Taski Kg Sg Lar: Setelah Dua Bulan....

hari ni dah 1 Mac. bermaksud sudah dua bulan saya dan shbt2 saya membuka semula taski ini. bermakna ada lagi empat bulan perlu dilalui oleh kami.


Enam Bulan

kenapa enam bulan? kerana terdapat satu pihak yang mahu membantu kami. cuma berdasarkan perbincangan kami dengan mereka, mereka mahu lihat progress kami dalam enam bulan pertama. menurut mereka, enam bulan pertama ini membuktikan kesungguhan kami dalam membangunkan taski ini.

Dua bulan pertama ini pun sudah macam macam perkara berlaku. zahirnya, terdapat beberapa perkara yang meningkat dan  "merundum"

Merundum

Pada permulaannya pendaftaran para pelajar amat menggalakkan. selepas tarikh pendaftaran pun masih ramai yang merayu mahu mendaftar. kesannya, kami menerima hampir lima puluh pelajar berdaftar. ini hakikatnya jauh menjangkau sasaran kami.walaupun pihak yang mahu membantu menyasarkan kami perlu mencapai jumlah 150 orang pelajar!!

namun, bermula Februari lalu, kedatangan mula merundum. sebabnya?
- pembukaan kelas KAFA di sekolah setiap isnin, selasa dan khamis. pelajar yg menyertai KAFA sekolah hanya dtg ke taski pada hari rabu dan jumaat. sebahagiannya langsung berhenti.

saya masih ingat pada hari pertama KAFA dibuka di sekolah, tidak sampai lima belas orang pelajar yang hadir. hari itu, selepas asar, saya tidak mengajar fardhu ain. saya bersoal jawab dengan mereka kenapa mereka masih berada di sini, sedangkan rakan rakan mereka sudah berada di KAFA. kesimpulan jawapan mereka memberikan sedikit harapan, bahawa mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan perjalanan kelas ini, di kala yang lain terpaksa atau rela mengikuti program di sekolah.

- permulaan kelas tambahan pelajar tahun 5 bagi menghadapi upsr pd tahun hadapan.
- latihan sukan dan aktiviti kko-kurikulum di sekolah pada sebelah petang

pengurangan jumlah pelajar menyebabkan akhirnya kami menutup kembali bangunan taski abim untuk hari hari persekolahan biasa. jumlah pelajar yang tidak ramai mana, memadai menggunakan ruang surau sungai lar untuk sessi pembelajaran.




mengingatkan hal ini, saya terkenang kata kata ustaz baharuddin ayuddin. inilah risiko jika kita buka institusi pengajian separuh masa. pelajar punyai komitmen dengan sekolah formal mereka. berbeza dengan pelajar yang sepenuh masa belajar dengan kita.

walau bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana masih ada ibubapa yang memang memberikan prioriti untuk menghantar anak anak mereka ke taski.

Februari juga menyaksikan kami memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk sessi selepas asar. ini bagi memastikan setiap pelajar mampu mempelajari ilmu asas ISlam mengikut kemampuan dan peringkat umur mereka.

Kelas Tahfiz
kelas tahfizlah mungkin menjadi penawar, pengubat dan pembakar semangat. di samping sessi hafazan harian yang dijalankan setiap hari, kami telah membuka kelas pada sabtu dan ahad -8.30- 11 pagi-khas untuk pelajar pelajar tahfiz menghafaz. komitmen dari para pelajar untuk sessi ini Alhamdulillah sungguh memuaskan.

Team Mengajar
cabaran seterusnya ialah team mengajar itu sendiri.

taufiq memang memberikan komitmen yang sangat bagus. bagi saya, beliau menjadi satu kekuatan tidak dijangka yang Allah anugerahkan kepada kami. namun, beliau punyai kembara ilmu yang masih perlu diteruskan selepas keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diumumkan.

Luqman pula sedari mula mendapat bermacam tawaran daripada pelbagai madrasah yang mahukan khidmadnya. walaupun pada mulanya, memang kami menyasarkan Luqman sebagai tonggak utama kerena beliau satu satunya al-hafiz dalam team ini.

saya tidak mahu fikir sangat walaupun hakikatnya saya memang sentiasa teringatkan perkara ini.
yang penting sekarang kami perlu berusaha untuk terus meneruskan apa yang telah kami mulakan.
Moga ada taqwa, biar sedikit, yang akan melakarkan jalan keluar bagi kami dalam menghadapi cabaran ujian yang semakin mengepung ini.

0 komen: