Sebahagian ulama
menyandarkan kata kata ini kpd al-imam as-shafi'i:
قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ : وَيُسْتَحَبُّ أنْ
يُقْرَأ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ
حَسَنَاً
Dan
disunatkan membaca di sisinya sesuatu drp al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan
al-quran di sisinya al-quran adalah lebih baik.
Antaranya
imam an-nawawi sendiri dlm riadus salihin. Selepas menyebut hadis hadis di
bawah bab باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره
ساعة للدعاء لَهُ والاستغفار والقراءة- bab doa utk si
mati slps dikuburkan, dan duduk seketika di sisi kuburnya utk berdoa untuknya
dan memohon kemapunan", beliau menyebut kata kata yang disandarkan kpd
al-imam as-syafi'I sendiri.
Ini dinafikan oleh sebahagian ilmuan,
antaranya mahir yasin al-fahl dlm
komentarnya terhadap riadus solihin, beliau menyebut perkataan ini bukanlah
perkataan as-syafi'I, tetapi ashabnya. Kemudian beliau meminta kita merujuk
kepada kitab al-majmuk yang merupakan sebuah lagi karya imam nawawi [ riadussolihin tahqiq maher yasin al-fahl 1/477].
Dakwaan ini benar dan dapat kita lihat tulisan imam an-nawawi dlm
al-majmu':-
يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له
نص عليه الشافعي واتفق عليه الاصحاب قالوا ويستحب أن يقرأ عنده شئ من
القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل-5/294
Dan
disunatkan menunggu seketika di kubur setelah pengkebumian, mendoakan si mati
dan memohon keampunan baginya. Ini telah dinaskan [disebutkan] oleh as-shafi'I,
dan dipersetujui oleh ashab. Kata mereka [ashab]: disunatkan membaca di sisinya
sesuatu drp al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan al-quran di sisinya al-quran
adalah lebih baik. [al-majmu- 5/294.
Imam
as-shafi'I hanya menyebut sunnatnya menunggu seketika utk mendoakan si mati dan
memohon keampunan baginya, selebihnya ialah apa yang disebutkan oleh Ashab.
Kenapa
imam as-syafi'I tidak menyebut "membaca al-Quran di sisi kubur"
sebagaimana yang disebut oleh Ashabnya??
Untuk
mengetahui sebabnya, mari kita baca nukilan Imam ibn Kathir dalam tafsir
beliau. Ketika mentafsirkan ayat وَأَنْ
لَيْسَ لِلْإِنْسانِ إِلَّا مَا سَعى- an-najm:39,
beliau menyebut:
وَمِنْ هَذِهِ الْآيَةِ الْكَرِيمَةِ اسْتَنْبَطَ الشَّافِعِيُّ
رَحِمَهُ اللَّهُ وَمَنِ اتَّبَعَهُ، أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا يَصِلُ إِهْدَاءُ
ثَوَابِهَا إِلَى الْمَوْتَى، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلَا كَسْبِهِمْ
وَلِهَذَا لَمْ يَنْدُبْ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أُمَّتَهُ وَلَا حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلَا أَرْشَدَهُمْ إِلَيْهِ
بِنَصٍّ وَلَا إِيمَاءٍ، وَلَمْ يُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، وَلَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُونَا إِلَيْهِ
Daripada ayat ini as-syafi'I r.h.m dan sesiapa yang mengikutinya telah
membuat kesimpulan bahaw bacaan yang
dihadiahkan kepada si mati tidak sampai pahalanya, kerana ia [bacaan] bukanlah
sebahagian drp amalan mereka mahupun usaha mereka. Oleh itu rasulullah s.a.w
tidak mensunnahkan ummatnya dan tidak menggalakkan mereka melakukannya , dan
baginda tidak pula menunjukkan kepadanya dengan nas dan tidak juga dgn isyarat, dan yg demikian itu tidak pula
dinaqalkan daripada sahabat r.a., jika sekiranya ia baik sudah tentulah mereka
berlumba lumba ke arahnya.." [tafsir ibn kathir, tahqiq: muhd husin
shamsuddin, cetakan dar kutub al-ilmiyyah Beirut ,
1419H. 7/431].
Jelaslah sebab beliau tidak menyeru kepada pembacaan al-Quran di
kubur adalah kerana beliau berpendapat pahala bacaan tidak sampai kepada si
mati.. ini menguatkan lagi dakwaan bahawa suruhan membaca al-quran di sisi
kubur bukanlah datang dr beliau, tetapi ashab2 beliau dan ulama ulama mazhab
syafi'i.
Wallahu'a'lam.
0 komen:
Catat Ulasan