Kembara Taman Connaught

Jumaat 29/06/2012- seperti yg dirancang, jam 2.30 pm bertolak ke bandar raub untuk menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur. saya menerima jemputan daripada seorang teman dari forum bicarathtl, abu Aisyah Syafiq Hasan untuk menyampaikan pengajian hadis 40 di sebuah surau di taman cannought, KL.

keadaan lalulintas yg agak sesak menyebabkan bas yg sepatutnya bertolak jam 3ptg, tertangguh hampir 30 minit. saya tiba di stesen bas pekeliling jam lebih kurang lima petang. kemudian saya menunggu ketibaan Syafiq yg menjemput saya untuk dibawa ke penginapan sebelum pergi ke tempat pengajian.

Mohibul Hasan
dalam kereta savvy milik syafiq, kami bersembang dan berkenalan serba sedikit. sebab sebelum ini hanya berjumpa di forum dan facebook. tempat penginapan saya ialah pejabat sebuah syarikat wirering milik seorang saudara dan sahabat yg berasal dr Bangladesh, namanya Mohibul Hasan. beliau sudah berbelas tahun juga duduk di malaysia dan fasih berbahasa malaysia.

saudara syafiq dan mohibul hasan serta beberapa teman merupakan team dakwah manhaj sunnah. saya kagum dengan kedua dua mereka. antara kegiatan utama dakwah saudara mohibul hasan menyampaikan risalah2 dlm bahasa ibunda beliau kepada warga bangladesh khusunya, yg ada di ibu kota.

saudara syafiq pula adalah graduan uitm arau perlis. beliau bersama mohibul melaksanakan kegiatan dakwah seperti tazkirah dan mengajar al-quran di surau tempat saya bakal menyampaikan pengajian. saudara syafiq juga aktif menghadiri kuliah2 manhaj sunnah di sekital KL dan selangor.

Surau Abu Hanifah

selepas bersiap2, kami bertolak ke surau tempat saya akan menyampaikan pengajian.dua sahabt mohibul juga bersama-sama kami. dalam perjalanan kami banyak bersembang dan berbincang mengenai kegiatan dakwah manhaj sunnah di malaysia.

surau yg diberi nama abu hanifah adalah surau yg dibina hasil sumbangan org ramai. ia diketuai oleh seorg shbt yg mesra dipanggil mamak. surau ini dibina di atas sekeping tanah yg disewa daripada pemilik yg berbangsa cina. jemaah surau di sini melambangkan satu ummah. majoritinya warga antarabangsa pelbagai bangsa- indonesia, afrika, arab. saya kagum dengan semangat saudara2 di sini yg bersungguh2 membina surau utk solat jemaah dan mengaji ilmu agama. teringat saya kampung halaman, di mana masjid terbina di atas tanah yg tak perlu dibayar sewa. kemudahan banyak. sepatutnya lebih bersemangat utk mengimarahkan masjid dan mengabdikan diri kpd Allah dengan nikmat yg dikurniakan oleh Allah Jalla wa Ala.

usai maghrib, saya menyampaikan pengajian hadis 40. saya menghuraikan secara ringkas tentang perjalanan hidup pengarang hadis 40, Imam Nawawi r.h.m. slps itu, diadakan sessi soal jawab ringkas. daripada sesi soal jawab, saya dpt lihat semangat dan kesungguhan jamaah utk menuntut ilmu agama.

usai solat isya, kami minum2 sebentar bersama mamak. kemudian pulang semula ke pejabat mohibul. sebelum naik ke pejabat, kami singgah sebentar utk makan malam. saya dijamu dgn nasi putih, tomyam ayam, kailan ikan masing, telur dadar , sup ekor. ada otak-otak juga.

Umdatul Ahkam
naik ke pejabat, kami berehat sebantar sambil berbual dan berbincang. kemudian saya menunaikan hajat saudara syafiq. saya tolong bacakan kitab umdatul ahkam untuk beliau.saya menggunakan syarah sheikh ibn jibrain, salah seorg ulamak saudi. sambil membaca kitab kami berbincang.mohibul turut menyertai kami.kelas larut malam berakhir lebih kurang pukul 1.30.

keesokannya sebelum saya pulang, kami sempat meneruskan lagi pembacaan kitab tersebut,

setelah membuat persiapan, kami makan tengah hari di kedai mamak sebelum syafiq menghantar saya ke stesen bas pekeliling.

kembara kali ini penuh makna. tautan ukhuwwah islamiyyah satu akidah, bersatu untuk dakwah sunnah. seronok kerana walau baru bertemu, seolah2 sudah kenal lama. hati saya tidak sabar untuk berkelana ke sana sekali lagi pada masa akan datang

abu Zubair,
00.35, 1 julai 2012
kg sg jahit


0 komen: