perlukah berwuduk selepas mandi??
apabila berhimpun hadas kecil dan hadas besar, contohnya seseorang buang air , kemudian dia bersetubuh, atau dia bersetubuh kemudian buang air pula, memadai dia mandi untuk mengankat kedua dua hadas kecil dan besar. tidak kira sama ada dia meniatkan wuduk atau tidak pada mandinya, dan tidak kira sama ada dia membasuh anggota2 wuduk mengikut turutan atau tidak. ini kerana wuduk dikira sebahagian daripada mandi..(al-mu'tamad fi al-fiqh as-syafi'i, 1/143).
oleh itu sesiapa yang telah mandi dengan sebab yg masyru',tidak wajib dia mengambil wuduk lagi selepasnya, hatta orang yang tidak mengambil wuduk ketika mandi. ini kerana bersuci drp janabah merangkumi bersuci drp hadas kecil, kerana perkara2 yang dilarang ketika janabah lebih banyak dari larangan ketika berhadas kecil. maka yg sedikit termasuk ke dalam yg banyak. (Soheh fiqh sunnah 1/181)
Dalil:
hadis jabir bin mut'im, nabi bersabda: adapun aku, memadai bagiku tiga jirusan, maka aku sesungguhnya telah pun bersuci.- hadis riwayat ibn majah (al-mu'tamad, 1/143)
hadis aisyah, bhw nabi s.a.w tidak berwuduk slps mandi junub (riwayat tirmizi,an-nasai dan ibn majah, komen tirmiz- hasan sahih, al-hakim- soheh dipersetujui az-zahabi [al-mustadrak 1/255], syuaib arnout- hasan [al-musnad 1/119], al-albani-soheh [soheh abi daud 1/446])
ibnu umar berkata: jika engkau tak menyentuh kemaluanmu setelah selesai mandi, maka wuduk mana lagi yang lebih sempurna daripada mandi..
(riwayat Abd Razzab dlm al-musannaf, 1/271, kata Abu Malik dlm sahih fiqh sunnah- sanadnya sahih).
kesimpulan:
1. tidak perlu berwuduk selepas mandi, walaupun seseorang itu tidak berwuduk sebelum/ketika mandi.
2. jika berlaku perkara membatalkan wuduk selepas mandi, seperti menyentuh kemaluan-dlm riwayat ibn umar- barulah seseorang itu berwuduk semula. kerana dia telah berhadas kecil, maka perlu mengangkatnya dgn wuduk.
0 komen:
Catat Ulasan