Syawal di Ibu Kota

segalanya bermula dengan jemputan jamuan raya "semat Quran" di fb. pada 1 September, sahabat saya syafiq hassan, isterinya ika dan anaknya ecah datang ke Raub untuk berkunjung ke rumah saya. beliau memang sudah rancang untuk ajak saya menghadiri jamuan raya semat quran.pada sebelah malamnya, usai kuliah fiqh syafi'i saya di masjid kariah dong, kami bertolak ke Kuala Lumpur. saya bermalam di rumah keluarga mereka di bandar tun razak.

sebelah paginya, selepas bersarapan di rumah keluarga syafiq, kami bertolak ke semat quran. semat quran ni sekolah pendidikan Al-Quran dan Sunnah yang diasaskan oleh Ust Baharuddin Ayuddin, seorang ilmuan terkenal di ibu kota. pelbagai jenis makanan dihidangkan, dari kuih muih hinggalah nasi Arab dan mee sup. namun dek kekenyangan dijamu ketika bersarapan, saya hanya menjamah dua biji kuih koci.

seronok dapat bertemu dgn ust baharuddin dan berbual-bual dengan beliau. tanpa disangka, bertemu juga dengan beberapa orang saudara mara, seperti abg solah, kak syikin dan famili serta ust johari. paling mengejutkan, bertemu shbt yg selama ni hanya dikenali online, saudara Ikmal johari, buat pertama kalinya.

hidangan pilihan ikmal johari
ikmal johari sedang menikmati juadah pilihan beliau. kelihatan di belakang sana saya sedang berbual dengan al-fadhil ust baharuddin
 dr semat quran, berkunjung pula ke Rumah Abg solah dan Kak Syikin yang terletak tak jauh dari situ. punyalah dekat, kami boleh jalan kaki sahaja ke sana.abg solah adalah dua pupu saya, ayahnya Teh Khalid pula adalah sepupu ayah saya.

selepas itu kembali ke ground floor semat al-quran utk bertemu abg Latef yg sampai kemudian drp kami. lama sungguh saya tidak jumpa abg senior saya di UIA ni..mulanya kami merancang untuk ke rumah beliau juga, di puchong. namun tidak ada rezeki utk ke sana. mudah mudahan di lain waktu insya Allah.

 dari Ampang kami bergerak ke kampung baru, rumah Ikmal Johari.beliau sempat lagi melayan kami walaupun beliau sendiri akan bermusafir ke terengganu atas urusan kerja. kebetulan ketika di rumah ikmal ada cerita lama, gila gila remaja disiarkan di Tv.
saya dan sahabat kanan saya, syafiq hasan. kelihatan istri syafiq, ika sedang menonton GGR
ecah tidur dengan nyenyak dekat rumah ikmal   




cadangnya slps ke rumah Ikmal, nak ke rumah sheikh kami tuan hasan tuan lah. namun x ada rezeki nak ke sana. thtl ada tetamu di rumah, saudara-mara dari Kelantan. jadi kami mengubah plan utk ke rumah sheikh yg lain plak. ust mohd khairil anwar abd latif ,atau K.A yg terletak di taman bukit subang. di sana, jumpa shbt2 seperjuangan yang lain seperti faris dan anhar. begitu juga Hadi yang sudah lama tak ditemui. seronok bertemu dan berkongsi cerita. hidangan di rumah ust K.A x kurang hebatnya, maklumla open house hehehe ada lauk kambing, ayam, udang, dan mee udang..

selepas minta diri, kami ke rumah seorg lagi shbt online yg pertama kali bertemu di alam realiti. encik helper atau saiful bahri sauki, di kampung melayu subang. dpt jumpa anak beliau, abdullah azzam yg selama ini hanya dilihat di fb sahaja. slps solat isya, kami pulang ke bandar tun razak sebab abg latif telefon memaklumkan kehadiran keluarganya yg baru tiba dr temerloh di rumah.
ecah yang seronok beraya di rumah pak cik helper
azzam dan ecah
ecah tengok apa tu?
sekali lagi kami berdua berposing , kali ini utk kamera helper pula heheh 

malam itu sebelum pulang ke rumah keluarga syafiq dan ika, mereka berdua belanja saya makan malam pula di restoran yg saya tak ingat namanya. yg pasti ada lauk ayam penyet yang sedap. mereka juga order belado udang dan petai khas utk saya koh3x..selain itu ada ikan keli goreng, brokoli, tauhu dan tempe.

begitulah kisahnya syawal di ibu kota..

0 komen: