05012012- hari tautan ukhuwwah

bersama luqman dan Azib ketika menuntut di pusat matrikulasi

khamis lalu, usai solat Asar di masjid UIAM gombak, setelah menunggu Arabic Writing Lab yg berkunci pintunya dari pagi, saya melangkah ke bangunan IRKHS untuk membasahkan tekak dekat water cooler. dari jauh saya lihat kelibat seseorang yg saya kenali. sahabat saya yang lama sudah saya tidak berjumpa, ustaz Muhammad Luqman Makhtar, atau mesra dgn panggilan qemey. dulu dia guna kuniyyah abu abd hakim, setelah itu bertukar kpd abu mardhiyyah stlh dapat anak. beliau baru selesai menduduki peperiksaan petang itu.
saya bersama luqman ketika konvo DPLI di UIAM beberapa tahun yg lalu

memang lama tidak bertemu. adalah beberapa tahun. kali terakhir bertemu ketika luqman menghadiri konvokesyen DPLI isterinya. setelah bermusafahah dan bermu'anaqah,  luqman menjemput saya bertamu dan bermalam di rumahnya. saya bersetuju sahaja.

tiba di rumah luqman, kami disambut kepetahan anak sulung luqman, mardhiyyah yg mesra dgn panggilan "akak". sudah tiga tahun rupanya umurnya. dan Abdul Hakim akhirnya hadir dlm hidup Luqman, baru 4 bulan umurnya. sambil melayani gelagat akak yg membuat saya tersenyum, saya dan luqman bersembang pelbagai perkara. dari hal hal peribadi masing masing, kemudian kerjaya, hinggalah isu isu Islam dan dakwah semasa, khasnya dakwah sunnah. memang seronok berbual setelah lama tak bertemu, hanya berhenti untuk solat, dan sesekali luqman melayan anak anaknya.

malam itu kami dijamu dengan juadah masakan isteri luqman, yg juga teman sepengajian ketika kami mengaji ijazah di UIAM.



al-fadhil ust tuan hasan tuan lah
bertemu ustaz  THTL
malam khamis itu juga saya berkesempatan bertemu guru dan shbt dr alam maya, ust tuan hasan tuan lah atau thtl. kami mmg merancang utk bertemu di alam realiti, dan mlm itu Allah izinkan kami bertemu alhamdulillah. saya pergi bersama luqman sekali, setelah luqman teruja nak bertemu dgn thtl setelah saya menceritakan sedikit ttg thtl kpd luqman.

kami bersua di UIAM, kemudian pergi mengeteh ke medan idaman, dekat kedai Arab Yaman, Qasar Saba dekat medan idaman. saya dan luqman makan sandwich ayam dan kambing, ustz thtl makan roti arab -yg x terjangka oversize dengan pencicah yg small size..sambil makan kami berkenalan dengan lebih rapat, kemudian bersembang tentang dakwah sunnah serta cabarannya di malaysia, tidak lupa dakwah online juga.
saya di kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kpd ust thtl kerana sudi dtg dr USJ untuk berukhuwwah dgn saya, dan belanja kami makan, dan hadiahkan saya sebuah buku :)

insya Allah saya bercadang akan bertemu dgn thtl lagi selepas ini, yg mungkin akan disertai oleh teman teman online yg lain juga.

kembali ke rumah luqman
sampai di rumah luqman dr medan idaman, kami menyambung perbualan. bertukar kisah dan pengalaman. saya seronok mendengar pengalaman dakwah luqman ketika bertugas di kolej komuniti di melaka. dalam pada itu sempat kami menonton video video ust azhar idrus dan berbincang ttg isinya.

esonya jam 6.30 pg kami bertolak meninggalkan rumah luqman utk meneruskan agenda masing masing.

alhamdulillah, semoga Allah memberkati ukhuwwah yg kami bina...dan semoga ukhuwwah ini akan berkekalan..ameen..

surau sg jahit
2.57 a.m, 8 january 2012

0 komen: