Ake selepas GRED :)

Dah dekat empat bulan aku gred. Member member dah ramai yang masuk alam kerja. Budak budak DPLI pun dah masuk sem ke dua. Aku plak masih duduk di kampung ni hehe. Kalau orang Tanya kenapa tak cari kerja tetap, aku plan nak ambik master. Cumanya kebetulan aku abih ari tu sem dua,jadi sem 3 x ada master jadi kena tunggu sem 1 la.tu yang jadi masih duduk di kampung lagi.

Aku ingat lagi, masa nak dekat sangat gred dulu aku ada cerita dekat member member rapat pasal plan aku sementara tunggu nak amik master. Aku ada cakap aku nak ngaja sementara(guru ganti), kerja dakwah, dan nak try bisnes based on penternakan. Dan alhamdulillah, berkat doa orang yang mendoakan, tercapai hasrat ketiga tiganya.


Dakwah-berkuliah di masjid

Seingat aku plan pertama yang aku mula mula buat lepas gred ialah alhamdulillah dakwah. Bila dah gred barulah aku berani buka kitab betul betul di masjid. Sebelum ni ada juga beri pengisian di masjid,tapi sebab persepsi setengah orang yang kalau belajar lagi tak boleh ngaja lebih lebih, aku pun merespekkan diri pada persepsi ini. jadi sebelum ni bahan mengajarnya nota nota aku sendiri, yang aku sempat aku kutip dan tulis, seperti nota nota fiqh sirah yang diberi dr layeth suud jaseem, dan nota nota dari kuliah kuliah yang sempat aku pergi di UIA. Lepas tu naik sikit, baca buku,sekadar buku buku nipis, antara yang pernah aku bawa tafsir surah luqman hj hadi awang dan 40 hadith akhir zaman.

Jadi lepas grade ni barulah aku buka kitab arab, berpegang pada pesanan dr Abd Bari, kalau nak mengajar,sbgai pelajar irk, janganlah bergantung pada kitab terjemahan. Buka kitab arab, supaya tidaklah kita lupa dan mengabaikan bahasa arab.bagi memberi semangat pada org2 kampung untuk belajar, aku ambil kitab kitab yang pernah aku belajar sebagai silibes subjek core di UIA dulu.supaya meresa terasa dapat belajar kitab orang U.

mula mula aku buka kitab fiqh manhaji, karya Dr. Mustafa Bugha, Dr. Mustafa khin dan Ali syarbaiji. Kitab ni jilid satunya pernah habis menadah dengan Dr. Sabri (Fiqh Ibadat), jilid 2 balaja ngan Dr Sayed Sikandar (Fiqh Usrah). Kebetulan pula sahabat sahabat pemuda di kampung ni masa tu baru buka kuliah tiap tiap hari di masjid lama. Maka aku diberi dua malam. Malam 1 aku bukak kitab “al-Iman” tulisan Dr Naim Yasin, kitab yang jadi rujukan utama subjek akidah, belajar dari Dr.Majdan Alias, dibantu dengan kitab aqidah ahli sunnah wal jamaah tulisan bekas mufti sabah, dan kitab tulisan ustz ali tuah masa kat matriks. Kuliyah ni tiap tiap minggu. Malam 2 plak dua minggu sekali. Yang ni aku ajar fiqh siasah, guna bahan bahan rujukan Dr. Sayyid Sikandar Shah masa subjek Fiqh siyar.

Aku sebenarnya memang berniat nak minta tauliah pada majlis agama Islam negeri. Bukan kerana elaunnnya, tapi bila kita diperakui dengan tauliah,urusan dakwah jadi lancar, kurang bermasalah. Namun ada juga org kampung kata tak payah minta tauliah, ilmu yang aku belajar tu itulah tauliahnya.

Kemudian dalam pada aku tertangguh tangguh nak tulis surat minta tauliah, satu hari tu ketua kampung aku, merangkap pengerusi masjid, minta aku penuhi semua malam malam kosong di masjid kariah kampung. Aku terimalah, Cuma yang bertembung dengan kelas di masjid lama tak boleh la. Dia pun setuju, dan umum masa solat jumaat. Maka bertambahlah amanah lagi. Aku banyak ngaja Fiqh. Sebab diorang minta blaja fiqh. Antara yang diorang minta belajar solat sunat,doa lepas solat.

Lalu Fiqh manhaji jilid itu aku pecah pecahkan la ikut tajuk. Hakikatnya aku ngaja satu kitab tu je untuk fiqh heheh. Aku ngaja solat solat sunat satu malam(skrg dah habis, sambung dengan pengurusan jenazah pulak), fiqh ibadah start bab air satu malam. Yang doa lepas solat tu sekali je aku ngaja, aku bacakan doa doa dan zikir mathur dr nabi, lepas tu aku terangkan sunnahnya berzikir lepas solat tu macam mana. Bila boleh kuat, bila kena pelahan.alhamdulillah ada kesan sikit sikit.

Di samping fiqh manhaji ni, aku jugak guna beberapa kitab lain sebagai bahan tambahan.mcm kitab al-bayan, karya imam al-Imrani.kitab ni macam al-majmuk karangan imam an-nawawi, syarah kpd al-muhazzab.dia banyak sentuh masalah furu dalam fiqh,yang bestnya dia walaupun kitab syafiiyyah dalamnya ada pndpt2 mazhab lain beserta dalil. Aku juga guna tamamul minnah(al-bani), fiqh Sunnah sayyid sabiq,dan beberapa kitab khusus ikut bab,mcm sifat solat nabi(albani), sifat solat rasul (aku lupa nama pengarang dia, sbb download kt internet) dan ahkam janaiz (albani).

Oleh sebab aku peminat dan pengumpul kitab sirah, jadi tak sahla kalau tak buka kitab sirah pulak kan. Aku jadikan raheeq al-makhtum sebagai kitab utama. Sebabnya aku pernah menadah kitab ni dengan sheikh aiman yusuf ad-daqqaq di uia dulu. Keduanya sebab ada terjemahan YADIM buat, jadi senang buat perbandingan kot kot aku salah terjemah pulak, sebab bagi aku raheeq ni dia punya language arab power sikit, takboleh nak direct translate macam kitab2 lain yang aku bukak. Kitab kitab rujukan sampingan lak fiqh sirah Muhammad al-ghazali tahqiq al-bani, sirah nabawiyah sohehah albani dan sirah nabawiyah sohehah dr. Akram dia’ umari.

Jadi kelas kelas ni alhamdulillah berjalan lancar. Dan bila Allah nak bagi rezeki, rezeki akan tetap datang

Bridged ceramah

Lepas PRU tempoh hari, ketua kampung rekemenkan aku kat pjbt agama utk diberi tauliah(alhamdulillah, akhirnya x perlu bersurat surat, ada org tolong rekemen) sebagai ahli bridged ceramah. Bridged ceramah ini adalah satu program disusun oleh Jbtn agama islam pahang untuk memakmurkan masjid masjid. Setiap masjid diperuntukkan rm2000 untuk melaksanakan program ini, dan setiap masjid kena cari dua penceramah untuk program ini. diorang punya program ni sekarang nampak kesannya,sebab ada setengah masjid yang sebelum ni diam je sekarang dah diimarahkan dengan majlis ilmu.Alhamdulillah, semakin bersemangat untuk meneruskan kerja warisan nabi ni. Jadi sekarang alhamdulillah, syukur, masa sebelah malam aku dah dipenuhi kerja berfaedah. Aku doa dan harap dapat istiqomah dalam kerja kerja dakwah ini.Amiin..


Manhaj ilmiah dan praktikal dakwah di kampung aku

Sebelum beralih ke cerita lain,nak sebut sedikit pasal pengajaran dari plan pertama tadi. Aku bersyukur dapat masuk UIA, sebab di UIA aku kenal manhaj ilmiah, dan manhaj ahlu sunnah. Terima kasih banyak2 sgt terutama kpd ustaz Arif Nazri yang banyak mencurahkan ilmunya, juga abg Yusof arbain,abg Latip,abg MKA tak lupa juga abg Ermy (emran). Dengan manhaj, aku berkuliah menyampaikan ilmu kerana Allah, bukan mewakili mana mana pihak.tidak timbul hendak menghentam sesiapa. Yang haq itu haq, yang salah tetap salah.

Namun dugaan dan ujian ialah untuk menerapkan manhaj dalam pengajian dan kehidupan orang kampung. Aku masih ingat pesanan Dr Abu Lais masa kami menadah Fiqh sunnah, dlm dakwah katanya, jangan terburu buru. Masuk dulu ke dalam masyarakat, dlm masa yang sama jaga prinsip, bila masyarakat dah mula menerima,menghargai dan mempercayai kita, ketika itu terangkanlah dengan tegas tapi berhikmah.

Dalam bab aqidah, alhamdulillah org kat sini mereka memang terdedah dengan aqidah manhaj salaf.kuliah yang mereka ikut sebelum inipun memang akidah salaf.

Dugaan mungkin berlaku dalam fiqh yang melibatkan masalah harian. Isu isu seperti tahlil,talqin dan kenduri arwah cukup mencabar jika anda telah menjadi seorang ustaz dlm masyarakat kampung.anda bukan sekadar kena hadir, tapi kena jadi tekong!!

Bagi aku, aku gunakan jalan Fiqh muqaranah untuk menerapkan manhaj dalam kuliah kuliah fiqh. Oleh kerana jemaah yg mendengar ada basic fiqh yg kuat jugak, mereka byk kali blajar fiqh, dan pernah berdepan dengan khilaf qaul qadim qaul jaded, jadi jalan ini sesuai buat mereka. Peringkat permulaannya, aku menyebut: “saya sebut pendapat pendapat mazhab lain supaya kita terbuka, tidak terjadi lagi bila orang lain buat lain dari kita, kita tuduh mereka sesat,salah,khurafat dsbgnya. Supaya kita tahu, ada imam mazhab lain punyai pendapat yang berbeza dengan mazhab kita.”. seterusnya perlahan lahan aku kenalkan mereka dengan dalil dalil hukum. Contohnya berkata begini, Kalau sunnah, kena ada sandaran hadis soheh/hadis kuat. Kalau hadis daif yang tidak teruk, ambil sebagai fadail,jika ada usulnya dalam islam,tapi x leh I’tikad ianya sunnah yg thabit. Kalau tak ada, ia mungkin sekadar ijtihad ulama. Dan sebaik baik petunjuk itu adalah petunjuk nabi s.a.w. akhirnya, barulah dedahkan pada pendapat yang rajih, dan kenapa ia menjadi pendapat paling kuat. Dalam hal begini kena banyak berfikir bahasa yang mudah tapi dapat sampaikan maksud. Kdg2, bak kata akhi luqman, kena bermain dengan psikologi sikit.

Sekarang aku tengah praktikkan cara ni dalam kuliah kuliah aku, terutamanya kuliah solat dan pengurusan jenazah. Mula mula aku bacakan fiqh manhaji, kemudian aku masuk al-bayan, last sekali baru aku masuk sifat solat nabi/ahkam janaiz-albani. Ia agak ambik masa. Misalnya kuliah solat, satu malam cerita satu rukun je.Doa doakanlah usaha aku ni berjaya.

Satu lagi pengajaran, bila mengajar kena berdepan dengan macam macam jenis orang.
Ada yang otaknya memang nak logic sahaja. Ada yang pemikirannya terlampau jauh melangkau orang lain. Yang bertanya soalan pula, ada yang bertanya soalan yang tak berkaitan dengan pengajian. Ada juga yang menyoal untuk mengetahui kita biru atau hijau.Yang ini kita kena sabar dan bijak dalam mengawal suasana dan keadaan, juga dalam memberi jawapan kepada persoalan.




Siapa kata cara ilmiyah membosankan??

Pernah kedengaran suara suara sumbang yang menyebut, cara ilmiyah ni hanya sesuai dengan golongan professional dan pelajar IPT sahaja. Kalau bawa ke kampung, tak menjadi, tak dapat sambutan. Orang kampung perlukan sesuatu yang menarik,lawak,cerita cerita untuk mencelikkan mata mereka sepanjang kuliah.

Sebenarnya bagi aku, tumpuan orang kampung untuk mendengar bukan pada topic.tapi cara kita menyampaikan. Perbualan dengan ramai orang kampung mendapatkan satu kesimpulan, mereka memerhatikan cara si ustaz mengajar.

Manhaj ilmiyah bukan bererti kita hanya membaca direct tanpa,serius dan tegas memanjang. Berkuliahlah dalam apa perasaan dan cara sekalipun, yang penting, apa yang kita sampaikan itu ada sandaran yang betul, bukan rekaan,bukan dongengan,bukan lawak yang merepek repek.

Sirah nabi s.a.w dan para sahabatnya sudah cukup untuk memberikan kita “modal” cerita untuk berkuliah. Cukup untuk membuatkan pendengar tidak jemu atau tersengguk.tak perlu kita tabor kisah kisah dongeng israeliyat dan kisah kisah yang tidak tentu kesahihannya. Yang pentingnya, cara kita mengolah sesuatu bahan soheh itu dan mengaitkannya dengan suasana harian pendengar.

manhaj ilmiah adalah paling cantik untuk berkuliah. Contohnya dalam suasana hangat PRU baru baru ,aku guna manhaj ilmiah terangkan kepada mereka bagaimana cara yang Islam ajar untuk pilih pemimpin.Tanpa perlu menyebut apa apa organisasi, tanpa perlu mendedahkan aib individu itu dan ini, gunakan senjata ampuh-hujah al-Quran dan as-sunnah dengan syarah daripada ulama mu’tabar, kaitkan dengan kehidupan harian. Semuanya, baik hijau,baik biru,baik biru muda baik merah, nak tak nak kena terima semua itu sebagai salah satu ajaran ISLAM.Formulanya mudah, baik pada pandangan Islam, itulah yang terbaik buat kita.

________________________________________________________________

0 komen: