lama sudah tidak menaip di ruangan ini...februari agak sibuk..lebih-lebih lagi menyudahkan kerja mengedit buku yang pertama kali dilakukan...alhamdulillah selesai tugas...lebih daripada 300 halaman...jadi saya nak bercerita sedikit tentang apa yg saya dapat drp kerje pertama mengedit buku ini..
bukunya berkaitan agama...asalnya kerja saya kiranya membetulkan ayat-ayat penulis asal kepada "bahasa melayu standard" dan pembetulan ejaan dan tanda baca...
namun ketika menyiapkan kerja ini kadang-kadang saya terasa seperti "menulis semula" manuskrip yg saya edit...terlalu banyak yang saya "modified" semula...bahasa penulis asal kadang-kadang kelihatan seperti terjemahan daripada arab ke melayu...terkadang gaya tulisannya seperti membaca kitab-kitab kuning nusantara....
salah satu sisi positif manuskrip ini penulisnya menyebut komentar ulamak2 hadis silam dan moden tentang majoriti hadis yang dikemukakan... walaubagaimanapun penulis manuskrip telah tersilap terjemah sebahagian hadis-hadis...ada yang lari dari makna asal...saya menyedarinya setelah saya terlintas untuk menyemak matan hadis asal- dalam bahasa arab- dengan menggunakan kitab-kitab hadis drp maktabah syamilah...sebahagian kesalahan disebabkan oleh salah baris...contohnya perkataan dlm hadis yg sepatutnya berbaris - uhud- dibaca -ahad..hasilnya terjemahan yg sepatutnya- dajjal memanjat /mendaki bukit uhud- diterjemahkan kepada- dajjal memanjat seseorang!! sebahagian yg lain merupakan kesalahan yang berpunca drp tidak merujuk kpd kitab-kitab syarah hadis...kalimah2 dlm hadis dirujuk dgn kamus semata2, sedangkan ada yg membawa makna yg lain bila dirujuk kpd kitab2 syarah hadis...
kepada kita yg berhajat mahu menulis buku, hendaklah kita ada rasa amanah dan tanggungjawab dlm menulis manuskrip...hendaklah kita merujuk kepada sumber2 yg sepatutnya dalam menulis agar tidak terjebak dalam kesilapan-kesilapan yg mungkin membawa kpd kesilapan makna dan kefahaman...ia sesuatu yg serius kerana akhirnya kesilapan kita akan menyumbang kepada kesilap fahaman pembaca terhadap agama!!
23.31pm
kg sungai jahit
2 komen:
Sungguh, kalau boleh ana nak enta jadi editor bagi karya ana..huhu...
boleh lah buat projek kerja sama ni
boleh je insya Allah...
cuma skrg ana tgh tunggu emel satu manuskrip projek baru, bila dapat ana akan edit yg tu dulu..
lepas ana siap yg tu enta kena cepat2 hntr manuskrip
Catat Ulasan