pengarang: bilakah agaknya saya dapat menyambung semula mengarang cerita ini..rasanya dua tiga siri lagi "stok" cerita yg saya boleh siarkan di sini akan habis...apa apa pun layan dulu episod ke 11 ini ya...
utk membaca siri ke 10: boleh layari: http://kembara-journey.blogspot.com/2012/03/ketika-cinta-ditalbis-siri-10.html
utk membaca siri pertama: boleh layari: http://kembara-journey.blogspot.com/2009/12/ketika-cinta-ditalbis-siri-1.html
*******************************************************************************
Ketika Cinta Ditalbis- episod 11
Yusof bagaikan mendapat jawapan
sebenar bila Rahman tiba tiba terdiam. Menguatkan lagi cerita
udin,talhah,zubair dan nu'man tentang perbualan Rahman dengan perempuan. Budak
budak memang tidak pandai berbohong, hendak hendak lagi adik adik yang memang
ditarbiyah di sini. Namun biarlah dia bersangka baik, baik pada adik adik, juga
pada Rahman.
" salah ke sop,kalau bercakap telefon
dengan perempuan…" Rahman memecah kesunyian bicara yang putus, sambil
mereka berjalan beriringan.
" tengok tujuan... Kalau hal yang
perlu, penting, tidak jadi kesalahan.."
" ha, betul kan,
macam ustaz sebut dalam kuliah kan..tapi
aku tak jelas sangat. Tentang suara perempuan sama ada dalam telefon atau luar
talifon, boleh jadi haram, jika dilunakkan…"
" lunak tu, macam bercakap dengan
lenggok suara yang boleh menggoda orang lelaki. Yang membuatkan orang lelaki
teringat ingat, jadi rindu….nak dengar selalu…lagi dahsyat, jika suara
perempuan tu menimbulkan shahwat lelaki…[1]"
" oh macam tu….maknanya timbang
taranya..pada kesan suara tu pada yang mendengar lah kan…"
" ha'ah, macam tu lah..tapi benda
benda macam ni kena hati hati…elok kita elak aje, kecuali memang perlu sangat.."
" takkan "ustaz" macam kau
pun dengar suara perempuan boleh tergoda sop…"
" kau ni man…kan wanita tu antara ujian paling besar
untuk orang lelaki. bila kita pakai kopiah, pakai jubah, orang panggil kita
ustaz. Bila kita beri tazkirah, ajak orang buat baik, ajak orang tinggal
mungkar, orang panggil kita daie. Tapi man, manusia tetap manusia…akan tetap
diuji oleh Allah…"
" ujian adalah..tarbiyah dari
Allah…adakah kita kan
sabar..atau sebaliknya…" Rahman mendedandangkan serangkap nasyid.
" betul.. peringkat umur kita
man…ujian perasaan…sesiapa akan melalui peringkat fitrah ini…peringkat yang
akan berlaku pertembungan man…antara ilmu dan perasaaan…berjayakah kita
mempraktikkan ilmu, sekaligus membawa perasaan kita ke jalan yang betul…"
Rahman mendengar teliti satu persatu apa
yang dibicarakan Yusof. Bicara yang umum, namun bagi siapa yang makan cili, dia
akan terasa pedasnya. Seni dalam dakwah. Pijarnya bicara tadi terasa bagi
Rahman.
Sedar tak sedar mereka sudah berada di
hadapan Dar aytam. Hujan mulai menunjukkan tanda tanda hendak lebat semula.
" terima kasih sop, ingatkan aku!!"
" sama sama..ingatan untuk diri aku
jugak man…jomlah kita masuk cepat..hujan dah macam nak lebat semula ni.."
Mereka berjalan melalui laluan beratap
yang menghubungkan garaj dengan bangunan dar aytam. Rahman terpandang
motorsikal milik Safwan di garaj. Mungkin dia menunggu hujan reda sedikit untuk
pulang,. Tapi hujan nampaknya semakin lebat. Kalau tak reda, tidur di sinilah
Safwan. Lagi bagus. Boleh aku ajak dia berbincang hal aku…detik hati Rahman.
Yusof yang tadi berjalan beriringan telah
berada di hadapan, sedang berbual dengan seorang kanak kanak yang juga penghuni
Dar Aytam. Selepas memperkatakan sesuatu, yusof memandang ke arah Rahman.
" aman, kau naik dulu ya. Aku nak tengok budak demam sekejap dekat bawah
ni…"
"okey sop.."
