lepas zuhur td, ada seorang "bekas anak murid" merangkap sahabat
minta ambil masa saya 10 minit. saya ingatkan ingin berkongsi cerita
atau berbincang masalah agama mcm biasa. rupanya dia mahu mengempen
saya masuk bisnes jual beli the world dirham. saya "korbankan" jugalah
masa saya untuk mendengar dengan keputusan di dalam hati "aku memang
tak nak masuk".
mula mula ditunjukkan lambang yg boleh
discan pada bisnes cardnya. lambang tu kalau kita scanpada alat2
tertentu terus keluar laman web syarikat. dia kata bukan calang2
syarikat yg ada ni. syarikat mantop2 je, dia tunjukkan kpd saya satu
syarikat kereta, satu lg syarikat telefon samsung.bermacam macamlah lagi
promosi dibuat, dilakarkan di atas kertas bayangan keuntungan
keuntungan yang bakal saya perolehi jika saya menceburi bisnes ini dan
duduk di bawah beliau.ditunjukkan juga keratan keratan akhbar, majalah
dan gambar2 lambang kejayaan bisnes ini.
sekeping wang itu berharga lebih dari rm600 ringgit, sedangkan
saya bertungkus lumus nak melangsaikan hutang ptptn yg saya bayar hanya
rm200 sebulan. dia juga menyebut boleh masuk dengan buat loan dahulu,
sebab untung nanti memang berlebih walau slps byr loan siap boleh beli
kereta lagi. tidaklah saya mahu meminjam loan lagi, yg ada ni pun entah
tahun bilalah saya akan habis bayar.
kalau saya
mengejar dan mahukan keselesaan hidup lebih dari sekarang , sudah
tentulah saya tidak berada di kampung sungai jahit ini sekarang ini.
tentu dah lama saya meninggalkan desa tercinta ini untuk tujuan itu.
barangkali
dia tidak mengenali siapa sebenarnya saya. seorang anak muda lewat
20-an yang menumpang berteduh di rumah ayah bonda, yang sesekali dua dlm
seminggu bermalam di surau belakang rumah. yang kenderaan peribadinya
hanyalah honda c70 ihsan seorang jemaah surau. kelananya sendirian
hanyalah berkenderaankan kenderaan awam!!
0 komen:
Catat Ulasan