Boleh ke menipu??

semasa kecil kecil dahulu, kita diajar tentang bohong dan tipu itu tak baik...berdosa...saya teringat bila org menipu je akan dibalas oleh temannya- " Alif lam lam ha..sapa tipu berdosa masuk api neraka..." dlm pada itu kita selalu juga dengar istilah bohong sunat, tipu sunat...

sebenarnya mcm mana?? bila masa tipu itu dikira haram...dan bila masa pula dia dikira harus??

dalam menerangkan hal berkaitan hukum taklifi tentang [al-kizbu-penipuan,pembohongan] pengarang ensiklopedia fiqh Kuwait, selepas menerangkan tentang hukum asal pembohongan iaitu har menyebut:

Menipu itu kadang kadang boleh jadi harus, atau wajib.
Percakapan merupakan wasilah menyampaikan maksud, setiap maksud yg baik yg boleh disampaikan tanpa pembohongan, maka pembohongan dlm perkara tersebut adalah haram.
Sebaliknya, jika maksud sebenar tak dapat disampaikan melainkan dengan berbohong, harus berbohong dlm perkara tersebut.

Jika penyampaian maksud itu harus, maka penipuan itu pun harus. Jika penyampaian maksud itu wajib, penipuan itu juga jadi wajib.
Cth: memelihara darah org islam itu wajib, maka jika mengatakan kebenaran itu boleh menumpahkan darah seseorang muslim, dan pembohongan mampu memelihara darahnya, maka ia jadi wajib dlm situasi ini. ini dalam keadaan di mana jika tidak berbohong dia akan ditimpa mudarat besar yang tidak tertanggung.

Begitu juga di dalam situasi peperangan, mendamaikan antara dua org bertelagah, memerangkap penjenayah, tidak dapat dilakukan melainkan dengan penipuan, maka harus menipu dlm perkara2 seumpama ini, tinggal lagi hendaklah cuba sedaya upaya mengelakkannya selagi mampu.

Ini kerana mendedahkan diri kepada pembohongan boleh membawa kesan tidak baik kpd diri, bimbang lama kelamaan kita menipu juga di luar batas yg dibenarkan. Kesimpulannya menipu itu haram, kecuali bila benar2 diperlukan, atau darurat.

مَا وَرَدَ عَنْ أُمِّ كُلْثُومٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : " أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول : لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُول خَيْرًا (. أخرجه البخاري  ومسلم) ، وَوَرَدَ عَنْهَا : لَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُول النَّاسُ كَذِبٌ إِلاَّ فِي ثَلاَثٍ : الْحَرْبِ ، وَالإِْصْلاَحِ بَيْنَ النَّاسِ ، وَحَدِيثِ الرَّجُل امْرَأَتَهُ وَحَدِيثِ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا (أخرجه مسلم)

-    diriwayatkan drp ummu kalthum r.a, bhw beliau mendengar rasul s.a.w bersabda: " bukanlah dikira satu pembohongan seseorg yg mendamaikan orang lalu dia menambah nambah tentang kebaikan atau mengatakan sesuatu yg baik.
-    Diriwayatkan drp beliau juga: aku tidak pernah mendengar baginda memberikan keringanan kepada manusia mengatakan sesuatu yg bohong kpd org ramai melainkan dlm 3 perkara: peperangan, mendamaikan antara manusia, dan percakapan suami dengan isterinya dan isteri dengan suaminya.(kata imam nawawi dlm syarah muslim: percakapan suami isteri yg bertujuan utk mengeratkan kemesraan dan kasih sayang 16/158)

-    pengecualian di d lm hadis ini adalah jelas, dan diqiyaskan ke atas perkara2 lain yg serupa atau membawa maksud /tujuan yg serupa.

[ muasuah fiqhiyyah kuwaitiyyah 34/205-206, dipetik oleh pengarang drp ihya ulumuddin karya alghazali dan dalil al-falihin syarh riadhussalihin karya ibn A'llan as-shafi'I ]

Sheikh Muhammad bin soleh al-uthaimin memberikan gambaran:
-    jika seorang muslim mahu bersembunyi drp si zalim yg mahu membunuhnya, atau merampas hartanya,  dan dia menyembunyikan hartanya, lalu ditanya orang tentang dia, wajib berbohong utk menyembunyikannya.
-    Seorg menyimpan harta saudaranya, lalu si zalim datang mahu merampas harta itu, wajib dia berbohong utk menyembunyikannya.

Beliau menamakan perkara ini sebagai – at-tauriyah- iaitu dia memaksudkan drp percakapannya maksud yg benar, bukan bohong, walaupun ia mungkin difahami sbg  bohong pada zahir perkataannya, dan juga di sisi org yg mendengar
(syarah riadus salihin, ibn uthaimin, mauqi' jami' al-hadis an-nabawi, 1/1790)

0 komen: