Tadi gotong royong dekat masjid, sempena Ramadhan yg akan menjelma. walaupun tak berapa ramai yang datang, yg hadir dapat lah melakukakn kerja kerja pembersihan, seperti bersihkan bilik jenazah dan bilik tetamu yg baru dibina, longkang, bersihkan sawang, tak ketinggalan bersihkan kolah masjid yang dah berapa lama agaknya tak dicuci.
teringatkan cadangan salah seorang imam kami untuk menyusun semula al-quran dan mengasingkannya lain-lain buku. naskhah yg terbanyak tentulah Al-Quran. yg kedua- buku Yassin. lepas itu buku-buku yang lain. alhamdulillah sempat asingkan buku-buku dengan al-quran dan buku yassin.
rupa-rupanya banyak buku-buku bermanfaat dekat masjid ni. cuma ia bertaburan. ada yang diletakkan dalam almari, di celah-celah al-Quran. jadi kena kumpulkan setempat . senang siapa-siapa yang buat rujukan nanti.
setelah diasingkan, ada kira-kira sembilan puluh judul semuanya, yg boleh dibahagikan kepada akidah, Quran dan tafsir, hadis, fekah, keluaran jabatan kerajaan, kitab2 lama/kuning, buku2 umum, dakwah dan buku2 doa..banyak rupanya khazanah ilmu di masjid ini. cuma bila tidak diletakkan dengan elok dan disusun, mungkin sukar untuk dimanfaatkan.
0 komen:
Catat Ulasan