Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba lumba…
Lagu tu selalu didengar masa kecik kecik dulu. Kenapa tiba tiba je cerita pasal rumah terbakar ni??sebab tadi dekat kampung sebelah ada rumah terbakar...
Lepas Asar tadi, mcm biasa duduk dekat tangga masjid dulu, berkongsi kongsi cerita dengan imam1,imam2 dan imam 3. antara bahan ceritanya cerita seorang pemuda di kampung sebelah, yang jadi kurang kemampuan akalnya selepas beriya join tarikat. Org kampung aku panggil gila isim..aku pun x reti nak terangkan definisi gila isim..
Lepas tu mcm biasa aku pergi kedai kopi,nak beli kuih untuk minum petang bagi keluarga di rumah. Lepas minum minum jap aku pun pilih kuih nak dibeli bawak balik. Masa tu lah ada seorang pak cik tu baru sampai dia ckp ada rumah terbakar dekat kampung sebelah rumah yang sebelah masjid. Aku pun tersentak, rumah sebelah masjid tu rumah org yg aku ngan imam2 tadi sembang..memang dia duduk sorang...hati aku mcm yakin jer rumah sedara tu la yg terbakar...
Aku pun bayar kuih,terus start moto, aku balik umah kejap pas tu aku pecut pergi kampung sebelah. Sampai jer..memang sah la..memang sah rumah orang tu tadi..aku pun pergi la ke tempat org ramai dah mula berkumpul..nak tau cerita sebenar...
Aku sampai situ, bomba pun baru je sampai. Rumah tu dah memang x leh diselamatkanla..dah marak dah api..bomba padamkan x kasi merebak je kiranya..Betul la kawan kita yg tak berapa siuman tadi..dia bakar rumah sendiri.bila sorang member aku tanya abg ipar org yg bakar rumah tu macam mana leh terbakar, dia yg asl kelantan jawab: “dia cucuh api,tarbakar la..” tapi mujur la dia terus lari bila rumah dia dah terbakar. Dan rumah tu dah x ada barang2 dah,dah dipindahkan ke rumah sedara mara sbb dia ni merosakkan harta benda sendiri..tv..peti abis dia tunggang terbalikkan..jadi yang terbakar mgkin baju2 dia je kot..ngan rumah tu la..
Menurut org kampung tu, kebelakangan ni sedara kta ni tadi mmg lain mcm dah. Dia x tido kat rumah dia..dia mintak nak sewa bilik masjid..dia ckp rumah dia ada syaitan..ada sorang makcik tu cerita kat aku dia ni pernah nak tebang pokok manggis kat rumah mak cik tu..dakwaan dia sama..dia kata pokok tu ada syaitan..sedara plak bla nasihatkan dia, dia mmg pernah ugut nak bakar rumah..mcm2 la..
Takpela..alhamdulillah x ada kemalangan jiwa berlaku..Cuma org2 kg mula takut la..mula2 rumah sendiri..pas tu karang rumah org lak..
Tarikat
Aku tak berniat nak burukkan mana2 pihak,Cuma aku nak cerita pasal satu kumpulan tarikat kt tempat aku...aku dpt cerita ni pun dr org baik2..imam 1 kg aku..dia ni org lama..dia ckp, mula2 tarikat ni elok jer...sesapa nak masuk pun kena interview...kata imam tu, kalau org yg diinterview tu x cukup ilmu lg..contohnya bab akidah masih longgar, maka ketua tarikat akan suruh dia blaja ilmu2 akidah dulu...tapi lama2 cara penapisan tu ilang mcm tu ajer..
Kalau bukak lmn web jakim, memang nama kumpulan tarikat kt kg aku ni tersenarai ajaran x betul/sesat...sebabnya diorang ni kalau bersuluk,sampai tinggalkan kewajipan solat jumaat.. dhn alasan diorang dibenarkan buat demikian..kerana sakit..jiwa dan hati diorang sakit dan perlu berubat katanya...
Aku pernah dgr cerita ni..member aku yg keje tukang cat, dia pernah mengecat markas tarikat ni..dia cat sume termasuk bilik sulit la..dia ckp masa cat bilik tu, dia nampak tong kayu..bila dia bukak ada bible dlm bhsa Melayu...wallahutaala a’lam apa yg diorang buat ngan kitab tu...
Member2 tarikat ni pun kdg2 wat mende pelik2..kadang2 tu baru lps bersuluk, pas tu dok kedai kopi kdg2 cerita bukan2...dengan ego tingginya..ujubnya..sepatutnya bila dah bersihkan hati tu tunjuklah contoh yg baik kan..mcm mana la org nak respek kan.
Diari hari ini 7/5/08
Petang tadi aku saja cakar cakar daun daun kering..rumput kering kat depan reban ayam aku..buat pembakaran terbuka sedikit..tah mcm mana kaki aku terpijak paku lak..adoii perit gak kena..dah lama x kena paku oii..sampai aku menaip ni masih berdenyut gak..
Mlm td aku sempat duduk dgr kuliah kt masjid..mlm ni mlm kuliah imam satu.dia bukak bahrul mazi karya imam al-marbawi syarah kpd sunan at-tirmizi..bukak hadis dlm bab muamalat...antara perbincangannya jual beli tangguh bayar@hutang le tu..pas tu masalah2 berkaitan..pas tu dlm hadis tu jugak ada hukum berjual beli dgn org kafir..pas tu tentang kejahatan org yahudi tu yg fitnah nabi lak..nabi hantar utusan nak beli kain secara berhutang..alih2 si yahudi ni buat cerita plak yang nabi saje je ckp hutang..padahal x mau bayar...
Lps isya aku ada kuliah di msjd lama..mlm ni kitab al-iman..aku ajar bab beriman kpd hari kiamat..mlm ni dah masuk bab perkara2 yg berlaku pd hari kiamat tu sendiri..nabi s.a.w pernah bersabda,kalau nak tahu gambaran hari kiamat bacalah tiga surah..at-takwir,al-infithar dan al-insyiqaq..sbb dlm tu memang story pasal keadaan2 hr akhirat..pas tu aku bukak sikit bab al-ba’thu atau kebangkitan semula...ada yg soal adakah kebangkitan semula tu berlaku seolah2 alam khayal..mcm dlm mimpi..aku jawab kiamat dan berkaitan dengannya, masa sekarang ya, ia perkara ghaib yang kita x nampak..tapi bila berlaku, ia berlaku dalam bentuk kenyataan..bukan mcm mimpi atau khayalan..
Okla sampai situ aje utk mlm ni...dan hr ni..alhamdulillah panjang gak aku tulis ek mlm ni...ilalliqo..wasslam..
12.19a.am-8/5/08
0 komen:
Catat Ulasan