Menyegerakan
Urusan Hutang si mati
روى أبو
هريرة رضى الله عنه قال " قال رسول الله صلى الله عليه وسلم نفس المؤمن معلقة
بدينه حتى يقضى
Abu Hurairah r.a
meriwayatkan, bahawa rasulullah s.a.w bersabda: ruh orang beriman itu
tergantung kerana hutangnya sehinggalah ia diselesaikan.
-
hadis
diriwayatkan oleh imam at-tirmizi dan ibn majah, dengan sanad yang sahih atau
hasan menurut imam an-nawawi. Kata imam at-tirmizi ianya hadis hasan.
Apa makna roh
tergantung?
-
menurut
al-Azhari, seolah olah roh orang mukmin itu diazab disebabkan hutangnya
sehinggalah ia dilangsaikan.
-
Pendapat
terpilih menurut imam an-nawawi: ruhnya dituntut atas hutang yang dibuatnya,
dan dihalang daripada maqamnya yang mulia, sehinggalah hutangnya itu
dilangsaikan. Bukanlah bermaksud dia diazab, lebih lebih lagi jika dia berniat
untuk membayarnya dan berpesan supaya ia dibayar.
Rasulullah
enggan solat ke atas jenazah yg tidak selesai urusan hutangnya
عن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه
قال : كنا جلوسا عند النبي صلى الله عليه و سلم إذ أتي بجنازة فقالوا صل عليها
فقال ( هل عليه دين ) . قالوا لا قال ( فهل ترك شيئا ) . قالوا لا فصلى عليه . ثم
أتي بجنازة أخرى فقالوا يا رسول الله صل عليها قال ( هل عليه دين ) . قيل نعم قال
( فهل ترك شيئا ) . قالوا ثلاثة دنانير فصلى عليها . ثم أتي بالثالثة فقالوا صل
عليها قال ( هل ترك شيئا ) . قالوا لا قال ( فهل عليه دين ) . قالوا ثلاثة دنانير
قال ( صلو على صاحبكم ) . قال أبو قتادة صل عليه يا
رسول الله وعلي دينه فصلى عليه
Drp Salmah bin al-Akwa' r.a, berkata: kami
sedang duduk bersama nabi s.a.w, ketikamana tiba seorang jenazah, maka mereka
berkata: solatlah ke atasnya. Baginda bertanya: adakah dia mempunyai hutang?
Jawab mereka : tidak. Baginda bertanya lagi: adakah dia ada meninggalkan
sesuatu? Jawab mereka: tiada. Lalu baginda solatkannya.
Kemudian tiba pula jenazah lain. dan mereka
minta baginda menyembahyahkannya. Baginda bertanya: adakah dia mempunyai
hutang? Jwb mereka: ada. Baginda bertanya: adakah dia ada meninggalkan apa apa?
Jawab mereka: tiga dinar. Lalu baginda menyembahyangkannya.
Kemudian tiba jenazah yang ketiga. Dan mereka
minta baginda menyembahyangkannya. Baginda bertanya: adakah dia ada
meninggalkan sesuatu? Jawab mereka: tiada. Baginda bertanya: adakah dia ada
berhutang? Mereka menjawab: tiga dinar. Lalu baginda bersabda: Solatlah kamu
atas sahabat kamu ini.
Abu Qatadah berkata: solatlah ke atasnya wahai
rasulullah, aku tanggung hutangnya. Lalu baginda pun solat ke atasnya.- riwayat
al-bukhari.
" hadis ini telah mengisyaratkan kepada beratnya tanggungan hutang, dan sesungguhnya janganlah sanggup berhutang melainkan untuk perkara yang benar benar perlu" (fathul bari 4/467)
Menurut ulama, antara sebab nabi enggan menyembahyangkan jenazah orang
berhutang ialah sebagai galakan kepada org ramai agar menyelesaikan hutang
ketika masih hidup, dan berusaha melepaskan diri dari bebanan hutang, agar
mereka tidak kerugian kerana terlepas dari disolatkan oleh rasulullah ketika
meninggal nanti. (Fathul bari 4/478)
Apa hukum menyembahyangkan jenazah yang belum selesai hutangnya?
-
imam nawawi: harus jika sudah ada
penjamin yang mahu membayarnya
-
riwayat dr imam qurtubi: jika berhutang
kerana sebab yg harus, harus disolatkan. Yg dilarang solat mereka yg berhutang
dengan sebab yang tidak harus. (Fathul bari
4/478)
Menurut imam nawawi, setelah Allah membukakan utk nabi s.a.w banyak
kawasan, nabi kembali menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang, dan
baginda membayarkan hutang bg mereka yang meninggal tapi tidak mampu
membayarnya. Baginda bersabda:
أنا أولى بالمؤمنين من
أنفسهم فمن
توفي وعليه دين فعلى قضاؤه ومن ترك مالا فهو لورثته
Mafhum hadis: aku lebih utama ke atas org2 beriman daripada diri mereka
sendiri. Maka barangsiapa yg mati dan masih ada hutang yang belum dibayar maka
aku akan melangsaikannya. Barangsiapa yg meninggalkan harta peninggalan ia
dilangsaikan oleh warisnya. (Syarah sahih muslim, imam nawawi 11/20)
rujukan utama:
Al-majmu syarh al-muhazzab 5/119-127
Soheh fiqh sunnah – 1/612-614
-rujukan lain telah disebut di tempat2 nya.
0 komen:
Catat Ulasan