Rahman memanjat anak anak tangga menuju
tingkat dua tempat letaknya bilik dia dan teman temannya yang lain. dia
memasuki bilik sambil melafazkan salam, yang disahut segera oleh Safwan yang
sedang duduk di tepi katil.
" wan, mana yang lain?"
" Bilal dengan min dekat bilik
komputer. Yusof tak balik lagi.."
" oh, usop dengan aku tadi. Tapi dia
singgah di bawah, ada budak demam katanya. Wan, tidur sini malam ni?"
"
kenapa?? Ada
sesi luahan rasa lagi lah ni…"
" hehehe…kalau dah tahu tak mengapa lah…kau
tau wan, budak budak ni ingat suara aku bercakap telefon suara misteri…"
" misteri?? Maksud kau??"
" aku selalunya bercakap telefon di
tingkat atas. Jadi dia orang ada terdengar. Dia orang syak suara itu suara
misteri..siap tubuh pasukan penyiasat lagi…usop yang bagitau aku tadi.."
" habis, usop dah tau hal kau dengan
budak tu?"
"tak kot…tapi budak budak tu ada
beritahu, suara misteri bercakap dengan perempuan…"
" itulah kau man, kau kerap sangat
bergayut telefon…budak budak tu pun perasan…"
" eh, dia orang tak perasan, sebab tu
dia orang cakap suara misteri…"
" tapi dia orang dah ada pasukan
penyiasat man…"
" aku tukar tempat lah wan…bukan
susah cari tempat baru…lagipun semalam dia orang dah kena cekup dengan usop,
bilal dengan min..aku rasa dia orang tak menyiasat dah lepas ni.."
" tak payah tukar tukar
tempat…berhenti terus…"
" berhenti?? Tapi kenapa wan?"
....kenapa safwan menyuruh rahman berhenti pulak?? kita saksikan dalam episod yg akan datang...
bersambung...
[1] Suara perempuan dalam telefon
" tidak mengapa suara perempuan melalui telefon, dan
tidak ada larangan untuk bercakap melalui telefon. Tetapi tidak boleh seseorang
lelaki berseronok seronok dengan suara ini, sehingga dia berlama lama bercakap
melalui telefon dengannya kerana ingin berseronok dengan suara ini, kerana ini
adalah dilarang..".beliau turut menegaskan, suara wanita melalui telefon, jika bernada
lembut dan beralun /dilenggok/dialun/dilunakkan (yg menimbulkan fitnah),
walaupun dalam memberitahu sesuatu berita, atau berfatwa atas satu masalah, ia
tetap menjadi haram…"-mausu'ah ahkam an-nisa'-al-libaas wa
az-ziinah-muhammad bin Riyadh al-ahmad, terbitan alam al-kutub, Beirut, cetakan
pertama, m/s 143.
Seorang
perempuan boleh menjawab panggilan telefon berdasarkan keperluan, sama ada dia yang memulakan
panggilan atau dia yang mengangkat, jika keadaan memerlukan, dan mendatangkan
faedah. Tetapi perempuan hendaklah menjaga suuaranya jangan
dilenggok/dialun/dilunakkan dan daripada apa jua yang boleh menyebabkan shahwat
pada salah seorang daripada mereka. Dan yg paling utama bagi sheikh ialah
meninggalkan perbuatan ini melainkan pada masa2 yg sangat penting sahaja.
hukum bercakap
melalui telefon atau alat alat seumpamanya berkait rapat dengan hukum suara
perempuan. ketika mensyarahkan hadis tentang janji setia para wanita muslimah
dengan nabi, yg dibuat melalui suara/percakapan, bukan bersalaman dengan tangan
seperti janji setia muslimin, imam Ibnu hajar al-asqalani dan imam an-nawawi, membuat kesimpulan bahawa
asal suara wanita itu bukanlah aurat. Akan tetapi apabila wanita mengeluakan
suaranya dengan alunan, mendayu ataupun apa apa lenggok suara yang boleh mengasyikkan
lelaki bukan mahram atau menimbulkan fitnah, ianya adalah dilarang sama sekali.
Dan ini dipersetujui dan disepakati imam empat mazhab.
(ibn hajar,
fath bari,
kitab ahkam, bab bai'atu an0nisa,j13, ms203-204, serta an-nawawi, syarh sahih
muslim, kitab al-imarah, bab kaifiah baiah an-nisa', j13,ms10.lihat juga abd
karim zaidan, al-mufassal, j3, ms277)
1 komen:
bile episod seterusnye
Catat Ulasan