p/s:
aku sambung lagi sket cerita yang lepas hehehe
ramai gak member member yang dah tau rahsia aku ni..entah sape la yang menjadi internet bergerak menyebarkannya...alang alang dah tau..aku cerita terus la yer..layannn...
Plan ke dua yang aku buat, ialah cita cita (atau sekadar angan angan heheheh) untuk bauat bisnes sket2 berasas pemeliharaan haiwan. Aku sejak kecik lagi minat dengan alam haiwan. Cita cita pertama aku nak jadi doctor haiwan!!hehe
Tanyalah kawan kawan kampus aku, siapa yang pecah rekod bela arnab dalam bilik kolej.tak pernah dibuat orang. Bila jumlah arnab aku dah mencapai sembilan ekor, pak suruh aku bawak semua balik ke kampung,biar org kat rumah jaga heheh. Lepas arnab aku tak berenti bela binatang, bela hamster pulak. Nyaris nyaris aku kena saman dengan pihak U masa bela hamster sebab kantoi spotcheck. Bukan sikit sikit bela, nak dekat da puluh ekor ada la...
Mula mula bela, lepas tu bila dah banyak sangat timbul rasa nak buat bisnes. Tapi x de la sampai bukak kedai. Bisnes based on internet la. Itu pun bersyarat. Orang orang yang layak bela je boleh beli. Bukan setakat hangat hangat taik ayam kata orang. Bela dalam seminggu dua, pas tu boring. Binatang pun makhluk Allah, kena jaga kebajikan dia kan…bisnes pulak bukanlah tujuan untung..buat pusing modal beli perkakas dan makanan binatang tu jugak..
Yela masa duduk KL boleh jalan la kerja macam ni.. orang pelbagai bangsa dan citarasa..bila dah gred, balik kampung semula, kerja ni dah kurang sesuai. Org KL bile bela binatang sanggup keluar bajet untuk kebajikan binatang.org kampung kurang sikit tang tu. Jadi kalau di KL, hamster tu letak rm 10-rm15 berebut lagi orang nak beli.kat kampung aku, hamster tak lebih darjatnya dari seekor tikus rumah,silap2 kena marah ngan org kg sebab jual tikus!! Nak tolak ke petshop??tak berbaloi..rm5 seekor,masa depan hamster pun malap..
Arnab pula (baka untuk bela,bukan makan)rm50 sepasang org KL berebut nak beli. Kat kampung pun ok, ramai yang minat, sampai daripada banyak banyak arnab aku bela,sekarang tinggal dua pasang je.Cuma nak bela banyak banyak perlu perancangan rapi,kawasan luas, ada kewangan yang baik, sebab arnab ni makan pun banyak berak pun banyak.hehehe walau bgaimanapun potensi arnab masih ada, sebab itu ia jadi target kedua dalam plan dua ni.
Ayam Kampung
Kenal tak ayam kampung?? Bagi yang asalnya orang kampung, tapi nak buat lupa lupa diri tak kenal ayam kampung, memang nak kena sengkeh hehehe... masa aku pergi international bookfair tahun lepas punya, aku terjumpa buku panduan menternak ayam kampung pedaging..masa tu aku geli hati pun ada..sebab aku tak tahu yang ayam kampung rupanya hangat di pasaran!!
Ayam kampung asalnya dari ayam hutan tu lah, yang kemudian berkacukan pula dengan ayam ayam dari luar yang dibawa ke Malaysia ni sejak zaman nenek moyang kita dulu, seperti ayam siam dan ayam cina. Kacuk punya kacuk, jadilah ayam kampung. Bezanya dengan ayam daging yang selalu kita tengok kat pasar,sama ada kampung atau Bandar, dia saiznya lebih kecil dan warnanya macam macam(ayam daging selalunya bulu putih je). Kelebihannya ayam kampung dagingnya lebih berkhasiat,kurang lemak, kerana ayam kampung bukan hanya makan dedak sahaja, tapi dia makan macam macam termasuk rumput,herba,serangga dan cacing.selain tu ayam kampung ni dia aktif, tak terkurung, jadi daging dia lebih pejal,x lembik dengan lemak je. Cuma kelemahannya ayam kampung yang original ni, nak mencapai berat 1kg lebih ke atas makan masa 6 bulan. Sedangkan ayam daging dalam masa sebulan dah sedia dipasarkan sebab berat dah lebih 1 kg. tapi sekarang ini dah tak jadi masalah, kerana pihak berkenaan telah berjaya menghasilkan baka ayam kampung kacukan yang masih mengekalkan cirri ayam kampung original, yang mampu membesar lebih cepat.
Kalau korang ingat tak lama dulu desas desus timbul yang ayam daging disuntik dan diberi makan makanan yang dicampur enzim yang asalnya dari babi, untuk mempercepatkan tumbesarannya. Masa tu juga timbullah ayam organik sebagai alternatif, yang diberi makan bahan bahan organic,tanpa kimia. Bagi aku sebenarnya ayam organic dan ayam kampung biasa hampir x ada beza, Cuma makanannya yang dicipta khas oleh seorang doktor. Ayam kampung memang makan makanan yang organic belaka, sebab tuan dia mana mampu nak beli makanan berkimia dan berenzim. Sapa yang duduk kat kampung taulah kan, ayam kampung ni diberi makan jagung dan gandum..lepas tu dia makan hampas kelapa, serangga dan tumbuhan. Semua tu organic la kan.
Minat aku ternak ayam kampung bukan kerana ayam organik, tetapi kerana nilai istimewa ayam kampung itu sendiri. Kalau korang nak tahu, kalau isu enzim dan makanan ayam bercampur enzim itu tak timbul pun, ayam kampung tetap punyai nilai pasaran yang tinggi dan punyai peminat yang tersendiri.
Ayam kampung dan orang Cina
Dekat kampung aku, hari hari tertentu pagi pagi buta lagi akan kedengaran hon motor memasuki jalan jalan kampung. Inilah motor peraih ayam kampung, yang majoritinya bangsa cina. Mereka membeli secara borong ayam ayam kampung dari penduduk kampung dan sekitar.
Kenapa bangsa cina?? Orang cina kita tahu mereka amat mahir dalam perubatan, termasuklah yang berasaskan makanan. Ayam kampung ni punyai khasiat tersendiri yang bernilai. Dan dekat tempat aku, majority yang mencari dan membeli ayam kampung memang dari kalangan orang cina.kat tempat aku orang cina lebih banyak makan ayam kampung daripada orang melayu.orang melayu lebih banyak makan ayam daging dari org cina.
Menurut penduduk kampung yang selalu jual ayam kampung, harga ayam kampung melambung bila tahun baru cina menjelang. Jika hari biasa,harga ayam jantan antara rm8-10, betina pula rm11-14 sekilogram (bukan seekor-seekor ayam kampung yang boleh dijual berat sekilo lebih). Bila hari raya cina, boleh menjangkau rm14-rm16 sekilogram.
Dekat sini dah nampak nilai dia. Aku selalu pergi pasar, seekor ayam yang siap proses, beratnya 2kg hingga 3 kg harga puratanya rm13-15. tapi ayam kampung kalau dua kilo, belum proses,dah boleh jual at least rm20 seekor tu!!
bersambung....
lain kali aku tulis lagi ya...insya Allah dengan segera hehe :) assalamualaikum!!
0 komen:
Catat Ulasan