Hijrah 1430

ketika saya menulis ini, kalendar masihi sudahpun masuk malam yang ke 4 drp tahun 1430..kebetulan pula merupakan malam terakhir bagi tahun 2009..1430 tahun yg lalu telah berlaku satu hijrah-dari Makkah ke Yathrib- membuka lembaran agung..yg di dalamnya tersimpan banyak sekali pengajaran,hikmah dan ibrah..daripada peristiwa Abu Salamah yang dihalang berhijrah bersama isteri dan anaknya, hinggalah perancangan serta strategi nabi s.a.w sendiri ketika keluar berhijrah bersama Abu bakr ..semuanya merakamkan pengajaran utk kita semua hayati dan bawa dalam kehidupan harian...


asalnya tiada nas menyuruh kita meraikan 1 muharram secara sambutan, para salafussoleh pula ..mereka sentiasa mengingati peristiwa2 ini dan ibrah2nya di dalam jiwa..sentiasa terakam di dalam kehidupan harian mereka untuk dihayati...kemungkinan lalainya ummah terkemudian, tidak sepertu yg terdahulu, menimbulkan idea tentang sambutan memperingati hari hari bersejarah termasuk awal muharram ini..mungkin daripada tak ingat langsung,maka diingatkanlah bagi mereka tarikh2 ini, agar peristiwa penuh pengajaran tidak luput terus dari minda ummah ini..


zaman ini, setiap kali tibanya 1 Muharram, ummat menyambutnya tidak kurang meriah.terutamanya di masjid,surau,balaisah, dimulai dengan doa akhir tahun,doa awal tahun, sehinggalah sambutan khas menyambut maal hijrah. ada yang menganjurkan ceramah, tidak kurang juga yang menumbangkan lembu dan kambing untuk jamuan sempena maal hijrah..


di setengah masjid, jika seratus lebih org menghadiri sambutan mlm hijrah, semuanya solat jemaah, mendengar majlis ilmu dan bersantap berjemaah...namun bila awal muharram pergi, keadaan "pulih" seperti biasa...jemaah masjid tinggal kurang dari suku saf pertama, jumlah ini jugalah yg mendengar kuliah harian/mingguan.. begitulah setiap tahun..muharram dtg dan pergi..ke mana agaknya pergi penghayatan hijrah??


Rasulullah s.a.w pernah bersabda menerangkan hijrah yg hakiki: ...dan seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari.


hakikatnya, kita perlu memperbaiki keadaan masyarakat kita hari ini..kita perlu berusaha mewujudkan kefahaman Islam yang diwariskan oleh Rasulullah, agar masyarakat kita benar benar menghayati mesej hijrah, seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan harian. agar kita dan masyarakat kita mampu berhijrah meninggalkan segala kemungkaran yg masih berbaki di dalam kehidupan harian kita...


hijrah berkait rapat dengan niat. hinggakan, di dalam hadis niat, baginda s.a.w memberikan contoh "org yg berhijrah". hanyalah yg berhijrah ikhlas kerana Allah dan Rasul, yang mendapat ganjaran yg dijanjikan.


oleh itu ingatlah kita, bahawa kita perlu mengihklaskan diri dalam berhijrah-meninggalkan larangan Allah, dan mengajak masyarakat berhijrah dalam ertikata yg sama. jadilah seorg muslim yg mukmin, yg menyeru kepada Islam, menghapuskan kebatilan dan kemungkaran, bukan kerana dunia dan habuan nya, tetapi kita melakukan semua amalan ini kerana Allah Ta'ala, sepertimana hijrahnya Rasulullah dan para sahabat, dan hijrahnya orang orang terdahulu yang telah pergi mendahului kita dengan iman.


salam penghijrahan...semoga kita dapat meningkatkan diri kita dalam berjuang di dalam kembara menyusuri sabilillah..

0 komen: