Biro Agama, Dakwah dan Karkun...

ketika sessi mesyuarat khas masjid jamek kariah dong tahun lepas, jemaah kariah telah memberikan satu amanah kepada saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa masjid. ketika mesyuarat pertama awal tahun ini, saya dilantik mengetuai biro agama.

pada mulanya saya hanya melihat skop tugasan saya lebih kepada mengatur program-program dan majlis ilmu di masjid. itu yg saya nampak sebelum ini ketika membantu salah seorang imam menjalankan tugas yg saya pegang sekarang.

cuma bila difikir-fikir semula "dakwah" yg sepatutnya "umum", tanggungjawab dakwah tidak terhad di dalam masjid sahaja!! ya!! sesuatu yg selama ini boleh dikatakan terabai!!

bukan semua yg dtg ke program dan majlis ilmu itu mampu mengingat sesuatu dr majlis. dan bukan semua org yg dtg ke masjid minat majlis ilmu. dan bukan semua org dtg ke masjid...ya..dakwah perlu dibawa turun ke dalam masyarakat!!



ada seorang jemaah masjid kami, seorang karkun jamaah tabligh, sudah berkeluarga, yg baru pulang dari keluar 2 bulan ke Indonesia. memang kalau dia baru pulang dr tempat jauh, saya akan bertanya khabar, mahu dengar cerita daripadanya.

 setelah mendengar travelog beliau, saya bagai disuntik inspirasi. idea-idea jemaahnya sesuai diadaptasi utk dakwah umum turun ke masyarakat...bagi saya tidak salah saya mengadaptasi idea-idea tersebut selagi mana tidak bertentangan dengan syarak..


setelah berbincang dengan ketiga-tiga imam kariah, dan beberapa ahli biro, kami bersetuju mengadaptasi beberapa "amalan masjid" jamaah tabligh untuk dijadikan program di bawah biro agama, termasuklah bacaan hadis selepas asar - ta'liim, jaulah atau ziarah rumah ke rumah, dan mesyuarat setiap petang selepas asar.

alhamdulillah setakat ini kerjasama berjalan lancar. cuma saya dan rakan-rakan sedang cuba berusaha memperbetulkan beberapa perkara.antaranya :
- memastikan hadis-hadis yang dibaca tidak termasuk dalam hadis-hadis yang terlalu lemah atau palsu..(setakat ini saya seorang yg menggunakan riadhus salihin, kerana tidak ada kitab terjemahan. yang lain guna muntakhab ahadis sheikh yusuf kandahlawi)
- jaulah dan ziarah perlu lebih umum..bukan sekadar mengajak org dtg ke majlis bayan slps maghrib pada hari tersebut

saya teringat pesan imam tiga: " tak mengapa bekerjasama..jangan sampai hokme keluar tiga hari, selepas tu sebulan..."

saya minta jasa baik shbt2 yg membaca mendoakan agar Allah membantu mempermudahkan urusan kami dalam menjalankan tanggungjawab yg berat ini...

16.17pm
7mac2012






2 komen:

Addien berkata...

terbaik..buat kelas fiqh sunnah terus...

kami disini baru lepas raikan pemuda qariah kami..buat aktiviti sukaneka dan bagi mereka hadiah..

setiap minggu kami buat sukan dan riadah, dan futsal jadi pilihan kami..uslub dakwah santai..hehe

Tanpa Nama berkata...

Allah SWT telah letakkan kejayaan umat manusia di seluruh alam ini hanya pd agama Allah SWT yakni sejauh mana kita dpt taat perintah Allah SWT ikut sunah Rasulullah SAW. Hanya cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sj yg membawa kejayaan dunia akhirat. Dakwah cara Rasulullah dr pintu ke pintu, lorong ke lorong, rumah ke rumah dgn pnuh kasih syg kerana Allah SWT. Bermujahadah dengan harta, masa dan diri. Dunia hanya sementara akhirat kekal abadi.