Menurut imam ibn hajar al-asqalani, Mereka
yg dimaksudkan di dlm hadis ini ialah orang fasiq [pelaku maksiat] yg
menzahirkan [menonjolkan/ menghebahkan/"mengiklankan"] maksiatnya.
Termasuk juga dalam golongan ini mereka yang bercerita sesama mereka
dengan maksiat yang telah mereka lakukan.
Menurut at-Tibbiy, maksud hadis ialah: setiap umat ini dilarang kita
mengumpatnya, melainkan orang yang memang dia sendiri yg menzahirkan
maksiatnya, dan menyingkap apa yg telah Allah lindungkan drp dilihat oleh
orang, lalu menceritakan dan menghebahkan pula kpd org lain.
Oleh sebab itu, imam nawawi berpendapat, harus kita menyebutkan,
Menceritakan tentang apa yg pelaku maksiat itu sendiri telah sebut/cerita dan
hebahkan kpd orang. adapaun apa yg dia sembunyikan, tidaklah dibenarkan.
Imam Ibn Battal pula menyebut hikmah disebalik perintah tidak
menzahirkan maksiat yg dilakukan.
Pertama, apabila seorang pelaku maksiat menyembunyikan perlakuan dosanya
daripada orang lain, maka pelaku dosa akan terselamat dr dihina dan direndah
rendahkan, kerana maksiat menjadikan pelakunya hina.
Kedua, jika ia maksiat yang diwajibkan hukuman hudud, dia terselamat
daripada hukuman dunia.
Ketiga, menzahirkan maksiat dan berbangga bangga dengannya termasuk dlm
meringan ringankan hak Allawah dan rasul, dan ia juga merupakan salah satu
bentuk kedegilan.
Sesungguhnya Allah amat murka terhadap mereka yang memang berniat
menzahirkan maksiat dan berbangga bangga dengannya, dan Dia tidak akan
menyembunyikan maksiat itu drp pelakunya. Sesiapa yang masih ada rasa malu
kepada Allah. Juga kepada orang ramai, lalu dia menyembunyikan maksiat yg telah
dilakukannya, Allah mengampunkannya dan menyembunyikan keiabannya.
Saya [abu zubair] katakan : orang yang
malu dengan maksiat yg dilakukan tak akan menzahirkan dan mengiklankan, bahkan
dia akan cuba
sembunyikan. Kalau seseorang itu menyebarkan kelakuan maksiatnya, itu tanda ada
unsur2 berbangga dengan maksiat!! Apa lagi yg berbangga2, menceritakan dan
menyebarkan gambar maksiatnya, bahkan ada yang cabar mencabar, siapa yg lebih
hebat dlm melakukan maksiat tersebut!!
pd zaman ini lagi mudah terjabak dgn
mengiklankan maksiat sendiri ini..terutama dengan wujud pula laman2 sosial sprt
FB. Maka hendaklah kita berhati2 agar tidak terjebak dengan perangkap seperti
ini.
janganlah pula silap faham, yang ini
adalah tiket utk melakukan maksiat, selagi mana disembunyikan dan tidak
dihebahkan. Tidak!! Tidak sekali kali!! setiap muslim dan mukmin wajib menjaga
dirinya daripada melakukan maksiat. Tinggal lagi, bila tergelincir dan
terjebak, hendaklah dia menyembunyikannya dan bertaubat dengan taubat nasuha, tidak
menghebahkannya kpd umum, apalagi menzahirkan dan berbangga bangga pula.
Wallahu'a'lam.
Sumber rujukan
: fathul bari
10/486-488, syarah sahih bukhari ibn battal 9/263.
0 komen:
Catat Ulasan