Khilaf : Membaca Al-Quran di kuburan


















hukum Membaca al-Quran di kubur

1. tidak makruh bahkan disunatkan [mustahabb]- hanafiyyah, shafi'iyyah dan hanabilah. Juga pendapat Imam Muhammad b al-hasan as-sayaibani, al-qadhi Iyadh, dan imam al-qarafi al-maliki. Kata imam ahmad- tidak mengapa.

Dalil:
َما رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَال : مَنْ دَخَل الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خَفَّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ ، وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ

Apa yg diriwayatkan drp Anas r.a. secara marfu': barangsiapa yang memasuki perkuburan kemudian dia membaca surah yasin diringankan[seksaan] bagi mereka[ahli qubur] pada hari tersebut, dan dia [pembaca] akan mendapat ganjaran lebaikan yg sama dengan jumlah mereka. 
-hadis riwayat az-Zubaidi dlm ittihaf al-muttaqiin.
- komentar sheikh Ali Hashish dan al-Albani- hadis maudu [silsilah al-hadis al-wahiyyah 1/246, silsilah ahadis ad-daifah wa al-maudhu'ah 3/397]

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ أَوْصَى إذَا دُفِنَ أَنْ يُقْرَأَ عِنْدَهُ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا .

Drp ibn umar r.a. bahawa beliau mewasiatkan agar dibaca kepala surah al-baqarah dan penutupnya apb beliau dikebumikan .
- riwayat al-baihaqi dgn sanad yg hasan [ majmu'ah al-hadis ala abwab al-fiqh/ Muhammad abd wahab, tahqiq:khalil ibrahim 2/303]
- kata al-albani atsar ini tidak sahih dr ibn umar [ahkam janaiz 1/192]

2. Makruh- mazhab Maliki, imam malik, imam abu hanifah.
Dalil:
- Tiada dalil drp sunnah
- ia tidak pernah dibuat oleh golongan salaf
- ad-Dardiir menyebut: ulama mazhab maliki yg terkemudian berpendapat tidak mengapa dibaca al-quran, zikir, dan menujukan pahalanya utk si mati, dan dia akan mendapat pahala insya Allah.
- Ad-Dusuqi merojehkan pendapat yg mengatakan ia makruh scr mutlak.

Rujukan:
- fiqh sunnah, cetakan ke-2, dar al-fatah, kaherah, 1999, 2/86.
- Mausuah fiqhiyyah kuwaitiyyah [32/ 255 dan 256]

0 komen: