Memberikan gelaran syahid secara khusus kepada seseorang


hukum memberikan gelaran syahid secara khusus kepada seseorang
Di dlm soheh al-bukhari ada mmg ada bab- باب لا يقول فلان شهيد- tidak dikatakan fulan syahid

Di bawahnya hadis yg ringkasnya tentang rasul dan shbt baru balik perang.perang itu ada seorang yg tangkas menyerang musuh, lalu ada shbt memujinya, org lain x kan dpt ganjaran mcm dia. Lalu nabi sebut org yg dipuji itu adalah ahli neraka. Shbt2 plik, sapa di antara kita yg akan masuk syurga, sedangkan org yg berjuang mcm itu masuk neraka?

Rupa2nya si pejuang ni tadi setelah cedera parah, tidak tahan dgn kecederaannya, lalu akhirnya dia letak gagang pedang atas tanah, dan tusuk mata pedang pd dadanya, lalu mati. Perbuatannya ini dilihat oleh seorg insan yg mengekorinya, dan insan ini akhirnya memeluk Islam kerana kagum dengan kebenaran kata2 baginda s.a.w.

Jadi sebab larangan ialah kerana hanya Allah yg tahu segala benda. Kita Cuma lihat zahir. Zahir org terbunuh di medan merang, tapi apa yg kita x nampak, hanya Allah yg nampak dan tahu. Oleh itu hanya Allah yg menghukum kesyahidan seseorang itu, bukan kita. Jadi jika zahir org itu syahid kita uruskan jenazahnya sprt org syahid, nak beri gelaran khusus syahid x boleh kerana Allah sahaja yg tahu.


Kata as-sanadi dlm menjelaskan maksud bab- tidak dikatakan fulan syahid-dlm soheh al-bukhari:
"قوله : (باب لا يقول فلان شهيد) أي : بالنظر إلى أحوال الآخرة ، وأما بالنظر إلى أحكام الدنيا فلا بأس ، وإلا يشكل إجراء أحكام الدنيا
Iaitu (mengatakan syahid) dengan pandangan kepada hal ehwal akhirat, adapun dengan pandangan kpd hukum hakam dunia tidak mengapa, jika tidak, akan bermasalah nak laksanakan hukum hakam dunia (pada org yg zahirnya syahid).- hasyiah as-sanadi ala soheh bukhari 2-67.

Imam al-aini dlm menghuraikan tajuk ini pula menyebut:
أي هذا باب يذكر فيه لا يقال فلان شهيد يعني على سبيل القطع إلا فيما ورد به الوحي
Iaitu bab ini menyebut di dalamnya tidak boleh dikatakan fulan syahid, yakni dengan cara yg qat'ie, kecuali dlm hal2 yg warid dgn wahyu. (umdatul qari 21/386)

Kata beliau lagi:

أنه لا يطلق على كل مقتول في الجهاد أنه شهيد قطعا لاحتمال أن يكون مثل هذا وإن كان يعطي له حكم الشهداء في الأحكام الظاهرة
Sesungguhnya tidak boleh dikatakan atas setiap yang terbunuh di dalam perang dia syahid secara qat'ie, kerana kebarangkalian seperti ini, walaupun dipraktikkan baginya hukum syuhada dlm hukum hakam zahir. (umadatul qari 21/387)


Ibn hajar al-asqalani ketika mensyarahkan bab ini , beliau membawa kisah umar berkhutbah, menegur sikap mereka yang apabila seseorang meninggal di medan perang, mereka berkata: fulan telah syahid..telah mati syahid fulan…kata umar sebutlah sebagaimana yg nabi s.a.w sebut: sesiapa yang mati pada jalan Allah atau terbunuh dia syahid.

Kata ibn hajar lagi:
فالمراد النهي عن تعيين وصف واحد بعينه بأنه شهيد بل يجوز أن يقال ذلك على طريق الإجمال
Maka maksud larangan ialah tentang menyifatkan orang tertentu bahawa dia syahid. Bahkan harus dikatakan demikian dengan jalan yg umum. (fathul bari  6/90)

Dlm kitab2 fiqh mazhab, ada disebut tiga jenis syahid, yg saya rasa elok juga kita mengetahuinya dlm memahami hal ini.
-         syahid dunia dan akhirat: mati di medan perang menentang kuffar, dgn niat yg ikhlas. Diuruskan jenazahnya dgn pengurusan khas mati syahid. Dpt ganjaran syahid di akhirat.
-         Syahid akhirat: mati kerana sebab2 tertentu sprt sakit taun, sakit dlm perut, mati lemas dan seumpamanya. Diuruskan mcm jenazah biasa. Di akhirat dpt ganjaran syagid.
-         Syahid dunia: zahir nya syahid kerana mati dlm perang menentang kuffar. Tp dia tidak ikhlas, riak, perang kerana dunia, curi harta rampasan sblm dibahagikan. Diuruskan jenazahnya mcm jenazah org syahid. Tp di akhirat tiada ganjaran, bahkan diseksa. (imam nawawi dlm al-majmu syarh al-muhazzab, 5/225, al-mu'tamad fi al-fiqh as-syafi'I 1/631).

Kesimpulan:
  1. tak boleh mengatakan seorang itu syahid secara khusus, kecuali dgn wahyu dr Allah dan rasul.
  2. adapun secara umum, seperti – org yg mati dan terbunuh pada jalan allah itu syahid- tidaklah dilarang.
  3. adapun dr sudut hukum hakam, kita menghukum dr sudut zahir. Jika zahirnya org itu syahdi, diperlakukan dia hukum hakam org syahid.

0 komen: