Minggu ini agak sibuk dan padat...awal minggu bermula dengan penangguhan kuliah fiqh zakat di masjid an-nasir kampung ajai, kerana terpaksa ke uia untuk menguruskan hal thesis yg x sudah-sudah....hari selasa kembali semula ke kampung...
petang Rabu, sebelum ke klinik utk "sambung ubat", terima panggilan drp habeeballah yg skrg kerja di dept fiqh..katanya masih ada yg belum selesai dgn thesis itu...maka hari khamis, terpaksa batalkan kuliah pagi di pejabat belia dan passing kuliah belia di surau kpd shbt lain..
minggu ini juga Kak Mas dr Pustaka Azhar serahkan manuskrip baru utk kerja edit...tp terpaksa tangguhkan dulu kerje edit-mengedit buku org ni..sebab kena edit thesis sendiri dahulu kohkohkoh...
hajat hati nak memulakan tulis "manuskrip sendiri" juga terpaksa ditangguhkan...jauh lagilah nak menyambung dan kalau boleh nak menghabiskan siri cerita rekaan sendiri- ketika cinta ditalbis...
alhamdulillah Allah Ta'ala bagi kesibukan...walaupun zahirnya penat, masa terisi dan tidak terbuang insya Allah...Alhamdulillah wa as-Syukru liLlah..
00:05am-25/3/2012
0 komen:
Catat Ulasan