Kadang kadang dalam masyarakat ni wujud segolongan insan yang mudah menyalahkan orang..bila lain sahaja benda yang dibuat dengan cara mereka, maka mereka cepat menghukum salah…padahal benda tu hakikatnya tidak salah…
Pada pendapat aku, benda ni berpunca dari sikap berfikiran tertutup, dan mungkin juga jahil. Kat sini aku bagi beberapa contoh,yang berlaku kebetulannya ketika aku tak ada di tempat itu:
- suatu hari ustaz Arab yang mengajar di sekolah agama di kg aku menjadi imam. Masa bagi salam.. dia menyebut “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…”,maka lepas solat tu adalah yang mula bising. Seorang lalu berkata yang dia telah mufaraqah tadi kerana imam telah membuat khurafat!!! Aku dpt tahu ni bila org tadi menghantar anaknya utk bertanya aku tentang isu ini. aku menjawab memang ada cara sebegitu di dalam hadis..dan akhirnya mgkin kerana ketidakpuasan hati dia sendiri Tanya aku. Aku memberi jawapan yg sama. Dia membalas semula selama dia belajar, termasuk kitab hadis hukum(yg ada bincang 4 mazhab) x ada jumpa. Aku jawab ada, dan terangkan dia cara cara memberi salam yg thabit dgn hadis soheh sebagaimana yg disebut oleh sheikh al-albani dlm sifat solat.
- suatu hari, seorang yg jarang jadi imam, telah menjadi imam di masjid ketika ketiadaan imam. Maka si imam baru ni membaca fatihah tanpa menjaharkan bismillah…lalu slps solat adalah makmum yg berkata, imam tadi wahabi, aku mufaraqah!!! Perkara ni aku betulkan di dalam kuliah aku mlm td, ketika menenrangkan pendapat pendapat ulama dlm menjaharkan bismillah dlm surah alfatihah dlm solat.. kataku x perlu mufaraqah, kerana imam itu bukan membuat kesalahan yg merosakkan atau membatalkan solat..dia beramal dgn salah satu pendapat ulama yang ada dalil tersendiri yg diterima syara’.
Keadaan keadaan sebegini membuatkan aku berpesan kepada mereka, tentang perlunya kita berfikiran terbuka dan tidak jumud dengan ilmu yg kita ada. Sebab itulah kataku, aku mengajar fekah bukan semata mata ikut satu mazhab sahaja,tetapi dengan dalil dalil mazhab syafi’I beserta sedikit ilmu tntg mazhab yg lain. supaya apa?? Supaya kes kes di atas tidak lagi berlaku.
Jangan kerana kejahilan diri kita, kita menghukum org lain salah. Sedangkan amalan org itu berlandaskan dalil dalil yang soheh. Bila kita menghukumnya salah, khurafat, atau menyebabkan kita mufaraqah, seolah olah kita menyalahkan satu perkara yang hakikatnya punyai sandaran nas yg kuat?
Bagi mereka yang punyai skop ilmu yg luas, rezeki belajar lebih jauh dan mendalam, berhati hati dlm menyampaikan ilmu, dan mengamalkan sesuatu amalan. Ya,Wajib kita menyampaikan kebenaran yg kita tau,namun wajib juga kita mengambil pengajaran penting daripada kalam Saidina Ali karamullhu wajhahu,agar bercakaplah dengan orang berdasarkan kemampuan akal mereka, adakah kita suka manusia mendustakan kebenaran disebabkan oleh percakapan kita?? Jangan kerana amalan kita,percakapan kita, org yg jahil tertohmah benda yg benar sebagai khurafat dan kesalahan besar..
Semoga Allah melindungi kita dari perkara perkara yg boleh membawa kpd pendustaan agama…
Diari hari ini 10/5/08
Tadi mcm biasa sabtu, buka kelas fiqh solat guna kitab fiqh manhaji.aku ingatkan tadi nak abiskan bab membaca al-fatihah, tapi last last ada lagi satu tajuk x sempat jugak abiskan.
Aku mulakan kuliyah td dengan hadis tentang Allah Ta’ala menjawab setiap kali kita berhenti membaca satu ayat dari surah al-fatihah dalam solat. Jadi sebab tu nabi ajar kita baca fatehah dlm solat satu ayat satu ayat. Dan salah satu pengajaran hadis ini juga, utk mendapat kekhusyukan dlm solat, kena menjiwai fatehah yg kita baca. Lepas tu masuk ke dalam beberapa masalah yg aku petik dr kitab al-bayan. Antaranya terlupa membaca surah al-fatihah dlm solat..pas tu membaca bismillah, memperlahan atau menguatkannya..pas tu membaca amin-cara yg betul membacanya, dan fadilat membaca amiin bersama imam di dlm al-fatihah..
Mlm ni budak budak belajar mengaji tak dtg pulak.jd aku terus pergi kedai, mlm ni abg aku belanja satu rumah makan. Gaji first dia masuk baru baru ni hehehe..kedai tu plak bz mlm ni, order 5 bungkus nasi lemak pun punya lambat..jadi aku layan astro kt kedai tu la..tgk rancangan national geographic, cerita pasal binatang kat serenggeti, Afrika Timur..
td sblm online aku sempat siapkan artwork pertama aku utk projek komik ilmiyah hehehe
cuma x siap lg dia punya dialog..seronok gak dah lama x lukis2 ni
sampai sini dulu for this nite yer..moga ketemu lg ya...
12.30a.m-11/5/08
0 komen:
Catat Ulasan