“ dan apabila engkau melihat orang orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek ejek ayat2 Kami, tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan hal yang lain.jika engkau dilupakan oleh syaitan lalu engkau duduk bersama mereka,janganlah engkau terus duduk bersama kaum yang zalim itu sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)”- surah al-an’am:68.
“sesungguhnya ALLAH tlh pun menurunkan kpd kamu (perintahNYA) di dalam kitab al-Quran, iaitu apb kamu mendengar ayat ayat ALLAH diingkari dan diejek,janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memperkatakan perkara yang lain. Ini kerana (jika kamu melakukan perkara itu) tentulah kamu sama seperti mereka- surah an-nisa: 140.
Mungkin ada di antara kita pernah ditanya soalan ini:
BOLEHKAH KITA MENGHADIRI MAJLIS YANG DI DALAMNYA ADA AKTIVITI YANG MUNGKAR@MAKSIAT?
Ayat ayat di atas sebenarnya boleh menjawab persoalan tersebut. Daripada zahir ayat, kita dapat menangkap maksudnya, Allah ta’ala larang kita dari menyertai insan insan yang bercakap atau berpelakuan mencaci dan mengejek ayat ayat Allah.bahkan kita disuruh menjauhkan diri daripada mereka ni sehinggalah mereka berhenti membuat kerja terlarang ini.
Jika kita terus duduk juga dengan mereka, maka samalah juga kita dengan mereka.
Mungkin ada yang akan mencelah, orang yg Allah suruh kita jauhkan diri dari mereka ni ialah orang yang ingkar dan ejek ayat ayat Allah, tak lain tak bukan orang kafir dan munafik la..betul ke begitu??
Ejekan dan pengingkaran terhadap ayat ayat Allah itu tidak terhad dengan menolak sekian sekian ayat dalam Quran,atau mengejek,mempersenda sekian sekian hadis,tapi ia boleh berlaku dengan pelbagai cara, yang mungkin kita sedar, mungkin tidak,yang mungkin dilakukan oleh hamba yang tidak munafiq,tidak kafir,tetapi mungkin fasiq. Kadang kadang benda ni berlaku dalam bentuk ucapan, boleh juga berlaku dalam bentuk perbuatan.
Mempersendakan nasihat alim ulama, dengan sindiran dan sebagainya-bukankah itu satu pengingkaran terhadap perintah Allah??
Melakukan larangan larangan Allah Ta’ala, bukankah itu juga satu pengingkaran??ingkar la tu kan..Tuhan kata jangan, dia buat juga!!bukankah itu ingkar namanya?
Sebab itulah, ulama ulama dalam menyimpulkan hukum dalam ayat ini, mereka cakap:
BERADA DALAM MAJLIS YANG ADA MAKSIAT TERMASUK KEMUNGKARAN!!!
Ibnu al-Arabi dalam menerangkan maksud ayat pertama, menyebutkan:
“ ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli munkar.(maksiat)”-al-ahkam al-Quran,BEIRUT,dar al kutub al-ilmiyah,[1998],jilid2,m/s 260.
Dalam Ayat ini juga Allah menyuruh kita menjauhkan diri daripada ahli ahli munkar@maksiat, dan majlis majlis mereka yang ada kemungkaran!! Jika kita degil juga, mengatakan, tak apa, aku join majlis saja, tak join maksiatnya, maka kita akhirnya jadi serupa dengan diorang la..kerana walaupun tak buat kita redha dengan maksiat tu dengan cara kita duduk dalam majlis itu.
Benda ni bukan aku reka reka, tapi disebut oleh al-imam al-Qurtubi di dalam mentafsirkan ayat surah an-nisa:140”
“ ayat ini menjadi dalil WAJIB menjauhi pelaku maksiat apbl jelas kemungkaran yang dilakukan. Ini kerana, sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti dia rehdha dengan perbuatan mereka itu...” (al-jami li ahkam al-quran,Beirut,Dar al-fikr,jil5,ms418)
Macam mana pulak kalau kita terpegi majlis tu..maknanya kita tak tau la..kita ingat majlis tu ada makan makan je..tetiba ada plak menyanyi lagu2 lagha..siap karaoke lagi tu..dalam keadaan mcm ni, cepat cepat la blah dari majlis itu..sepertimana disebut dalam ayat tadi: jika engkau dilupakan oleh syaitan lalu engkau duduk bersama mereka janganlah engkau terus duduk bersama kaum yang zalim itu sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
Sekali lagi, mungkin ada sedara sedara kita mencelah: kitorang pergi ke situ untuk berdakwah.Ya, jika anda mampu untuk menasihati, ia bukan larangan bagi anda. Tapi jika tidak mampu menasihat, janganlah pergi, sebab kalau x tegur akan dapat dosa yg sama plak.
Dalam hal ni, al-Imam al-Qurtubi terangkan kat kita macam ni:
“ Firman Allah: kalau begitu kamu sama seperti mereka..iaitu sesiapa yang duduk di dalam majlis maksiat dan tidak menegur mereka,akan menanggung dosa yg sama dgn mereka. Dia hendaklah menegur sekiranya mereka bercakap tentang maksiat dan melakukannya. Sekiranya dia tidak mampu menegur,dia perlu meninggalkan mereka agar tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini..”
(al-jami li ahkam al-quran,Beirut,Dar al-fikr,jil5,ms418)
Skrg kita dah tau hukumnya kan...lepas ni jika kita dah tau dalam majlis tu dah ada perkara tak elok,terlarang, mcm hiburan lagha,ihtilat yang tak masyru’,bid’ah, org menghentam dan memburukkan Islam,dan seumpamanya, janganlah kita pergi, kalau x mampu nak tegur mereka. Kalau dah terpergi, cepat cepatlah balik ke pangkal jalan jika x mampu menegur..
Mungkin susah kan??memang susah nak duduk atas line yang benar di akhir akhir zaman ni kan...ibarat memegang bara api yang saaangat panas..Rasulullah pun dah sebut kan..
“Akan dtg kpd umatku satu zaman di mana org yang berpegang kpd agamanya laksana menggenggam bara api...” riwayat imam at-Tirmizi.
Sama sama kita berdoa supaya sentiasa ditetapkan di atas jalan yang diredhai Allah..semoga DIA mengurniakan kpd kita kekuatan untuk terus berpegang pada ajaran Islam yg sebenar, biar apa ujian yg melanda...
DIARI HARI INI 11/5/08
Malam ini mcm biasa Ahad, kuliah kitab solat. Aku sambung bab semalam, alhamdulillah dpt dihabiskan mlm ni. Ceritanya nampak pendek, tapi perlu penjelasan yang teliti.
Mlm ni bincang pasal fatihah makmum, apa hukumnya. Alhamdulillah mlm ni dpt membuka minda mereka untuk berfikiran terbuka untuk menerima idea idea@pndpt mazhab lain bila ada dalil yg soheh. Terutamanya bila aku bentang masalah masalah,dan pengalaman aku sikit sikit pasal insan insan yang memang bermasalah dlm fatihah mereka jika solat berjemaah. Ada yang memang x boleh habiskan fatihah jika imam baca jahar..walau surah imam lps fatihah tu surah panjang..sbb terganggu dgn bacaan imam. Ada yang tak sempat abiskan fatihah bila imam ekspress...ada yg dilanda sikap ekstrem teliti@was was dlm membaca fatihah..mereka mereka ni, kalau hanya terikat dengan satu pendapat mazhab, konfirm mereka kena tambah rokaat disebabkan x habis fatihah, tiap2 kali berimam dlm solat jahr..maka sebahagian ulama muasirah memberikan penyelesaian kpd mrk ni dgn pndpt2 mazhab yg bersandar hadis soheh...
Heheh satu lagi cerita best..masa mula kuliah td aku tazkirah sket dgn tajuk yg aku tulis kat atas tadi..pasal menjauhi majlis2 mungkar..kebetulan mlm semlm kt pekan ada majlis bersama YB BN parlimen dan dun kawasan aku..bila aku sebut je ada yg tersengih sengih pulak..tak kurang yang menunjuk2 pada jemaah lain yg pergi majlis tu..ada yg gelak2..aku pun nak tergelak sama tgk gelagak diorang tadi heheh..sblm diorang salah paham, aku pun cakapla..jgn salah paham plak ye..kalau majlis tu sekadar makan2..x ada maksiat dan mungkar, pergilah..harus pergi..barulah tenang sket keadaan heheh mcm2 la..tp manis gak dpt eksperiens begini sekali sekala..
Okla..sampai sini saja...sampai jumpa lagi ya..salam ukhuwah!!
12/5/08-12.04a.m
1 komen:
salam,
cni pon baru belajar jadi blogger. Menulis pun untuk suka2 sahaja.
Catat Ulasan