11/02/2012- alhamdulillah saya berkesempatan memenuhi undangan walimah perkahwinan sahabat baik saya, ust Mohd Aizuddin bin Mohd Ali atau mesra dengan panggilan judin.
ust aizuddin di surau sungai jahit, masa ni beliau baru | pulang dari jordan |
saya dan judin juga seperguruan, di bawah arwah bapa saudara saya ust amir-semoga Allah merahmati beliau- dan tuan guru ust fathul ariffin-semoga Allah memelihara beliau..
sahabat saya ini juga selalu menjadi rujukan saya jika saya ingin merujuk permasalahan berkaitan fiqh muamalat khususnya...
hari ini, sahabat saya telah melangsungkan perkahwinannya..sebenarnya seminggu yang lalu, sebab hari ini merupakan kenduri pengantin lelaki...
majlisnya tenang, tidak hingar bingar..kehadiran pengantin disambut paluan kompang, selawat dan doa...
terima kasih juga kepada judin dan keluarga kerana sudi menjemput saya membacakan doa menyambut ketibaan pengantin tadi..
tidak ada apa hadiah yang mampu kuhulurkan wahai sahabat melainkan doa dari seorang sahabat..
semoga ukhuwah akan terus mekar insya Allah..
![]() |
judin di hari walimah pihak lelaki |
2 komen:
kahwin ikut sunnah tak? ada sanding?hehe...
p/s- yang ustaz sorang ni bila lagi nak kahwin nyerr...hehe
dia x bersanding...cuma ada meja tempat pengantin makan je..
p/s: jawapan: no komen kohkokoh
Catat Ulasan