dengan mengutuskan pasukan berkuda yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah yang terdiri daripada 30 tentera berkuda. Skuad ini bergerak ke al-Quratho, dekat dengan Dhariyyah, dalam daerah al-Bakarat, Najd. Mereka telah menyerbu perkampungan Bani Bakar bin Kilab. Bani Bakar melarikan diri, dan tentera Madinah berjaya memperolehi harta rampasan berupa unta dan kambing.

            Mereka pulang ke Madinah pada malam terakhir Muharram tahun ke 6 Hijrah, dan mereka turut membawa bersama meraka Thumamah yang telah ditawan. Menurut sebahagian ulama, Thumamah dalam perjalanan untuk menunaikan umrah ke Mekah ketika ditawan oleh tentera berkuda Madinah. Ada juga yang menyebut, dia keluar dalam keadaan menyamar dan merancang untuk membunuh rasulullah s.a.w atas arahan Musailamah al-kazzab.

Tawanan kafir di dalam masjid
            Tiba di Madinah, Thumamah diikat pada salah satu tiang daripada tiang tiang masjid. Baginda s.a.w keluar menemuinya, lalu bersabda: " apa yang ada padamu wahai Thumamah".
Jawab Thumamah: " padaku kebaikan wahai Muhammad. Jika kau membunuhku, kau telah membunuh darah yang berharga [ kerana ketua kaum adalah tawanan yang bernilai tinggi jika ditukar dengan tebusan], jika kau melepaskanku, kau melepaskan orang yang pandai berterima kasih, jika kau mahukan harta, mintalah, dan kau akan diberi apa yang kau minta". Lalu rasulullah s.a.w meninggalkannya.

Tsumamah memeluk islam
            Perbualan yang sama telah berulang selama tiga hari. Selepas berlaku perbualan yang sama buat kali ke tiga, rasulullah s.a.w bersabda:"bebaskanlah Thumamah..".

setelah dibebaskan, thumamah pergi ke kebun kurma berhampiran masjid lalu dia mandi. Sebahagian riwayat menyebut, ketika dibebaskan thumamah telah bertemu  sekumpulan sahabat r.a dan bertanya kepada mereka: apakah yang dilakukan oleh seseorang yang ingin memeluk agama kamu semua?" . jawab mereka: dia akan mandi.

Setelah itu dia kembali kepada rasulullah s.a.w dan memeluk Islam. Thumamah berkata: " Demi Allah sebelum ini tiada wajah yang paling aku benci di atas muka bumi ini daripada wajahmu, sesungguhnya wajahmu telah menjadi wajah yang paling aku cintai. dan Demi Allah, sebelum ini tiadalah agama yg paling aku benci di dunia melainkan agamamu, sesungguhnya agamu telah menjadi agama yang paling aku cintai. Dan demi Allah tidak ada negeri yang paling aku benci sebelum ini selain negerimu, maka  negerimu telah menjadi  negeri yang paling aku cintai".

Sebahgian riwayat menyebut, setelah memeluk Islam Thumamah ditanya: kenapa kamu tidak memeluk islam dari hari pertama lagi? Jawabnya: aku bimbang kamu semua akan mengatakan aku memeluk Islam kerana takutkan pedang. Apabila aku dibebaskan, datang kepadaku ketenangan.

Ketegasan Tsumamah terhadap dan Ahlul Makkah
Kemudian Thumamah meminta izin daripada baginda untuk pergi menunaikan umrah, dia berkata: " tentera berkudamu telah menawanku ketika aku dalam perjalanan untuk menunaikan umrah, maka apa pendapatmu?".

Rasulullah s.a.w memberikan khabar gembira buat Thumamah, dan menyuruh dia pergi menunaikan umrah.

Ketika sampai di Mekah, seseorang telah berkata kepadanya: " engkau telah murtad!!". Lalu Thumamah menjawab: " tidak, tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad. Dan demi Allah, tidak akan sampai kepada kamu semua sebiji gandum pun dari Yamamah, melainkan dengan izin Rasulullah s.a.w!!".

Pengisytiharan penghentian eksport gandum dari Yamamah ke Mekah amat membimbangkan penduduk Mekah. Masakan tidak, Yamamah merupakan "gudang gandum" mereka!! Lalu atas alasan persaudaraan, mereka menulis surat kepada rasulullah s.a.w agar Menulis surat kepada Thumamah mengizinkan eksport gandum dari Yamamah ke Mekah. Rasulullah s.a.w yang terkenal dengan kemuliaan budi pekerti baginda menunaikan hajat mereka.

Bagaimana Tsumamah menghadapi nabi palsu Yamamah
            Ketika Musailamah al-Kazzab mengishtiharkan dirinya sebagai nabi, Tsumamah masih berada di Yamamah. Beliau dan pengikutnya tidak sekali kali terpengaruh dengan propaganda Musailamah, bahkan mereka tetap atas aqidah yg sahih. Beliau turut menasihati penduduk Yamamah agar tidak terpengaruh dengan dakwaan palsu Musailamah.

            Akhirnya Tsumamah dan pengikutnya meninggalkan Yamamah, dan di pertengahan jalan mereka bertemu dengan al-Ala' al-Hadhrami. Merak kemudiannya menyertai al-Ala dalam misi memerangi golongan murtad di negeri Bahrain.

bersambung...

rujukan utama;
-         syarah an-nawawi ala Soheh muslim 12/87
-         syarah soheh bukhari ibn battal 2/117
-         al-isobah fi tamyiiz as-sahabah – ibn hajar 1/410-411
-         al-istii'aab fi ma'rifat as-sahabah- ibn abd barr  1/64
-         ar-Raheeq al-Makhtuum – cetakan dar ihya at-turath al-arabi, Beirut ms310-311.
-         Syarah bulughul maram – athiyyah Muhammad salim 30/8


0 komen: