Respons Insan
Terhadap Ujian
Respons insan terhadap ujian
yang melanda diri mereka berbeza-beza daripada seorang individu dengan individu
yang lain. Allah s.w.t. telah merakamkan keadaan insan dalam menghadapi ujian
daripada Allah s.w.t.
1. Ingat Tuhan Ketika Susah
Sahaja
Terdapat sebahagian insan
yang terus ingatkan Tuhan dan memohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh, sebaik
sahaja mereka berada dalam keadaan terdesak ketika ditimpa musibah dan ujian.
Malangnya, sebaik sahaja Allah memakbulkan permintaan mereka, dan menyelamatkan
mereka daripada musibah, mereka berpaling daripada kebaikan dan kebenaran agama
Allah, serta menjauhkan diri dari Allah s.w.t.
ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
"Dan apabila Kami kurniakan nikmat
kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri. Dan apabila dia ditimpa
kesusahan, dia berdoa dengan panjang" (Surah Fussilat (41): 51)
Ketika
ditimpa musibah dan kesusahan, mereka berdoa dalam setiap ketika, tidak kira
dalam keadaan baring, duduk atau berdiri. Namun sebaik sahaja musibah dan
kesusahan berlalu, mereka terus melupakan Allah, kembali lalai daripada
mentaati perintahnya. Mereka berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku
sebelum itu. Seolah-olah musibah dan kesusahan tidak pernah berlaku. Mereka
pula seolah-olah tidak pernah meminta apa-apa daripada Allah!
ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ
ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
"Dan apabila seseorang manusia
ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami, sama ada ia sedang berbaring atau
duduk ataupun berdiri; Maka setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia
kembali dengan cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami,
memohon agar kami hapuskan kesusahan yang menimpanya. Demikianlah diperelokkan
pada pandangan orang yang melampau apa yang mereka lakukan" (Surah Yunus
(10): 12)
Bahkan lebih teruk lagi, ada
insan yang berpaling tadah menjadi syirik dan kufur, setelah Allah s.w.t.
menyelamatkannya daripada musiabah dan kesusahan.
ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ
"…kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian, apabila Ia hapuskan kesusahan itu daripadamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan-Nya dengan Tuhan mereka" (Surah An-Nahl (16): 53-54)
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ
"Dan apabila kamu terkena bahaya di
laut, hilanglah makhluk yang kamu seru selain Allah; maka apabila Allah
selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah; dan manusia itu sentiasa kufur"
(Surah Al-Israa' (17): 67)
2.
Menganggap Kesusahan dan Musibah Sebagai Penghinaan Daripada Tuhan
ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ
"Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak pinak itu, Kami segerakan untuk mereka sebagai pemberian kebaikan? Bahkan mereka tidak menyedari" (Surah Al-Mukminun (23): 56)
ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ
"Maka
kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan
dimewahkan hidupnya, ia berkata: Tuhanku telah memuliakanku!" (Surah
Al-Fajr (89):15)
Apabila diuji dengan
kesusahan, musibah dan kepayahan pula, mereka menganggapnya sebagai satu
penghinaan..
ﮪ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ
" Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, maka dia berkata: "Tuhanku telah menghinakan daku!" Tidak! Sebenarnya bukan begitu! " (Surah Al-Fajr (89):16)
Allah s.w.t. menafikan
kefahaman sebegini. Hakikatnya kesenangan yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. ke atas insan bukanlah penentu kemuliaan mereka di
sisi-Nya. Begitu juga kesusahan dan kepayahan yang menimpa, ia bukan petanda
kedudukan insan hina di sisi Tuhan. Allah s.w.t. memberikan harta dan
kesenangan kepada sesiapa yang Dia mahu, tidak mengira sama ada orang tersebut
disukai-Nya atau tidak. Dia juga menurunkan kesempitan dan kepayahan kepada
sesiapa yang Dia mahukan, tanpa mengira insan tersebut disukai-Nya atau tidak.
Sebaliknya, kedua-dua
keadaan ini- kesenangan dan kesusahan- merupakan ujian daripada Allah s.w.t.
untuk menentukan kedudukan para hamba-Nya. Prestasi insan dalam menghadapi
ujian, itulah penentu kemuliaan dan kehinaan di sisi Allah Azza Wa Jalla. Ketaatan
yang diberikan dalam kedua-dua keadaan, itulah yang menjadi timbangan kemuliaan
di sisi Tuhan. Jika diberi kesenangan dan kemuliaan, dia mensyukurinya tanpa
rasa bongkak. Andai ditimpa kepayahan, dia menerimanya dengan reda dan bersabar.
Firaun dan Qarun hidup
dalam kemewahan dan kemuliaan dunia sebagai raja, namun janji yang mereka dapat
hanyalah azab. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. menempuhi kesusahan dan
kepayahan yang tidak sedikit, namun Allah s.w.t. menjanjikan syurga buat
mereka.
3. Putus Asa dengan Rahmat Allah
ﭿ
ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan.
Dan sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia menjadi seorang yang sangat berputus
asa dan putus harapan.
(Surah Fussilat (41) : 49)
Dalam ayat yang lain, Allah Azza Wa Jalla
berfirman:
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya; dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
(Surah Ar-Ruum (30): 36)
Kemudian,
apabila Allah memberikan kembali peluang kepadanya untuk mengecapi rahmat dan
nikmat-Nya, dia mendakwa bahawa dia memang berhak mendapat nikmat tersebut. Dia
juga meyakini bahawa dia akan memperolehi kebaikan jika dia dikembalikan kepada
Tuhannya.
ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ
Dan sesungguhnya! Jika Kami merasakan kepadanya rahmat daripada Kami selepas dia ditimpa kesusahan, dia berkata: Inilah hakku, dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku tentu aku akan beroleh kebaikan di sisi-Nya!
(Surah Fussilat (41) : 50)
0 komen:
Catat Ulasan