Bersin dan Menguap : menjawab kekeliruan


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ
- soheh al-bukhari, kitab al-adab, bab ma yustahabbu min al-Atash wa ma yukrahu min at-tathaub, juga bab iza tatha'aba fal yada' yadahu ala fiihi

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Apabila salah seorg drp kamu bersin maka ucapkanlah alhamdulillah, dan menjadi hak atas setiap org islam yang mendengarnya agar menjawabnya. Adapaun menguap sesungguhnya ia daripada syaitan, maka elakkanlah ia  selagi mampu. Apabila seorang yang menguap mengatakan haaa maka syaitan akan mentertawakannya.



Hadis ini menerangkan tentang bersin dan menguap, dan adab adab berdepan dengan keduanya.

Sebahagian orang menimbulkan keraguan daripada hadis ini. kata mereka, menguap adalah proses ciptaan Tuhan pada sebahgian makhluk seperti manusia dan haiwan darat. Tujuannya untuk melepaskan udara yg lama di dalam badan dan memberi peluang untuk udara baru masuk, Jadi kenapa pula nabi menisbahkan perbuatan menguap itu kpd syaitan? Padahal ia salah satu dr ciptaan tuhan!!


Petikan2 dr Fathul Bari yg boleh menyelesaikan kekeliruan:

Ibn hajar kata: perbuatan bersin dan menguap, dan apa yg disukai dan dibenci pada keduanya dilihat pada punca atau sebab keduanya. Bersin berpunca dari ringannya badan, liang liang yg terbuka, dan tidak kekenyangan. Berlawanan dengan menguap, ianya berpunca daripada penuhnya badan, dan merasa berat badan, yg berpunca drp banyak makan dan makan bermacam benda.

Menguap menjadikan seseorang itu berasa tidak rajin@malas utk beribadah. (fathul bari, 10/607)

Menurut Ibn Battal: sesungguhnya syaitan suka melihat manusia menguap, kerana ketika menguap wajah manusia berubah maka dia ketawa kerana itu. bukanlah bermakna syaitan yg mencipta perbuatan menguap.

Menurut ibn al-arabi pula, setiap perbuatan yg tidak disukai itu disandarkan oleh syara' kepada syaitan kerana perbuatan itu telah menjadi jalan bg syaitan (  utk menyesatkan manusia) .begitu juga perbuatan yg elok/baik dinisbahkan kpd malaikat kerana menjadi jalan baginya utk mengajak kea rah kebaikan.

Menguap berpunca dari kekenyangan, dan lahir dari kemalasan, dan ini merupakan jalan jalan syaitan utk melalaikan dan menyesatkan manusia.

Jadi maksud hadis ialah mengajak supaya berhati2 dengan sebab yg akan membuka kepada jalan syaitan, iaitu banyaknya makan. (fathul bari 10/611-612)





0 komen: