assalamualaikum dan salam sejahtera...
"dan Tuahanmu telah memerintahkan agar jangan menyembah selain daripadanya, dan berbuat baiklah kpd ibubapa.apabila salah seorang dari mereka atau kedua duanya mencapai usia tua, janganlah kamu katakan kpd mrk berdua oh..dan katakanlah kepada mereka dengan kata kata yg baik.dan lebarkanlah bagi mrk berdua sayap pelindung daripada kasih sayang, dan katakanlah wahai tuhanku,kasihanilah mereka berdua (ibu bapa)sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku.Tuhanmu mengetahui apa yg ada dlm diri kamu semua jika kamu semua menjadi org2 yg soleh,sesungguhnya DIA itu pada org2 yang baik adalah maha Pengampun..." surah al-isra.
hari ni aku nak bercerita tentang ibu bapa sket..sbb terkenangkan ibubapa aku yg hr ni kurang sehat..mak kena demam selsema..pak pula pening pening kepala..
ayat kat atas ni antara lain mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga hubungan baik dgn ibu bapa..di kala mereka sudah tua, kita diperintahkan melindungi mereka,mengasihani mereka..lafaz "Wakhfidh lahuma janaha az-zill" merupakan satu simbolik bahasa Arab di dlm ayat ini..masa aku belajar balaghah dlm Arabic for islamic studies kt uia dulu, ada ustzh sebut pasal ayat ni..
Allah buat perumpamaan dlm ayat ni, gunakan gambaran bagaimana seekor ibu burung,melindungi anak anaknya dengan sayapnya,sebagai teduhan,dengan penuh kasih sayang.kalau kita biasa tengok ibu ayam yg beranak kecil, kita dpt saksikan mcm mana ibu ayam tu melindungi anak2 dia,termasuk dengan guna sayapnya. jadi macam mana ibu ibu burung ni melindungi anak2 dengan sayap,sbg teduhan,mcm tula kita diperintahkan oleh Allah menjaga ibubapa kita ketika mereka dah sampai usia tua..
betapa mulianya ibubapa..hinggakan Allah tidak menjadikan batas agama sbg penghalang utk berbuat baik pd mereka..thabit dlm hadis soheh,bahawa ketika Abu Talib meninggal dunia,nabi s.a.w memerintahkan Ali bersama sama dlm urusan pengurusan jenazah ayahandanya yang tidak sempat beriman..
ketahuilah, dan ingatlah kita, bahawa nabi s.a.w pernah sebut,bahawa rugi besarlah seorg anak yg sempat hidup bersama ibubapa mereka yang sudah lanjut usia, tetapi tidak berkhidmad terhadap mereka..
sama samalah kita berazam untuk terus berkhidmad,menyayangi dan mengasihi ibubapa kita,sabagaimana yg diperintahkan oleh Allah...
Diari hari ini 8/5/08
hari ni berlalu mcm biasa..cuma ahli2 keluarga ada yg tak berapa sihat..dlm aku masih terjengket2 sbb kena paku smlm, mak ngan pak plak x sihat hr ni...mak kna demam selsema..pak plak mlm semalam bgn tgh mlm ngadu pening kepala..aku mendoakan agar Allah merahmati mak dan pak dengan penyembuhan dari penyakit...Amiin...
oh ya sblm terlupa,saudara kta yg membakar rumah smlm katanya dah ditahan oleh pihak polis utk siasatan...
ptg td lepas asar hujan turun selebat lebatnya...dlm pkul 6 br aku bleh balik ke rumah
sblh mlmnya plak mcm biasa mlm jumaat aku bukak kitab janaiz..mlm ni dah masuk kewajipan terakhir dlm urusan jenazah iaitu mengkebumikan jenazah..dlm bab ni x banyak beza antara yg aku baca dlm fiqh manhaji ngan ahkam janaiz..cuma td aku bukak al-bayan sikit, masuk tentang beberapa masalah furu'iyyah..antaranya kalau org mati di mekah,madinah dan al-quds, mrk afdal dikebumikan di situ jga..pas tu hukum kebumikan jenazah di waktu2 yg dimakruhkan solat dan waktu mlm..pas tu ttg urutan org yg memasukkan jenazah dlm lahad..pas tu susunan susunan jenazah jika kita nak tanam ramai2 dlm satu kubur..
lps kuliah solat isya la..masa amik wuduk aku perasan kaki aku berdarah..aku ingat biasa je..aku pun basuh ngan air, bila agak2 dah stop aku ambik wuduk terus masuk dlm saf..dlm aku solat2 tu darah mengalir semula..nasiblah x banyak sampai bleh membatalkan solat aku mengikut mazhab syafi;i..lps solat tu imam tiga yg dok sebelah aku tersengih je pandang aku, pas tu dia ckp: patutlah awak berdarah..pas tu dia tunjuk pada seekor pacat kt depan saf tu..ya Allah gemuknya pacat..ai..mcm2 la..dah org x brapa nak g masjid pacat pun msuk saf heheh..
balik rumah je aku terus cari tisu..sbb kapas x ada..aku bakar tisu tu..pas tu padamkan api, dan cucuh tisu panas tu kat luka..ni petua org tmpat aku ni utk berhentikan darah kalau digigit pacat..ntah2 ada kaitan ngan perbuatan puteri Rasulullah fatimah masa ubat luka nabi s,a,w lps prg uhud..fatimah bakar segumpal jerami dr tikar..dibakarnya dan abunya ditepek pd luka nabi s.a.w..
aisey..mlm ni frienster x leh diakses lak dr tmpt aku ni leceh la
sampai sini saje kot utk mlm ni..panjang usia kta jmpa lg insya Allah
0 komen:
Catat Ulasan