Tsunami dan ribut kehidupan


Tsunami dan ribut kehidupan

sesuatu yang pada mulanya Mungkin cuma hanya Sekadar ribut di dalam cangkir, mungkin bisa berubah menjadi tsunami raksaksa yang mengganas...

bila ribut dalam cangkir jadi tsunami raksaksa, ia akan melanda orang ramai...yg duduk jauh pun kena bahan dgn tsunami...apa lagi yang berumah di tepi pantai...kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..tapi bila tsunami melanda yang tak berumah di tepi pantai turut kena



apabila ribut mahupun tsunami semakin reda, maka penduduk dan insan sekitarnya berasa lega... pembaik pulihan pun dilakukan atas kerosakan2 akibat ribut dan tsunami...ada kerosakan boleh dibaikpulih, dan ada juga yang tidak boleh dibaikpulih lagi...ada di antara yg tidak boleh dibaikpulih itu, mampu bertahan sebagai kesan peninggalan..bila dipandang orang, orang terkenangkan ribut dan tsunami yg pernah melanda. kenapa begitu? kerna Allah mahu kita senantiasa mengingatinya sbg ibrah dan pengajaran


terkadang insan itu mengambil iktibar, tapi tidak sepenuhnya. Dibina benteng dan tembok teguh, teknologi canggih, sandaran harapan agar mampu berdepan dgn bencana yang mendatang. Terkadang ribut dan tsunami datang lagi, menghempas dan memusnah buat kali seterusnya. Punah ranah segala benteng dan tembok. Rupa rupanya insan alpa, ujian Allah itu sebabnya hakiki dan maknawi. Maka bentengnya juga bukan sekadar luaran, tapi juga dalaman.

kembara_daie
Disember 2011

p/s: walaupun posting ini bukanlah utk memperingati tsunami, tbe2 saya terkenang Tarikh tsunami yg amat memberi kesan kpd saya..pada hari tsunami pertama berlaku, saya berada di Kedah Darul Aman bersama sama teman teman salah sebuah jamaah haraki UIA..kemudian saya segera bergegas pulang ke kampung di raub, pahang kerna pada hari itu juga kakak saya yg ke-2 telah kembali ke rahmatullah...Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha..ameen..